MENU UTAMA

06 September, 2014

KAJIAN GEOGRAFI PRAUNIVERSITI 2014 KE TANJUNG BALAU MENCAPAI MATLAMAT.

25 Jun 2014 : Kerja Lapangan Geografi

Calon-calon STPM 2014, subjek Geografi
Matapelajaran Geografi (942/4) dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM) yang diambil oleh pelajar-pelajar  prauniversiti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara memilih Tanjung Balau, Kota Tinggi sebagai tempat kajian bagi memenuhi syarat utama subjek tersebut. 

Nurul Ashila binti Mahadi , ahli jawatankuasa dokumentasi ditemui berkata antara objektif penting program ini ialah untuk melahirkan pelajar yang dapat berkomunikasi, bekerjasama, mengurus dan mengelola tugasan secara berkumpulan.

Katanya lagi, pelajar membuat kajian dan mengukur hakisan ombak dan mengenal pasti jenis ombak yang membentuk muka bumi di kawasan pantai Tanjung Balau. Tambahnya lagi aktiviti ekonomi yang dijalankan di Tanjung Balau dalam sektor pertanian, perikanan dan perkhidmatan juga termasuk dalam kajian ini,
Sesi bergambar bersama, PK Kokurikulum, En. Ahmad Survi
Sesi taklimat sebelum program disampaikan oleh En. Ahmad bin Survi, Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara .Turut serta dalam program ini ialah En. Mohd Pozi bin Kemin, Penolong Kanan Prauniversiti, Pn. Zubaidah binti Ibrahim guru subjek geografi dan guru-guru prauniversiti sebagai guru pengiring. 


Merekod kajian kesan ombak untuk kajian geografi
Kumpulan 2 mengkaji dan mengukur ombak
Mengenalpasti sampel kajian





No comments:

Post a Comment