MENU UTAMA

06 November, 2014

MEMPERKASAKAN BELIA MALAYSIA MEMALUI KAJIAN BERFOKUS DI UTC, JOHOR BAHRU

Sabtu : UTC Johor Bahru

Guru-guru dan peserta ARP Rakan Muda bersama pegawai IYRES
Institut Pembangunan Belia Malaysia (IPBM)
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara mendapat jemputan untuk satu sesi dialog yang dijalankan oleh Institut Pembangunan Belia Malaysia. Sekolah ini terpilih kerana dikenalpasti menjalankan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di peringkat sekolah sejak tahun 2010 lagi

Singkatan perkataan IYRES atau IPBM, peranannya kepada perkembangan Belia Malaysia dan perkhidmatan institut ini diterangkan dengan panjang lebar oleh Encik Mohd Rizal selaku ketua kajian di UTC, Johor Bahru baru-baru ini.

Pemimpin-pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang terdiri daripada Encik Ahmad bin Survi, Puan Hafilah binti Hamzah, Encik Khairulnizam bin Mohd Yusoff, Encik Abdul Rahman bin Salleh serta tiga orang peserta ARP Rakan Muda turut memberi penjelasan dan pandangan melalui pengalaman mereka melaksanakan ARP Rakan Muda di sekolah.

Selaku pemimpin sekolah, Encik Ahmad memberi penerangan dan analisis pencapaian sekolah semenjak beliau dilantik sebagai pemimpin pada tahun 2009 lagi. Beliau berkata, kejayaan pertama sekolah ialah apabila seramai 53 orang guru dilantik sebagai pemimpin ARP Rakan Muda peringkat sekolah oleh Jabatan Belia dan Sukan Johor Bahru yang merupakan Badan Operasi ARP melalui kursus anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Berikut adalah pencapaian sekolah SMKBT menurut penjelasan pepimpin ARP Rakan Muda sekolah iaitu bermula pada tahun 2010, seramai 129 murid telah ditauliahkan pingat tahap Gangsa, 2012 (131 Gangsa, 31 Perak), 2013 (134 Gangsa, 80 Perak) dan Tahun 2014 seramai 135 Gangsa dan 154 Perak yang akam menerima pertauliahan pada 8 November 2014 di Dewan Jemelang, Institut Tadbir Awam (INTAN), Kluang.



No comments:

Post a Comment