MENU UTAMA

30 September, 2014

KEJOHANAN FUTSAL PIALA MENTERI PENDIDIKAN PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA 2014

30 September 2014: SMK Sultan Alauddin, Bukit Besar
SMK Bandar Tenggara - Johan Futsal Piala Menteri Pendidikan
Peringkat Daerah Kulaijaya

Sila kunjungi Laman Blog 1Murid 1Sukan Kulaijaya
Klik : 1Murid 1Sukan (Futsal)

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara muncul Johan dalam Pertandingan Futsal Piala Menteri Pendidikan 1 Murid 1 Sukan yang diadakan di Gelanggang Futsal , Felda Bukit Besar, Kulaijaya petang tadi. SMK Indahpura mendapat tempat kedua, SMK Bandar Putra dan SMK Seri Pinang mendapat tempat ketiga dan keempat masing-masing.

Sebanyak 12 buah pasukan daripada sekolah-sekolah menengah daerah Kulaijaya terlibat. Pasukan-pasukan tersebut terdiri daripada SMK Bandar Tenggara, SMK Indahpura, SMK Bandar Putra, SMK Seri Pinang, SMK Bandar Tenggara 2, SMK Kulai Besar, SMK Kelapa Sawit, SMK Kangkar Pulai, SMK Sultan Ibrahim, SMK Kota Kulai, SMK Tunku Abdul Rahman Putra dan SMK Bukit Besar.

Turut hadir dalam pertandingan tersebut ialah Encik Mansor Othman, PPPD Unit Pembangunan Kemanusiaan, Encik Abdull Talib Daud, Penyelia Sukan, PPD Kulai dan Encik A.Rahman Ismail, PK Kokurikulum, SMK Seri Pinang, Encik Ahmad Survi, PK Kokurikulum, SMK Bandar Tenggara dan Encik Bahrin Omar, PK Kokurikulum Kota Kulai



Naib Juara - SMK Indahpura
Tempat ke-3:SMK Bandar Putra, Ke-4; SMK Seri Pinang

Sebahagian rakaman video

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA 2014

29 September 2014 : Stadium Majlis Perbandaran Kulaijaya (MPKu)

Hazwani Bukari menyumbang pingat perak dalam acara lontar peluru
Kontinjrn SMK Bandar Tenggara

STARP (L) - mewakili daerah Kulai untuk ke peringkat negeri Johor
SMK Indahpura (P) - wakil daerah Kulai ke peringkat negeri Johor


Sedang dikemaskini...




28 September, 2014

JOHAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI AGENSI BUKAN KERAJAAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SELATAN 2014

27 September 2014 : Padang Kawad UTHM
Ucapan Pengarah Pendidikan Negeri Johor
Pertandingan Kawad Kaki Kategori Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Zon Selatan 2014 melaburkan tirainya apabila Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Yang Berbahagia Tuan Haji Aminuddin Adam menutup rasmi majlis tersebut di Astaka, Padang Kawad, Universiti Teknologi Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja Batu Pahat Johor.

Buat pertama kalinya pasukan pengakap dari Sekolah Menengah (SMK) Bandar Tenggara, di bawah bimbingan Cikgu Mohd Hasry Mustakim menjadi juara kebangsaan kategori Agensi Bukan Kerajaan (Lelaki) 2014. Kejayaan ini dikongsi sama oleh Pengetua, Puan Zaharah Mohd Jani dan seluruh warga sekolah.

Penolong Pengarah Pasukan Badan Beruniform,Rosli Tumiran bersamaKetua Unit Kokurikulum, TuanHaji Kamarudin Mohamad Tahir. 

Pasukan pengakap sekolah

Video klip pasukan pengakap
SMK Bandar Tenggara


Meraikan kejayaan sulung kebangsaan.


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kulai, Encik Mansor Othman dan Elanggovan a/l Savarimuthu dan Encik Johan Hj Nasir juga mengucapkan tahniah di atas kejayaan SMK Bandar Tenggara kerana meraih kejayaan malah bergembira apabila pasukan kedua dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tenggara 1 juga muncul johan kategori NGO (L) sekolah rendah.
Ibu bapa dan guru bersama pasukan pengakap SK Bandar Tenggara,bimbingan Cikgu Salam

Link ke Pertandingan Kawad Kaki Negeri, Daerah dan Kebangsaan:-


PERKAMPUNGAN PRAUNIVERSITI 2014

25 - 27  September 2014

Sedang dikemaskini...

KARNIVAL BAHASA MELAYU

25 Sept 2014 : Dewan Raya Kg Melayu Kulai

Majlis penutup
Persatuan Penulis Negeri Johor
Sedang dikemaskini....