MENU UTAMA

07 November, 2014

PELAJAR SEKOLAH BERJAYA MELENGKAPKAN SYARAT PERTAULIAHAN ARP RAKAN MUDA 2014

7 November 2014 : Bilik Seminar
Peserta tahap Perak 2014
Foto : Firdaus
Seramai 153 orang peserta tahap Perak tahun ini menunjukkan bukti yang mereka layak untuk dianugerahkan pingat tahap Perak setelah melengkapkan 4 komponen, merekod dan berjaya menjalani temuduga pada 28 November 2014 lalu yang ditetapkan oleh Badan Operasi Johor Bahru, di bawah program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Taklimat pertauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) tahap Perak disampaikan oleh pemimpin sekolah, En. Ahmad Survi di Bilik Seminar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara pagi ini. Tambahnya lagi Pentaksiran PT3 bermula tahun ini murid Tingkatan Tiga akan mendapat pelaporan akademik melalui Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJSK) termasuk SEGAK dan pelaporan psikometri.

Beliau menegaskan lagi, peserta program di sekolah ini amat bertuah kerana dapat melaksanakan satu lagi "ekstra-kurikulum" yang menjadi nilai tambah kepada pencapaian murid di bidang kokurikulum.

En Ahmad Survi menyampaikan taklimat
Seramai 153 penerima anugerah tersebut akan menerima sijil dan pingat tahap Perak yang akan berlangsung di Dewan Jemelang, Institut Tadbir Awam Negara (INTAN), Kluang,Johor pada 8 November2014 (Sabtu).

Tahun ini paling bersejarah apabila 6 peserta Perak lahir daripada murid Pendidikan Khas sekolah ini. Mereka juga dapat melengkapkan 4 komponen ARPRM tahap Perak dengan melaksanakan Khidmat Masyarakat, Kemahiran dan Rekreasi Fizikal selama 6 bulan serta menambah 6 bulan lagi pada komponen khidmat masyarakat dan menjalani penjelajahan lasak selama 3 Hari 2 Malam di Hutan Sembrong, Batu Pahat, Johor. 

Fitri mengetua bacaan Ikrar ARP Rakan Muda 
Saudara Fitri mengetuai bacaan Ikrar ARP Rakan Muda tahap Perak di hadapan peserta-peserta lain di Bilik Seminar SMK Bandar Tenggara selepas sesi taklimat yang berlangsung selama 1 jam 30 minit.




Majlis bacaan ikrar ARP Rakan Muda tahap Perak
Ikrar ARP Rakan Muda tahap Perak
Link ke Program Anjuran Institut Belia Malaysia (IBM/ IYRES)

No comments:

Post a Comment