MENU UTAMA

12 September, 2014

DIPLOMA SHOW SENI VISUAL MENDAPAT PENGIKTIRAFAN PENGETUA SMK BANDAR TENGGARA

11 Sept 2014: Studio Seni Visual
Pengetua dalam sessi lawatan ke galeri pameran
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Pn Zaharah Mohd Jani meluahkan perasaan terkejut dan rasa bangga apabila kehadirannya ke Majlis Perasmian Diploma Show disambut oleh jawatankuasa Diploma Show pagi ini. Katanya lagi program seumpama ini biasanya bertaraf peringkat daerah.

Ucapan beliau itu mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang dijemput khas untuk menyaksikan persembahan hasil karya pelajar-pelajar sekolah ini. Beliau menambah kesungguhan guru pembimbing iaitu En. Iskandarrani Mohamed memainkan peranan utama dalam memartabatkan pelajar-pelajar sekolah ke satu tahap yang lebih baik selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidkan Malaysia (PPPM). Beliau menjelaskanbahawa PPPM menitik beratkan 6 aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwi bahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pn. Anim Mohamed Jaib, PK Pentadbiran, En. Mohd Pozi Kemin, PK Prauniversiti, En. Rashid Muhidin, PK Hal Ehwal Murid, En. Ahmad Survi, PK Kokurikulum, En. Hamzah Hamdan, PK Pendidikan Khas, serta En. Aspar Mohamad, Guru Bimbingan dan Kaunseling,

Video klip : Kunjungan pengetua ke galeri seni visual

Pensyarah Seni Visual SMK Bandar Tenggara
En. Iskandarrani Mohamed
Pameran Diploma Show Seni Visual Kreatif Prauniversiti buat kali kedua diadakan adalah bertujuan melahirkan pelajar yang berdaya kreatif, inovasi dan berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam matapelajaran Seni Visual dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kata En. Iskandarrani Mohamed, guru matapelajaran Seni Visual Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara.


Majlis perasmian Diploma Sow

Dari kiri : En. Khairulnizam Mohd Yusof (guru KHB), En. Mustafa Yunos, En. Rashid Muhidin, PK Hal Ehwal Murid En. Sahfudin Hussein (guru LKJ), Tn Hj Saifullah Abd Wahab (guru Landskap dan Nursery), En. Hamzah Hamdan, PK Pendidikan Khas  antara tetamu yang mengunjungi Galeri Seni Visual
Pelajar- pelajar Seni Visual

Link ke Diploma Show Kali Pertama Tahun 2013

PENGENALAN
Matapelajaran Seni Visual; merupakan penjenamaan semula bagi matapelajaran lukisan sebelum ini. Ianya dimulakan pada tahun 2002. Calon-calon matapelajaran ini meningkat dengan banyaknya apabila ianya diperkenalkan. Peningatan bilangan calon amat ketara apabila jumlah pelajar seramai 7682 berbanding tahun 2002 yang hanya mencapai 1766 calon sahaja. Oleh yang demikian, Pameran Diploma Show Seni Visual Kreatif Prauniversiti wajar sekali diadakan.

TUJUAN
Pameran Diploma Show Seni Visual Kreatif Prauniversiti bertujuan melahirkan pelajar yang berdaya kreatif, inovasi dan berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam matapelajaran Seni Visual dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

OBJEKTIF
* Mempamerkan hasil karya pelajar mengikut skema Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).
* Meningkatkan kefahaman pelajar menguasai sistem modular yang baru.
* Melahirkan pelajar yang berkemahiran dari aspek pengurusan.
* Mendedahkan kepada pelajar dan guru terhadap proses pengajaran dan penilaian dalam Seni Visual.

TARIKH PENTING
11.9.2014 (Khamis) : Pameran Diploma Show Seni Visual Kreatif

ATUR CARA PROGRAM
* 9.30 pagi : Ketibaan tetamu jemputan.
* 9.45 pagi ; Nyanyian Lagu Negaraku.
* 9.50 pagi : Bacaan doa.
* 10.00 pagi : Persembahan pelajar.
* 10.30 pagi : Ucapan pengerusi.
* 10.45 pagi : Ucapan perasmian oleh penetua sekolah.
* 11.00 pagi : Lawatan ke bilik pameran.
* 11.30 pagi : Jamuan
* 12.00 tengahari : Penyampaian cenderamata
* 12.30 tengahari : Majlis bersurai.

VIDEO KLIP DI GALERI PAEMRAN SENI VISUAL
Sempena Diploma Show Seni Visual, SMK Bandar Tenggara



Sedang dikemaskini...

No comments:

Post a Comment