MENU UTAMA

06 September, 2014

KAJIAN GEOGRAFI PRAUNIVERSITI 2014 KE TANJUNG BALAU MENCAPAI MATLAMAT.

25 Jun 2014 : Kerja Lapangan Geografi

Calon-calon STPM 2014, subjek Geografi
Matapelajaran Geografi (942/4) dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM) yang diambil oleh pelajar-pelajar  prauniversiti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara memilih Tanjung Balau, Kota Tinggi sebagai tempat kajian bagi memenuhi syarat utama subjek tersebut. 

Nurul Ashila binti Mahadi , ahli jawatankuasa dokumentasi ditemui berkata antara objektif penting program ini ialah untuk melahirkan pelajar yang dapat berkomunikasi, bekerjasama, mengurus dan mengelola tugasan secara berkumpulan.

Katanya lagi, pelajar membuat kajian dan mengukur hakisan ombak dan mengenal pasti jenis ombak yang membentuk muka bumi di kawasan pantai Tanjung Balau. Tambahnya lagi aktiviti ekonomi yang dijalankan di Tanjung Balau dalam sektor pertanian, perikanan dan perkhidmatan juga termasuk dalam kajian ini,
Sesi bergambar bersama, PK Kokurikulum, En. Ahmad Survi
Sesi taklimat sebelum program disampaikan oleh En. Ahmad bin Survi, Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara .Turut serta dalam program ini ialah En. Mohd Pozi bin Kemin, Penolong Kanan Prauniversiti, Pn. Zubaidah binti Ibrahim guru subjek geografi dan guru-guru prauniversiti sebagai guru pengiring. 


Merekod kajian kesan ombak untuk kajian geografi
Kumpulan 2 mengkaji dan mengukur ombak
Mengenalpasti sampel kajian





03 September, 2014

JOHAN KATEGORI PERAGAAN FESYEN PERINGKAT NEGERI JOHOR SEMPENA KARNIVAL KESENIAN PENDIDIKAN KHAS 2014

3 Sept 2014 : Karnival Kesenian P.Negeri Johor

Majlis penyampaiah hadiah
Foto oleh Mohd Hasry Mustakim
Karnival Kesenian Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor, diadakan di Pusat Latihan Rekreasi Felcra TebingTinggi, Segamat dengan bermatlamatkan untuk membantu murid berkeperluan Pendidikan Khas menghargai dan menguasai kemahiran kesenian dan kraftangan, selain meningkatkan ketrampilan murid disamping memberi ruang kepada masyarakat untuk bersama pelajar dalam suatu komuniti yang lebih luas.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Datin Ariyani Abdullah, isteri Yang Berhormat Datuk Ayub Rahmat. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tn Hj Md Amin Anis, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Negeri Johor, En MAsnawi Shamsudin, PPPD PendidikanKhas danPemulihan PPD Segamat, Encik Mohd Mustakim Umar, Pengurus Pusat Latihan dan Rekreasi Felcra Tebing Tinggi, Segamat, dan lain-lain tetamu.

En. Mohd Hasry Mustakim ditemui berkata, program ini mempunyai objektif penting, antaranya ialah memupuk semangat kerjasama, persaudaraan, muhibbah dan berdisiplin. Keduanya memperkembangkan bakat dan potensi untuk menjana idea kreatif dan inovatif murid Pendidikan Khas dalam semua bidang kurikulum dan kokurikulum.

Sebanyak lima jenis kategori dipertandingkan di peringkat Negeri Johor iaitu pertandingan tarian, nyanyian solo, anyaman bakul, mewarna batik dan pertandingan peragaan fesyen. Katanya lagi, Najeeha binti Ajwa  muncul johan kategori peragaan fesyen down sindrom dan Nur Natasha peserta tarian Kulaijaya juga muncul johan di peringkat negeri Johor. 

Peserta Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara
Foto oleh En. Mohd Hasry Mustakim

Johan tarian - Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya
Guru-guru Pendidikan Khas dan pembantu dari SMK Bandar Tenggara
1. En. Mohd Hasry bin Mustakim
2. En Khairul Aimie Mohd Termizi
3. Pn Khairani binti Hamdan
4. Pn. Noraina binti A.Samad
5. En Nurul Faishal bin Abd Ghani
6. Pn. Khairani binti Sapawi

Pembantu
1. Sahira Haryati Sairi
2. Pn. Siti Nurfadhilah binti Zakaria

31 August, 2014

GURU SMK BANDAR TENGGARA MENDEKLAMASIKAN SAJAK PADA HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KALI KE-57 PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014

31 Ogos 2014 : Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-57
Merdeka, Merdeka, Merdeka
Guru SMK Bandar Tenggara, mendeklamasikan sajak
di Stadium Majlis Perbandaran Kulaijaya
Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Encik Hamzah Rahman bin Soriat (guru cemerlang) dan Encik Hamzah bin Hamdan, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas berdiri segak di hadapan peserta-peserta perbarisan berduet mendeklamasikan sajak sempena Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-57, Peringkat Negeri Johor 2014 yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Kulaijaya pagi ini.
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Mendeklamasikan sajak secara berduet
En. Hamzah Rahman bin Soriat dan En. Hamzah bin Hamdan
di Stadium Majlis Perbandaran Kulaijaya


Askar Wataniah dari Bataliaon 3 Rejimen 501 Kluang
Foto dari Tuan Iskandarrani Mohamed
Tuan Iskandarrani bin Mohamed, anggota dari E Kompeni yang berpengkalan di Bandar Tenggara terlibat dalam acara perbarisan Askar Wataniah dari Batalion 3 Rejimen 501, Kluang. Beliau ditugaskan menjadi ketua hakim perbarisan pada detik bersejarah negaraku Malaysia.

Perbarisan Daerah Kulaijaya
Kontinjen PPD Kulai
Foto kiriman Mr Elanggovan, PPPD Kulai

AKTIVITI BERBASIKAL DAN SUKAN POLO BASIKAL MEMUPUK GAYA HIDUP MASYARAKAT SIHAT

30 Ogos 2014: Ekspedisi ke Felda Sg Sayong dan Sukan Polo Basikal

Guru SMK Bandar Tenggara, Razak Saat bersama
Johor Tenggara Cycling Team
Masyarakat di Bandar Tenggara sekarang ini mempunyai pelbagai aktiviti untuk beriadah, antaranya ialah berkebun di ladang atau di halam rumah, memancing, bermotorsikal, bermain futsal, badminton, berjoging, senamrobik dan berbasikal.

JTCT - Kayuhan ke Felda Sg Sayong


Kewujudan aktiviti berbasikal oleh pasukan Johor Tenggara Cycling Team (JTCT) memulakan langkah untuk mecari dan mengumpulkan peminat-peminat berbasikal di sekitar Bandar Tenggara, Felda Sungai Sayong, Felda Pasir Raja, Felda Bukit Ramun, Felda Inas, Felda Ulu Sibol, Felda Pengeli Timur, Ladang Pekan sehinggalah ke Felda Ulu Belitong, Kluang.

Program 8 Nov 2014 : Di Desaru
8 November 2014 : di Desaru
Program 16 September 2014 : Di Kluang
Kayuhan 1Malaysia, Peringkat Daerah Kluang 2014

First Johor Master Century Ride 2014
Desaru
------------------------------------------------------------------------
Sesi latihan sukan polo basikal
di gelanggang serbaguna SMK Bandar Tenggara

Manakala murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara pula berbasikal dengan kaedah yang berlainan iaitu dengan Sukan Polo Basikal (POLOBIKE) yang diubahsuai daripada Sukan Polo Kuda (HORSE POLO). Sesi latihan dikendalikan oleh jurulatih sekolah iaitu En Aidil Shamin bin Abd Razak dan En. Ahmad bin Survi.

Latihan - menguasai bola dan kesiembangan badan
Team C dan D
Team A dsan B
link ke Blog Polo Basikal Sekolah
Link Kejohanan Polo Basikal Peringkat Antarabangsa

The King of Desaru