MENU UTAMA

13 April, 2013

PENGAKAP, KADET POLIS DAN PANDU PUTERI MEWAKILI SEKOLAH KE PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA 2013

BANDAR TENGGARA : 13 April 2013

Mohd Farid Zulkifli
Ketua Platun Pengakap
Pasukan Badan Beruniform yang akan mewakili sekolah dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat daerah Kulaijaya seperti mana yang telah diumumkan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Ahmad Survi sehari selepas pertandingan peringkat sekolah ialah pasukan Pengakap, Pandu Puteri daripada Agensi Bukan Kerajaan (NGO) dan pasukan Kadet Polis (Puteri) daripada Badan Kerajaan (GO).


Nurshahira Mohd Arifin
Ketua Platun Kadet Polis (Puteri)

Hazira Shamsul Ihtihsham
Ketua Platun Pandu Puteri
Ketua Platun Pengakap, Mohd Farid Zulkifli, Nurshahira Mohd Ariffin dan Hazira Shamsul Ihtihsham bersedia memimpin pasukan masing-masing untuk memastikan sekolah berjaya dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Kulaijaya pada 18 April 2013 di SMK Kota Kulai.

Kami pasukan Kadet Bomba, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Kadet Remaja Sekolah (KRS) serta semua warga SMK Bandar Tenggara sentiasa mendoakan agar ketiga-tiga Pasukan Badan  Beruniform akan mencapai kejayaan cemerlang. Sejajar dengan slogan baru, yang diumumkan oleh Pengetua, Hj Armas Derusman semasa ucapan beliau pada Mesyuarat Agung PIBG baru-baru ini iaitu
 "SEKOLAHKU GEMILANG"


Kadet Polis (puteri)
Guru Penasihat :  Mohd Asmawi Ab Rasib, Penolong: Azlina Abu Bakar.
 Pembantu : Nurul Falah Abd Ghani
Pandu Puteri
Guru Penasihat:  : Noraisha Tarni. Pembantu : Siti Anizan Samsuri,
Suriati Alias, Anili Fasha Mahadi

Pasukan Pengakap
Guru Penasihat: Mohd Hasry Mustakim. Pembantu : Hj Saifullah Abd Wahab,
Shamsul Ikhtihsham Musa

PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH 15 TAHUN TEMPAT KETIGA DALAM KUMPULAN

KULAIJAYA: 10 April 2013
Pasukan Bola Sepak B15
Pengurus : Ahmad Nazri Selamat
Jurulatih   : Aidil Shamin Abd Razak
Penolong jurulatih : Rohim Abd Rahman

Kumpulan D:

1. SMK BT (0) vs SMK Kota Kulai (1)
2. SMK BT (0) vs SMK Senai (4)
3. SMK BT (4) vs SMK Sultan Ibrahim (0)

Dalam perlawanan ke-3, penjaring gol, Aiman Amin (1), Fitri Hussien (2) dan Hakim Khalid (1)
Keputusannya pasukan bola sepak L15 tahun hanya berjaya mendapat tempat ke-3 dalam kumpulan.

PASUKAN PIDATO BAHASA INGGERIS MARA KE PERINGKAT SUKU AKHIR

KULAIJAYA: 10 April 2013
Pasukan Pidato Bahasa Inggeris

Peserta pidato :-
1. Mohd Akmal Azman
2. Tivyaa a/p Balachander
3. Syzwani A.Wahab
4. Iffin Nadzuha Mohd Suratin

Guru pembimbing:-
1. Nur Amalia Zainudin
2. Shantini a/p Appalanaidu
3. Rohaiza Muhd Zin

10 April, 2013

PENGAKAP DAN KADET POLIS PUTERI MUNCUL JOHAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2013

BANDAR TENGGARA: 10 April 2013
Johan kategori perempuan - Kadet Polis

Johan Kategori Lelaki- Pengakap

Pertandingan kawad kaki yang disertai seramai 265 orang peserta melibatkan semua unit Pasukan Badan Beruniform sekolah iaitu pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS), Pengakap, Kadet Polis, Kadet Bomba, Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam. 

Pasukan Pengakap dan Kadet Polis (puteri) muncul johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform SMK Bandar Tenggara tahun 2013. 

Ketua Platun Pengakap
   



Ketua Platun Kadet Polis(puteri)
Ketua platun terbaik, Mohamad Farid Zulkifli dan Nurshahira Mohd Ariffin daripada pasukan Pengakap dan Kadet Polis (puteri) terpilih sebagai ketua platun terbaik tahun ini.

Pengetua sekolah, Hj Armas Derusman dalam majlis penutupan berkata terima kasih kepada jawatankuasa pengelola dan semua pasukan yang bertanding. Katanya lagi, tahniah kepada pasukan yang menang dan syabas kepada yang belum berjaya. Dalam ucapan yang ringkas itu beliau menegaskan kata kunci pertandingan kawad kaki ini ialah "disiplin."

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pasukan kompang sekolah kerana mempersembahkan aksi kompang formasi yang hebat di hadapan murid-murid dan guru SMK Bandar Tenggara.

Turut hadir dalam majlis penutup itu ialah Penolong Kanan Pentadbiran Anim Mohamed Jaib, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Rashid Muhidin, Penolong Kanan Kokurikulum Ahmad Survi, Penolong Kanan Tingkatan 6 Mohd Pozi Kemin, Guru-guru Kanan Matapelajaran, Hajah Sawilah Auf, Hajah Hamimah Yunos dan Hajah Hasnah Kasnan. 

Muat turun : Buletin Kokurikulum Bil1 /2013

KEPUTUSAN PERTANDINGAN:-
Kategori Lelaki
1. Pengakap
2. Kadet Polis
3. Kadet Remaja Sekolah (KRS)
4, Kadet Bomba

Kategori Perempuan
1. Kadet Polis
2. Pandu Puteri
3. Persatuan Bulan Sabit Merah
5. Puteri Islam
6. Kadet Bomba


Muat turun : Buletin Kokurikulum Bil1 /2013
============================================
Muat turun : SYARAT DAN FORMAT KAWAD KAKI
Pemarkahan:
Markah pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut:
i.  Pakaian 10%
ii. Kawad statik dan dinamik 50%
iii.Kawad formasi 30%
iv.Ketua Platun 10 %
Jumlah 100%

09 April, 2013

SINAR HARIAN - "SMK BANDAR TENGGARA CEMERLANG" DALAM KEJOHANAN FUTSAL

BANDAR TENGGARA: 9 April 2013

Keratan surat khabar Sinar Harian. 9 April 2013


Pasukan Senior

Pasukan Junior
Tahniah kepada pengurus pasukan futsal Nurul Faishal, jurulatih Khairul Aime Mohd Termizi dan penyelaras kokurikulum Mohd Hasry Mustakim. Semoga mencipta kejayaan yang gemilang di masa akan datang. "Sekolahku Gemilang".

Layari : Blog Pendidikan Khas

07 April, 2013

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-28 DAN HARI ANUGERAH CEMERLANG BERJALAN LANCAR

BANDAR TENGGARA: 7 April 2013

Yang Dipertua PIBG, Hj Baharudin Md Sham
Foto: Ruzaimi Ahmad

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Hj Baharudin Md Sham dalam ucapannya beliau bersyukur dan berterima kepada wakil rasmi Pengurus Besar Kemajuan Johor Tenggara, Hj Zainal Abidin Hj Ali kerana hadir dan merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-28 tahun 2013.

Beliau menambah bahawa kerjasama yang erat yang ditunjukkan oleh ibu bapa dan guru terhadap perkembangan pelajaran murid dan pelajar di SMK Bandar Tenggara amat memuaskan. Justeru itu beliau menaruh harapan agar jawatankuasa yang telah dilantik tahun ini dapat menjalankan tugas dengan penuh komitment semata-mata untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu pendidikan anak-anak melalui program-program yang dirancang.

Ucapan Pengetua, Hj Armas Derusman

Pengetua SMK Bandar Tenggara, Hj Armas Derusman pula dalam ucapannya, beliau amat berterima kasih kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kerana berusaha dengan gigih untuk memajukan anak bangsa.

Dalam ucapan beliau, banyak maklumat yang disampaikan kepada ibu bapa terutamanya dari segi sejarah sekolah, prasanara, kemudahan-kemudahan yang ada, bilangan guru dan kakitangan, enrolmen murid serta pencapaian dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran (STPM).Tidak ketinggalan juga, beliau memberikan harapan tinggi kepada pencapaian di bidang kokurikulum sama ada dari kalangan murid Pendidikan Khas, Aliran Perdana dan Pra Universiti.

Tuan Hj Armas melancarkan slogan baru iaitu daripada "Sekolahku Sentiasa Cemerlang" kepada "Sekolahku Gemilang". Harapan beliau transformasi ini akan menjadikan warga sekolah lebih berdaya saing dan mencapai sasaran yang diimpikan setanding dengan sekolah-sekolah bandar yang ternama.


Unit-unit terlibat

Pembawa bunga manggar
Pasukan Gamelan, bimbingan Abd Razak Saat

Kadet Polis Puteri
Pasukan Silat Sekolah
Penyambut tetamu
Pasukan Kompang Sekolah

Perasmian Bilik Bimbingan dan Kaunseling.

Laporan peristiwa boleh dimuat turun.
Sedang dikemaskinikan...

BILIK PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK BANDAR TENGGARA DIRASMIKAN DAN DINAIK TARAF

BANDAR TENGGARA: 7 APRIL 2013

Timbalan Pengurus Besar KEJORA, Tuan Hj Zainal Abidin Hj Ali, merasmikan Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Foto: Ruzaimi Ahmad
Peranan dan tanggungjawab kaunselor bagi melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis seperti mana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara mendapat perhatian sewajarnya oleh pihak kepimpinan sekolah, Haji Armas Derusman dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Haji Baharuddin Mohd Sham.

Seiring dengan mesyuarat agung Persatuan ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-28 tahun 2013 ini, bilik Bimbingan dan Kaunseling telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar, Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) Haji Zainal Abidin Haji Ali.


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengetua Sekolah Haji Armas Derusman, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Haji Baharuddin Mohd Sham dan timbalannya Mohd Mazlan Talib, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling, Salmah Othman, Haji Khairudin Abu Nawas, Noridah Sidek dan Yuniza Md Jusoh.

Noridah Sidek, Yuniza Md Jusoh, Salmah Othman dan
Hj Khairudin Abu Nawas
Majlis yang ringkas itu telah disaksikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Anim Mohamed Jaib, PK HEM Rashid Muhidin, PK Kokurikulum Ahmad Survi PK Tingkatan 6 Mohd Pozi Kemin, PK Pendidikan Khas Hamzah Hamdan.

Taklimat ringkas oleh Salmah Othman
Guru Kaunselor SMK Bandar Tenggara
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING (PBDK)

VISI

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang terapeutik dan kondusif di sekolah.

MISI

Untuk merealiasaikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya.
  • Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • Melahirkan murid-murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ), emosi yang tinggi (EQ) dan berakhlak mulia.
  • Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  • Mengujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
  • Memupuk semangat patriotik dan kualaiti kepimpinan di kalangan murid.
FALSAFAH
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bahawa setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembeliongkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

KOD ETIKA GURU BDK SEPENUH MASA

  1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah (GBDKSM) hendaklah mematuhi undang-undang negara.
  2. GBDKSM hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang guru dan integriti profesional.
  3. GBDKSM hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionalnya.
  4. GBDKSM hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur.
  5. GBDKSM hendaklah diselia dan dinilai tugasnya oleh penyelia profesional melalui penyelidikan lazim dan sokongan perunding. 

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

  1. Guru akademik.
  2. Kerjaya
  3. Psikososial dan kesejahteraan mental.
  4. Keibubapaan
  5. Pendidikan pencegahan dadah/rokok./inhalan dan HIV/AIDS.
  6. Pengurusa dan pentadbiran.
  7. Perkhidmatan
    • Kaunseling individu
    • Kaunseling kelompok.
    • Bimbingan individu.
    • Bimbingan kelompok.
    • Konsultasi.
PIAGAM PELANGGAN
  1. Menyediakan bilik bimbingan dan kaunseing yang kondusif dan teraputik.
  2. Menerima semua klien tanpa syarat.
  3. Memenuhi temujanji klien.
  4. Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh dan masa yang lain.
  5. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesional.
  6. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.
  7. Menerima dan melayan klien kaunseling dengan ikhlas dan bertanggungjawab.
  8. Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan bertangggungjawab.