19 October, 2011

PROGRAM PASCA PENILAIAN MENENGAH RENDAH

Bandar Tenggara : 12 Oktober hingga 18 November 2011



Walau pun sukatan pelajaran sudah habis di ajar dan peperiksaan sudah diduduki namun pembelajaran masih tetap diteruskan. Pendidikan bukan sahaja berbentuk formal tetapi juga tidak berbentuk formal.

Justeru itu pelbagai program selepas Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang dirancang oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling menjurus kepada mengembangkan potensi diri dan bakat kepimpinan murid.

Sokongan yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah, guru kanan matapelajaran, ketua-ketua panitia dan guru-guru yang mengajar tingkatan tiga amat dihargai. Program-program yang dirancang dan dilaksanakan adalah berbentuk kerohanian, emosi, jasmani dan mental.



Setiausaha program PASCA, Pn Salmah Othman dan pembantunya, Tuan Hj Khairudin Abu Nawas yang merupakan guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini, telah mencadangkan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sepanjang enam minggu sebelum cuti persekolahan bermula.


    MINGGU PERTAMA
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) oleh GPK Kokurikulum, Ahmad Survi.
2. Program Sayangi Daku oleh GPK HEM, Rashid Muhidin.
3. Program Restu Ilmu calon PMR dan SPM, bacaan yassin dan solat hajat.


    MINGGU KEDUA
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Senamrobik oleh Khairulnizam Mohd Yusof.
2. Permainan tradisional oleh Saipi Halidin.
3. Indoor game oleh Abd Rahman Salleh.
4. Kursus penyembelihan - Khairulnizam Mohd Yusof
5. Pengucapan awam (public speaking) oleh Abd Rahman Salleh.
6. Motivasi oleh IKRAM.
bersama menyanyikan lagu kesedaran diri dalam sesi motivasi
bersama penceramah IKRAM, Jaysuman
     MINGGU KETIGA
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Sukan dan permainan oleh Aidil Shamin Abd Razak dan Wahyu Ramayeni.
2. Indoor game oleh Anne Suraya Abd Hahim.
3. Kursus pengurusan jenazah oleh Norazana M.Arif
    CUTI DEEPAVALI

MINGGU KEEMPAT
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Pertandingan glider oleh Shahfudin Hussein.
2. Bengkel Pertandingan Roket - Azlina Abu Bakar.
3. Ceramah pemakanan halal.
4. Taklimat kemasukan ke SM Taknik dan Vokasional.
5. Tayangan video.
6. Pengisian kerohanian oleh panitia Pendidikan Islam

MINGGU KELIMA
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Pertandingan roket air oleh Azlina Abu Bakar
2. Sukan dan permainan. 
3. Indoor game.

MINGGU KEENAM
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Cuti Sambutan Hari Raya Haji- 7 November 2011 (Ahad)
2. Cuti Peristiwa - 8 November 2011 (Isnin)
3. Pengisian kerohanian oleh panitia Pendidikan Islam.
4. Simulasi Haji dan Umrah.
5. Bacaan yassin dan tazkirah.
6. Majlis penutupan Program PASCA 2011.

16 October, 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM 2011

BANDAR TENGGARA: 15 Oktober 2011


MUHAMAD AL-MU'IZZ BIN OMAR, KETUA MURID SMK BANDAR TENGGARA

Ketua Murid, Muhamad Al-Mu'izz Omar, penerima anugerah Perak ARPRM,  adalah salah seorang daripada 244 penerima Anugerah Cemerlang Kokurikulum Tahun 2011 yang telah berlangsung di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya. Beliau ditemui berkata, selaku ketua murid, pembahagian masa adalah amat penting. Tumpuan yang perlu diberikan perhatian yang penuh ialah kepada pelajaran, kemudian pengurusan sekolah dan juga penglibatannya dalam aktiviti kokurikulum. Katanya lagi, saya mengambil kemahiran pengucapan awam dalam Program Anugerah Ramaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang dilaksanakan di sekolah ini. Bermula dari situlah saya, mendalami ilmu berkaitan dengan teknik pengucapan awam, cara meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan menguasai perhatian para hadirin yang datang. Saya amat berbangga dengan bimbingan guru-guru di sekolah ini sebagai mentor.

Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum Tahun 2011 tersebut telah dirasmikan oleh wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Mansor Othman dari Unit Pembangunan Sumber Manusia PPDKu. 
Seramai 450 orang pelajar dari sekolah ini telah turut serta dalam majlis gilang gemilang pada hari itu.  


Ketibaan PPDKu disambut dengan istiadat melayu dengan iringan bunga paha dan bunga manggar, serta paluan kompang yang memecah kesunyian pagi Sabtu. Selepas itu beliau disambut dengan upacara tabik hormat oleh lapan pasukan badan beruniform yang terdiri daripada Pasukan Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba, Renjer Puteri, Pengakap, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah, persembahan silat serta gamelan ketika berada di dalam Dewan Permata.. 

Turut hadir dalam majlis yang gilang gemilang itu ialah Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Sidi Latih, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini, Mazlan Talib, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib, GPK Kokurikulum, Ahmad Survi, GPK Pendidikan Khas, Ruhaizad Hj Redwan, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Salmah Othman dan Guru Perpustakaan dan Media, Rohidah Othman.

Pengetua SMKBT, Banon SH Abdullah, dalam ucapannya beliau berkata majllis seperti ini amat penting kerana murid dan guru perlu diberikan pengikhtirafan kerana mereka telah berusaha bersungguh-sungguh dan berjaya menaikkan nama sekolah bermula dari peringkat daerah, negeri, kebangsaan malah ada yang sampai ke peringkat antarabangsa.

Wakil rasmi PPD Kulai, Mansor Othman berterima kasih kepada pengetua, dan seluruh warga pendidik kerana berjaya merancang dan melaksanakan majlis gilang gemilang ini khususnya kepada murid dan guru. Beliau mewakuli PPDKu menerima sijil Anugerah ARPRM Sekolah Aktif Peringkat Negeri Johor Tahun 2011 dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
 

Penerima anugerah bersama tetamu.

Penolong Pengarah Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan
Sidi Latih diberikan penerangan oleh pengetua  sewaktu berkunjung ke tapak pameran Pendidikan Khas.

12 October, 2011

SELAMAT BERSARA " TERIMA KASIH CIKGU"

Kluang:12 Oktober 2011

Dari raut wajah seorang insan yang akan bersara keesokan harinya, jelas terbayang. Sekuntum senyuman yang dilemparkan tergambar seribu satu kenangan setelah sekian lama berkhidmat sebagai seorang guru. Keadaan ini lebih bermakna lagi apabila pengetua SMK Bandar Tenggara, Pn Hjh Banon SH Abdullah dan lebih 60 orang guru turut sama meraikan majlis minum petang di Prime City, Kluang.

Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK), En Zolkeple Jemadar bersama ahli jawatankuasanya telah berjaya melaksanakan majlis jamuan ringan yang sederhana tapi penuh bermakna kepada yang diraikan. Pada hari yang sama, beberapa orang guru tidak dapat hadir kerana menerima Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Tahun 2011 di Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya.

Turut hadir, GPK Pentadbiran, Pn Anim Mohamed Jaib, GPK Hal Ehwal Murid, En Rashid Muhidin, GPK Kokurikulum, En Ahmad Survi, GPK Tingkatan Enam, Pn Noraziah Shafie, GPK Pendidikan Khas, En Ruhaizad Hj Redwan, Guru Kanan Matapelajaran, Pn Hjh Sawilah Auf, Pn Hjh Hamimah Yunos, Pn Hjh Hasnah Kasnan dan Guru Perpustakaan dan Media, Pn Rohidah Othman.

Pn Narisah (duduk dua dari kanan),
bersama pentadbir dan guru-guru.



Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ