"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera", merupakan visi sekolah kami,"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara" menjadi misi kami, "Berilmu, Beramal dan Berbakti" moto sekolah kami,"Sekolahku Gemilang"- merupakan amalan dan pegangan kami. SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor Darul Takzim, Malaysia.
12 September, 2014
11 September, 2014
KEM KOAKADEMIK BAHASA INGGERIS SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014
10 Sept 2014 : Tiram Indah Village, Ulu Tiran, Johor
![]() |
| Perasmian oleh Yang Berbahagia Tn Hj Yasman Jamsir Ketua Sektor, Sektor PembangunanKemanuswaan JPNJ |
Dalam ucapan beliau bahawa program ini mempunyai matlamat penting untuk memberi pendedahan kepada murid tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Untuk maju, PPM akan terus menggunakan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membangunkan pendidikan seimbang sebagai asas pencapaian aspirasi setiap murid.
Katanya lagi, Kemahiran Dwibahasa penting dikuasai oleh semua murid dan sekurang-kurangnya bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan, serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komuniksai antarabangsa.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Elanggovan a/l Savarimuthu, Penolong PPD Kulaijaya, Penolong-penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Ketua-ketua Unit Akademik, Pegawai-pegawai Teknik Sekolah-sekolah Menengah daerah Kulaijaya dan jawatankuasa pengelola.
Bersama-sama dalam program tersebut ialah Penolong-penolong Kanan Kokurikulum, En. Kamalullail Toha, SMK Sultan Alauddin, En. Ahmad Survi, SMK Bandar Tenggara, Pn Maswati, SMK Senai , SMK Munshi Abdullah, SMK Bandar Putra, SMK Kelapa Sawit, SMK Tunku Abdul Rahman Putra, SMK Kota Kulai, SMK Sultan Ibrahim dan SMK Bandar Tenggara 2 turut menjayakannya.
![]() |
| En. Mohd Firdaus Misri, SMK Bandar Tenggara 2 dan Cik Sharipah Faridah, SMK Kulai Besar |
![]() |
| Pegawai Teknik |
![]() |
| Peserta kem |
![]() |
| Peserta-peserta kem |
![]() |
| SMKBT, SSA dan SMK Senai |
![]() |
| JK Hadiah, SMK Kelapa Sawit |
![]() |
| Pengacara majlis, SMK Tunku Abdul Rahman Putra |
![]() |
| Pramusaji SMK Bandar Tenggara |
![]() |
| Pasukan Kompang SMK Senai |
![]() |
| Pasukan tarian zapin, SMK Senai Persembahan Zapin, SMK Senai |
Katanya lagi, pencapaian tertinggi pasukan tarian ini ialah menjadi johan di peringkat daerah Kulaijaya dan ke peringkat Negeri Tahun 2013. Seorang daripada ahli kumpulan ini terpilih ke Program Semarak Tarian Kebangsaan pada tahun yang sama.
![]() |
| Sambutan, SMK Senai |
08 September, 2014
PENULISAN MEDIA KREATIF PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014 - TERBUKA KEPADA PESERTA ARP RAKAN MUDA
7 Sept 2014 : Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor
Penulisan Media Kreatif Peringkat Negeri Johor diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor pada 5 hingga 7 September 2014. Peserta-peserta terdiri daripada persatuan-persatuan NGO, pegawai-pegawai belia daerah-daerah dan peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara menghantar 10 peserta tahap Gangsa, 4 tahap Perak ke kursus yang diadakan selama 3 hari dua malam itu.
Matlamat utama kursus ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pengguna-pengguna media sosial yang sekarang ini menjadi satu budaya kepada generasi abad ke-21 seperti facebook, twitter,blog, youtube, instegram, whatsapp dan lain-lain lagi agar menjadi pengguna yang bijak dan bertanggungjawab kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Puan Hjh Supiati, Pn. Siti Fatimah, En. Helmi dan pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, bahagian Pembangunan Rakan Muda serta Pn. Suzieta Basri seorang usahawan di Johor Bahru, sebagai penceramah.
Izatul Isma pelajar prauniversiti, juga merupakan peserta tahap Perak dalam Program Remaja Perdana Rakan Muda ditemui berkata barulah saya faham mengenai kebaikan dan kesan atau risiko-risiko yang dihadapi oleh pengguna-penguna media sosial. Sebenarnya terlalu banyak faedah yang boleh diperolehi melalui media sosial. Pengguna perlu bijak dalam membuat keputusan. Katanya lagi, ianya sungguh menarik dan berinformasi. Sebagai pengguna saya sudah memahami akan kebaikan dan risiko menggunakan media sosial ini.
Manakala Muhd Faruq Zaidan bin Zulkepli, peserta tahap Gangsa dilantik sebagai pembaca doa dalam majlis penutup. Beliau juga ditemui berkatabanyak ilmu mengenai media sosial yang saya perolehi, antaranya menjadi pengguna twitter yang baru. Di situ, kata farouk lagi saya dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan melalui media ini. Menyeronokkan dan banyak informasi ini akan saya aplikasikan dalam bidang pendidikan seperti berkongsi maklumat berkaitan pelajaran pada rakan-rakan yang mempunyai gajet.
![]() |
| Peserta kursus dari SMK BandarTenggara, diiringi oleh Pemimpin ARPRM En. Ahmad Survi, Pn. Hafilah Hamzah dan En. Abd Rahman Salleh |
Matlamat utama kursus ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pengguna-pengguna media sosial yang sekarang ini menjadi satu budaya kepada generasi abad ke-21 seperti facebook, twitter,blog, youtube, instegram, whatsapp dan lain-lain lagi agar menjadi pengguna yang bijak dan bertanggungjawab kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Puan Hjh Supiati, Pn. Siti Fatimah, En. Helmi dan pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, bahagian Pembangunan Rakan Muda serta Pn. Suzieta Basri seorang usahawan di Johor Bahru, sebagai penceramah.
![]() |
| Izzatul Isma,peserta tahap Perak bersama rakan yang dilantik sebagai pengacaramajlis penutup dari SMK Bandar Tenggara |
![]() |
| Farouk peserta tahap Gangsa |
![]() |
| Program Penulisan Kreatif |
Senarai nama peserta SMK Bandar Tenggara:-
1. Muhd Faruq Zaidan bin Zulkepli
2. Muhammad Amirul Mukminin bin Khairulnizam

3. Nur Haziqah Izzati binti Zuraimi
4. Hanis Nurhaziqah binti Zolkeple
4. Hanis Nurhaziqah binti Zolkeple
5. Shila Shazlina binti OSman
6. Nur Huda Izzati binti Izal
7. Muhd Fakhrur Amin bin Mohd Akib
8. Mohd Azuwan bin Azhari
9. Nuhamaad Aidil Shazwan bin Md Jamaludin
10. Muhammad Zulhairul Nezam bin Tahiruddin

11.Ummi Nadzirah binti Omar
12. Siti Kalsum binti Morali
13. Muhammad Suhaimi bin Rasdi
12. Siti Kalsum binti Morali
13. Muhammad Suhaimi bin Rasdi
Subscribe to:
Posts (Atom)
Dasar Utama Kokurikulum
PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.
KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}
KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)
KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}
KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).
DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.
2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.
3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).
4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).
5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).
Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ