MENU UTAMA

28 September, 2014

JOHAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI AGENSI BUKAN KERAJAAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SELATAN 2014

27 September 2014 : Padang Kawad UTHM
Ucapan Pengarah Pendidikan Negeri Johor
Pertandingan Kawad Kaki Kategori Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Zon Selatan 2014 melaburkan tirainya apabila Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Yang Berbahagia Tuan Haji Aminuddin Adam menutup rasmi majlis tersebut di Astaka, Padang Kawad, Universiti Teknologi Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja Batu Pahat Johor.

Buat pertama kalinya pasukan pengakap dari Sekolah Menengah (SMK) Bandar Tenggara, di bawah bimbingan Cikgu Mohd Hasry Mustakim menjadi juara kebangsaan kategori Agensi Bukan Kerajaan (Lelaki) 2014. Kejayaan ini dikongsi sama oleh Pengetua, Puan Zaharah Mohd Jani dan seluruh warga sekolah.

Penolong Pengarah Pasukan Badan Beruniform,Rosli Tumiran bersamaKetua Unit Kokurikulum, TuanHaji Kamarudin Mohamad Tahir. 

Pasukan pengakap sekolah

Video klip pasukan pengakap
SMK Bandar Tenggara


Meraikan kejayaan sulung kebangsaan.


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kulai, Encik Mansor Othman dan Elanggovan a/l Savarimuthu dan Encik Johan Hj Nasir juga mengucapkan tahniah di atas kejayaan SMK Bandar Tenggara kerana meraih kejayaan malah bergembira apabila pasukan kedua dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tenggara 1 juga muncul johan kategori NGO (L) sekolah rendah.
Ibu bapa dan guru bersama pasukan pengakap SK Bandar Tenggara,bimbingan Cikgu Salam

Link ke Pertandingan Kawad Kaki Negeri, Daerah dan Kebangsaan:-


No comments:

Post a Comment