Kulaijaya- 21 Jun 2011 (Selasa), Padang SMPK Vokasional Indahpura.
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (PPPD) Kulaijaya, Unit Pembangunan Kemanusiaan, Mansor Othman selaku penganjur bengkel sukan polo basikal ditemui berkata," sukan baru yang mula diperkenalkan semasa Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Johor (MSSJ) ketika itu daerah Kulaijaya menjadi tuan rumah pada tahun 2005. Sekolah yang membuat persembahan itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Kulaijaya. Katanya lagi," sukan ini perlu dikembangkan ke peringkat sekolah-sekolah negeri Johor."
Tujuan utama penganjuran bengkel seperti ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar dari sekolah-sekolah negeri Johor bagi memilih sukan kegemaran mereka selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia, 1Murid 1Sukan.
Tambahnya lagi, sebanyak 8 buah sekolah di negeri Johor telah turut serta dalam Bengkel dan Latihan Polo Basikal di padang SMPK Vokasional Indahpura, Kulaijaya sempena Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2011. Harapan beliau pada satu masa nanti sukan ini digemari oleh murid-murid sekolah dan menjadi satu alternatif kepada mereka untuk bergiat dengan cergas dan menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa. Oleh itu, Kejohanan Polo Basikal Peringkat Sekolah-sekolah Negeri Johor perlu diadakan untuk mencungkil bakat-bakat baru.
Pengerusi Teknik, Ahmad Survi berkata sukan ini baru di Malaysia. Ianya dipelopori oleh Presiden Persatuan Polo Basikal Johor (PBPJ), Muhammad Ikhmal Hisham. Persatuan tersebut telah didaftarkan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) tahun 2008 dan bergiat aktif sehingga sekarang. Pasukan dari PBPJ yang mewakili Malaysia telah berjaya membawa pulang piala naib johan dalam Kejohanan Polo Basikal Peringkat Komanwel Kali Pertama, di Bhilai, India pada tahun 2009. Seramai dua orang guru dari daerah Kulaijaya ini telah mewakili pasukan tersebut.
Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah Penyelia Sukan PPD Kulaijaya, Abdul Talib Daud, Timbalan Presiden Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ), Azman Mohd Shah, Naib PPBJ, Abdul Hadi Abas, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Indahpura 1, Nor Azam Shuib, SMK Johor Jaya 2, Wan Bidah Wan Salleh, guru-guru penasihat, Matzalan Zaini (SMKIP), Rosidah Abdullah Sani (SDAHA), Mariam Md Nor (SDAHA), Jodi Ahmad Mokhtar (SMKBT 2), Masrizal Naris (SMKTBP), Mohamad Hasrul Yusof (SMKPPPG), Ahmad Nazri Selamat (SMKBT) dan Eric Yeo Cheng Ann (SPPK VIP).
Papan skor pertandingan.
Perlawanan persahabatan telah diadakan. Tujuan utama ialah untuk mendedahkan kepada peserta bagaimana pertandingan polo basikal sebenarnya diadakan.
Keputusan perlawanan persahabatan
1. SMKBT Kulaijaya (2) vs SMT Batu Pahat (8)2. SDAHA Pontian (10) vs SMKPP Pasir Gudang (0)
3. SMKJJ 2, Johor Bahru (6) vs SMPK (V) Indahpura (1)
4. SMKIP 1, Kulaijaya (1) vs SMKBT 2, Kulajaya (3)
AKTIVITI PAMERAN
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (PPPD) Kulaijaya, En Mansor Othman dan Penyelia Sukan Kulaijaya, En Abdul Talib Daud turut mengunjungi khemah pameran sukan polo basikal.
Pegawai-pegawai pameran, Rohaiza Mohd Zain, Ahmad Nazri Selamat, Abd Razak Saat dan Zulkifli Jaafar bergambar bersama-sama Shahirah dan Amira, murid tingkatan dua.
http://polobasikalsmkbt.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment