"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera", merupakan visi sekolah kami,"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara" menjadi misi kami, "Berilmu, Beramal dan Berbakti" moto sekolah kami,"Sekolahku Gemilang"- merupakan amalan dan pegangan kami. SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor Darul Takzim, Malaysia.
MENU UTAMA
▼
31 August, 2014
AKTIVITI BERBASIKAL DAN SUKAN POLO BASIKAL MEMUPUK GAYA HIDUP MASYARAKAT SIHAT
30 Ogos 2014: Ekspedisi ke Felda Sg Sayong dan Sukan Polo Basikal
Guru SMK Bandar Tenggara, Razak Saat bersama Johor Tenggara Cycling Team
Masyarakat di Bandar Tenggara sekarang ini mempunyai pelbagai aktiviti untuk beriadah, antaranya ialah berkebun di ladang atau di halam rumah, memancing, bermotorsikal, bermain futsal, badminton, berjoging, senamrobik dan berbasikal.
JTCT - Kayuhan ke Felda Sg Sayong
Kewujudan aktiviti berbasikal oleh pasukan Johor Tenggara Cycling Team (JTCT) memulakan langkah untuk mecari dan mengumpulkan peminat-peminat berbasikal di sekitar Bandar Tenggara, Felda Sungai Sayong, Felda Pasir Raja, Felda Bukit Ramun, Felda Inas, Felda Ulu Sibol, Felda Pengeli Timur, Ladang Pekan sehinggalah ke Felda Ulu Belitong, Kluang.
Manakala murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara pula berbasikal dengan kaedah yang berlainan iaitu dengan Sukan Polo Basikal (POLOBIKE) yang diubahsuai daripada Sukan Polo Kuda (HORSE POLO). Sesi latihan dikendalikan oleh jurulatih sekolah iaitu En Aidil Shamin bin Abd Razak dan En. Ahmad bin Survi.
No comments:
Post a Comment