MENU UTAMA

07 April, 2013

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-28 DAN HARI ANUGERAH CEMERLANG BERJALAN LANCAR

BANDAR TENGGARA: 7 April 2013

Yang Dipertua PIBG, Hj Baharudin Md Sham
Foto: Ruzaimi Ahmad

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Hj Baharudin Md Sham dalam ucapannya beliau bersyukur dan berterima kepada wakil rasmi Pengurus Besar Kemajuan Johor Tenggara, Hj Zainal Abidin Hj Ali kerana hadir dan merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-28 tahun 2013.

Beliau menambah bahawa kerjasama yang erat yang ditunjukkan oleh ibu bapa dan guru terhadap perkembangan pelajaran murid dan pelajar di SMK Bandar Tenggara amat memuaskan. Justeru itu beliau menaruh harapan agar jawatankuasa yang telah dilantik tahun ini dapat menjalankan tugas dengan penuh komitment semata-mata untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu pendidikan anak-anak melalui program-program yang dirancang.

Ucapan Pengetua, Hj Armas Derusman

Pengetua SMK Bandar Tenggara, Hj Armas Derusman pula dalam ucapannya, beliau amat berterima kasih kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kerana berusaha dengan gigih untuk memajukan anak bangsa.

Dalam ucapan beliau, banyak maklumat yang disampaikan kepada ibu bapa terutamanya dari segi sejarah sekolah, prasanara, kemudahan-kemudahan yang ada, bilangan guru dan kakitangan, enrolmen murid serta pencapaian dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran (STPM).Tidak ketinggalan juga, beliau memberikan harapan tinggi kepada pencapaian di bidang kokurikulum sama ada dari kalangan murid Pendidikan Khas, Aliran Perdana dan Pra Universiti.

Tuan Hj Armas melancarkan slogan baru iaitu daripada "Sekolahku Sentiasa Cemerlang" kepada "Sekolahku Gemilang". Harapan beliau transformasi ini akan menjadikan warga sekolah lebih berdaya saing dan mencapai sasaran yang diimpikan setanding dengan sekolah-sekolah bandar yang ternama.


Unit-unit terlibat

Pembawa bunga manggar
Pasukan Gamelan, bimbingan Abd Razak Saat

Kadet Polis Puteri
Pasukan Silat Sekolah
Penyambut tetamu
Pasukan Kompang Sekolah

Perasmian Bilik Bimbingan dan Kaunseling.

Laporan peristiwa boleh dimuat turun.
Sedang dikemaskinikan...

No comments:

Post a Comment