MENU UTAMA

13 September, 2014

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA 2014

13 Sept 2014: SJK (C) Senai


Pembentang pertama dari SMK Munshi Abdullah,
Syeikh Abdul Razak Sheikh Abdul Kadir
Seminar Kajian Tindakan Peringkat Daerah Kulaijaya 2014 diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, Senai melibatkan 30 orang pembentang dari Sekolah-sekolah Rendah Cina dan Tamil serta Sekolah-sekolah Menengah daerah Kulaijaya.

Pembentang pertama Kajian Tindakan Sekolah-sekolah Menengah daerah Kulaijaya disampaikan oleh Sheikh Abdul Razak Sheik Abdul Kadir dengan tajuk kajiannya I Love My Heart kaedah mudah bagi sistem pengangkutan manusia.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. Sahibul Bahrin bin Ahmad, Penolong Pengarah Teknik dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Beliau mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pengurusan Pejabat Pendidikan daerah Kulaijaya kerana dapat menjemput beliau dan merasmikan majlis penutupan kajian tindakan pada hari ini. Tahniah kepada yang berjaya dan teruskan usaha untuk membuat kajian-kajian lain untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing sepertimana yang digariskan dalam Aspirasi Sistem, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Johan Kajian Tindakan Peringkat  Sekolah Menengah
Abang Mohd Sabry bin Rahim
Tajuk kajian : Lowering the effective Filter Among Chinesese Female Students in English Class by Exploring Their Interest. 
Johan Kajian Tindakan Peringkat  Sekolah Rendah (Bahasa Inggeris)
En. Zainudin Zainal AbidinTajuk kajian : Meningkatkan kemahiran menambahdan menolak dalam lingkungan 100 dengan menggunakan Kaedah Kad Under 18 . 
Johan Kajian Tindakan Sekolah Rendah (Bahasa Melayu)
Pn.Manimala a/p KumaranTajuk kajian : Meningkatkan kemahiran mencari kata kunci yang mengandungi nilai dalam ayat dengan menggunakan Roda Kata Kunci Nilai . 
Pembentang-pembentang kajian tindakan daerah Kulaijaya bergambar bersama Yang Berbahagia En. Shahibul Bahrin bin Ahmad, Penolong Pengarah Teknik dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Keputusan:
Kategori Sekolah Menengah
1.  SMK Senai
     Abang Mohd Sabry bin Rahim

2. SMK Kulai Besar
    Saripah Faridah binti Syed Mohamad

3. SMK Kangkar Pulai
    Norazizah binti Ahmad

Keputusan:
Kategori Khas Sekolah Jenis Kebangsaan (Bahasa Melayu)
1.  SJK(T) Ladang Kulai Oil Palm
     Pn.Manimala a/p Kumaran

2. SJK (T) Kangkar Pulai
    S. Tamiel Selvi a/p Sundararaju

3. SJK (C) Saleng
    En. Mohd Hanif bin Zainal Abidin

Keputusan:
Kategori Sekolah Rendah
1.  SK Murni Jaya
     En. Zainudin Zainal Abidin

2. SK Kulai
    Maizatul Azlin Yahya

3. SK Felda Inas
    Nurul Ain Jailani


Jurulatih Utama Kajian Tindakan membuat penilaian
Dewan SJK (C) Senai, lokasi Seminar Kajian Tindakan
Peringkat Daerah Kulaijaya

Tuan Hj Musttapa Che Ismail, PPPD Vokasional & Teknik Sekolah Menengah bersama  En. Zamri Hj Muslim, PPPD Vokasional Sekolah Rendah

Jurulatih Utama Kajian Tindakan Daerah Kulaijaya
diketuai oleh Pn. Jamilah Ahmad (dua dari kanan) dari SK Kota Kulai 2
Video klip Kajian Tindakan Kulaijaya 2014

TEMA
Kajian Tindakan Pemangkin Kecemerlangan Pendidikan

MATLAMAT
Menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa guru-guru Malaysia mempunyai kebolehan untuk membuat kajian ilmiah yang berfokus kepada usaha penambahbaikkan amalan pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Dengan adanya seminarkajian tindakan ini dapatlah guru-guru Daerah Kulaijaya berkongsi pengetahuan dan pengalaman melalui kajian yang dijalankan dan ia juga sebagai platform untuk guru-guru berbicara ilmu secara holistik.

OBJEKTIF
Guru-guru daerah Kulaijaya berjaya:
1. Menjalankan kajian tindakan secara berfokus kepada amalan pembelajaran dan pengajaran.
2. Menambahbaik amalab pembelajaran dan pengajaran.

3. Mengenalpasti kelemahan dan menggunakan peluang dan kekuatan untuk emninggikan lagi prestasi kerja, berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman rakan-rakan gutu yang lain serta menggunapakai amalan yang baik daripada perkongsian pengetahuan dan pengalaman dari hasil kajian tindakan.

SASARAN
Guru-guru sekolah menengah dan rendah daerah Kulaijaya dengan sasaran 1 guru 1 kajian.

PEMBENTANG
Seramai 10 orang pembentang bagi sekolah rendah, 10 orang pembentang kajian tindakan Bahasa Melayu (BM) bagi SJK (C) / SJK (T) dan 10 orang pembentang dari sekolah menengah yang terpilih.

Ditaip semula oleh JK Dokumentasi
Sumber rujukan JK Buku Program : SMK Tunku Abdul Rahman Putra

Ucapan pihak penganjur
Ucapan perasmian penutup

Pembentang
AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Pendaftaran :
    Pengetua (P) SMK Senai
2. AJK Sambutan/ Jemputan :
    Guru Besar SK Senai
3. Pengerusi Pembentang SM:
    Pengetua SMK Kelapa Sawit
4. Pengerusi Pembentang SR :
    Pengetua SK Taman Kota Kulai
5. Pengerusi Pembentang :
    Guru Besar SJKC Kulai 1
6. Buku Program:
    Pengetua SMKTARP
7. Persiapan tempat:
    Guru Besar SJKC Senai
8. Publisiti :
    Pengetua SMKBT 2
9. Sijil/Hadiah/Cenderamata :
    Pengetua SMK Bandar Putra.
10. Jamuan :
      Guru Besar SK Senai
11. Kawalan Keselamatan/ Kebersihan:
      GB SJKCSaleng
12. Dokumentasi:
     Pengetua SMK Bandar Tenggara
13. Siaraya :
      Guru Besar SK Taman Sri Pulai
14. Bacaan Doa :
      Pengetua SMA Bandar Tenggara
15. Juruacara Perasmian Penutup:
      Pengetua SMK Sultan Ibrahim
16. Teks Ucapan Perasmi :
      Guru Besar SK Kangkar Pulai 2

No comments:

Post a Comment