16 July, 2011

PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN (NRC) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2011

Kulaijaya- Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) Peringkat Negeri Johor akan diadakan di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara bermula pada 19, 20 dan 21 Julai 2011.

Kunjungi laman pertandingan:
http://nrc.sasbadi.com/

14 July, 2011

TAKLIMAT GURU SMK BANDAR TENGGARA

SENARAI AHLI JAWATANKUASA
PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN (NRC) PERINGKAT NEGERI JOHOR
Pada : 19, 20 DAN 21 Julai 2011 (Selasa, Rabu dan Khamis)
Di DEWAN PERMATA, SMK BANDAR TENGGARA



Penasihat : Tuan Haji Baharom bin Ali (Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya)
Pengerusi : Pn Anim binti Mohamed Jaib (PK Pentadbiran SMKBT- memangku pengetua)
Timbalan  pengerusi :: En Ahmad bin Surv( GPK Kokurikulum)
Naib 1 : En Rashid bin Muhidin (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib 2 : Pn Noraziah binti Shafie (GPK PraUniversiti)
Setiausaha : Pn Faridah binti Bujang (Setiausaha Kokurikulum)


AJK PERSIAPAN TEMPAT


1. DEWAN PERMATA
En Mustaffa bin Yunos

En Zulkifli bin Jaafar
En Mohd Saipi bin Halidin
En Saifullah bin Abd Wahab
BIDANG TUGAS
• Menyediakan 3 kerusi VVIP dan 20 kerusi banquet - di atas pentas.
• Menyediakan dan menyusun 120 meja pelajar.
• Menyediakan dan menyusun 360 kerusi pelajar (1 meja 3 kerusi).
• Menyediakan papan uji lari 4’ x 8’ – 6 unit.
• Menyusunatur hiasan bunga pada bahagian rosterum, bawah dan di atas pentas.
• Menyediakan meja dan kerusi untuk pendaftaran (ada skerting).
• Memastikan back drop dipasang.

2. P.A SISTEM
En Zulkeple bin Jemadar
BIDANG TUGAS
Bekerjasama dengan JK daripada SK Felda Pengeli Timur



3. PEMBANTU / PEGAWAI PERHUBUNGAN

En Iskandarrani bin Mohamed
BIDANG TUGAS
• Menyediakan pelajar- 20 orang, untuk membantu pihak pengurusan pertandingan.
• Bertugas selama 3 hari.


4. PERSIAPAN KHEMAH
En Ahmad Nazri bin Selamat
Pn Siti Anisa binti Ahmad Fuad
Pn Wahyu Ramayeni Idrus
BIDANG TUGAS
• Menyusun atur meja dan kerusi untuk sarapan, makan tengahari dan minum petang.
• Memasang kertas majung/ alas meja.

• Menyediakan beg plastik hitam dan memastikan kebersihan kawasan khemah.


5. Kawalan Keselamatan

En Shahfudin bin Hussein
En Shamsul Ihtihsham bin Musa
BIDANG TUGAS
• Menyediakan 8 pelajar, Kadet Polis untuk kawalan kenderaan.
• Membantu dan menunjuk arah kawasan parking.
• Memastikan disiplin pelajar terkawal.

• Bersedia bertindak dan menghubungi TNB sekiranya berlaku litar pintas.

TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN...

Mesyuarat Pertandingan Robotik Peringkat Negeri Johor

MESYUARAT PENGURUSAN
PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN (NRC) PERINGKAT NEGERI JOHOR ANJURAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DAN SASBADI SDN. BHD

PERINGKAT NEGERI JOHOR
Pengerusi Majlis : Tuan Haji Kamarudin bin Mohd Tahir
Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor
Tarikh : 13 Julai 2011 (Rabu)
Tempat : Bilik Seminar
Masa : 10.00 pagi – 1.00 tengahari

Kehadiran : En Azmi bin Abu, Penyelia Kokurikulum JPNJ, En Elanggovan a/l M.Savarimuthu, Penolong PPD Kulaijaya, Guru Besar (7), Pengetua/PK Kokurikulum (4).

Tengku Hazrul bin Tengku Haizar
SASBADI Sdn. Bhd

Agenda :-
1. Kata aluan-aluan pengerusi, Tuan Haji Kamarudin Mohd Tahir – mengalu-alukan kehadiran ahli jawatankuasa dari sekolah-sekolah rendah dan menengah yang berdekatan yang terlibat.

2. Pengagihan tugas AJK yang terlibat :-
2.1 Urusetia/ pendaftaran : Pengetua SMK Sultan Alauddin, Bukit Besar
2.2 Persiapan tempat : Pengetua SMK Bandar Tenggara
a) AJK persiapan dewan dan yang berkaitan (10 orang guru).
b) Pengelola peserta (20 pelajar dan 1 guru).
c) Kawalan dalam sekolah (10 pelajar dari unit pasukan badan beruniform).

2.3 Buku program dan jemputan : Pengetua SMK Bandar Tenggara 2
2.4 Hadiah, sijil dan cenderamata : Guru Besar SK Bandar Tenggara
2.5 Backdrop/seranta/dokumentasi : Guru Besar SK Sungai Sibol
2.6 Jamuan VIP/ AJK : SMK Bandar Tenggara 2
2.7 Makanan peserta : Guru Besar SK Bukit Besar
2.8 Kawalan kebersihan  dan trafik: Guru Besar SK Sungai Sayong
2.9 Pembesar suara : Guru Besar SK Felda Pengeli Timur
2.10 Majlis penutup : Guru Besar SK Bandar Tenggara 2

3. Maklumat pertandingan :-
Dewan SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya
19 Julai 2011  Sekolah Rendah
20 Julai 2011 Menengah Rendah
21 Julai 2011 Menengah Atas
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

4. Jumlah penyertaan :-
a) Sekolah Rendah : i) Guide Robot – 104 kum. ii) Open – 4 kum.
b) Sekolah Menengah : i) Stair Climber : 45 kum, ii) Robot Recycle : 40 kum
iii) Open M.Rendah – 9 kum, M.Atas – 8 kum. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 pelajar.

Harapan JPNJ : Berterima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak penganjur, PPD Kulaijaya, dan SMK Bandar Tenggara (tuan rumah) dan semua sekolah yang terlibat sebagai AJK.
Semoga berjaya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari.

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ