Taklimat Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah pun berlangsung di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Johor. Menurut Penyelaras program itu, Abd Razak daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi. Peserta seramai 70 orang yang hadir adalah terdiri daripada GPK Kokurikulum, Setiausaha Kokurikulum dari 21 sekolah menengah daerah Kota Tinggi serta beberapa orang pegawai daripada Badan Operasi ARPRM sekitar Kota Tinggi.
Pegawai Khas JBS Johor Bahru telah memulakan sesi taklimat tersebut dengan menyentuh dari segi sejarah, falsafah, prinsip dan matlamat serta pelaksanaannya di sekolah. Ahmad Survi, GPK Kokurikulum menyampaikan dan berkongsi pengalaman mengenai pelaksanaan ARPRM di SMK Bandar Tenggara.
Sesi pembentangan setiap kumpulan
Turut hadir dalam taklimat tersebut ialah Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi.
En Zulkifli (JBS Daerah Kota Tinggi)
No comments:
Post a Comment