MENU UTAMA

10 April, 2013

PENGAKAP DAN KADET POLIS PUTERI MUNCUL JOHAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2013

BANDAR TENGGARA: 10 April 2013
Johan kategori perempuan - Kadet Polis

Johan Kategori Lelaki- Pengakap

Pertandingan kawad kaki yang disertai seramai 265 orang peserta melibatkan semua unit Pasukan Badan Beruniform sekolah iaitu pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS), Pengakap, Kadet Polis, Kadet Bomba, Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam. 

Pasukan Pengakap dan Kadet Polis (puteri) muncul johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform SMK Bandar Tenggara tahun 2013. 

Ketua Platun Pengakap
   



Ketua Platun Kadet Polis(puteri)
Ketua platun terbaik, Mohamad Farid Zulkifli dan Nurshahira Mohd Ariffin daripada pasukan Pengakap dan Kadet Polis (puteri) terpilih sebagai ketua platun terbaik tahun ini.

Pengetua sekolah, Hj Armas Derusman dalam majlis penutupan berkata terima kasih kepada jawatankuasa pengelola dan semua pasukan yang bertanding. Katanya lagi, tahniah kepada pasukan yang menang dan syabas kepada yang belum berjaya. Dalam ucapan yang ringkas itu beliau menegaskan kata kunci pertandingan kawad kaki ini ialah "disiplin."

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pasukan kompang sekolah kerana mempersembahkan aksi kompang formasi yang hebat di hadapan murid-murid dan guru SMK Bandar Tenggara.

Turut hadir dalam majlis penutup itu ialah Penolong Kanan Pentadbiran Anim Mohamed Jaib, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Rashid Muhidin, Penolong Kanan Kokurikulum Ahmad Survi, Penolong Kanan Tingkatan 6 Mohd Pozi Kemin, Guru-guru Kanan Matapelajaran, Hajah Sawilah Auf, Hajah Hamimah Yunos dan Hajah Hasnah Kasnan. 

Muat turun : Buletin Kokurikulum Bil1 /2013

KEPUTUSAN PERTANDINGAN:-
Kategori Lelaki
1. Pengakap
2. Kadet Polis
3. Kadet Remaja Sekolah (KRS)
4, Kadet Bomba

Kategori Perempuan
1. Kadet Polis
2. Pandu Puteri
3. Persatuan Bulan Sabit Merah
5. Puteri Islam
6. Kadet Bomba


Muat turun : Buletin Kokurikulum Bil1 /2013
============================================
Muat turun : SYARAT DAN FORMAT KAWAD KAKI
Pemarkahan:
Markah pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut:
i.  Pakaian 10%
ii. Kawad statik dan dinamik 50%
iii.Kawad formasi 30%
iv.Ketua Platun 10 %
Jumlah 100%

No comments:

Post a Comment