Bandar Tenggara : 24 Oktober 2011
Kejayaan sekolah dalam pelbagai acara diumumkan pagi ini oleh guru bertugas mingguan, Ruhaizah Muhd Zain. Antaranya ialah Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Badminton Peringkat Kebangsaan Zon Selatan. Kejayaan Pusat Latihan Daerah (PLD) Kulaijaya di bawah bimbingan Zuraimi Hamidun berjaya menjadi Naib Johan bagi perseorangan lelaki terbuka dan mendapat tempat ketiga bagi acara bergu terbuka. Khairul Izwan Jamal mendapat tempat kedua dan gandingannya Amirul Aiman Amin dalam acara bergu mendapat tempat ketiga. Kedua, Izzatul Ismah Iskandarrani menerima saguhati dalam Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia kepada Perdana Menteri anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Hadiah, cenderahati dan sijil disampaikan oleh GPK Pentadbiran Anim Mohamed Jaib diiringi oleh GPK Hal Ehwal Murid, Rashid Muhidin.
Jurulatih Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Badminton
Zuraimi Hamidun (tengah)

Khairul Izwan Jamal, peserta perseorangan
kategori 14 Tahun
.
Izzatul Ismah Iskandarrani, pemenang saguhati menulis surat
kepada Perdana Menteri Malaysia.