MENU UTAMA

08 September, 2014

PENULISAN MEDIA KREATIF PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014 - TERBUKA KEPADA PESERTA ARP RAKAN MUDA

7 Sept 2014 : Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor

Peserta kursus dari SMK BandarTenggara, diiringi oleh Pemimpin ARPRM  En. Ahmad Survi, Pn. Hafilah Hamzah dan En. Abd Rahman Salleh
Penulisan Media Kreatif Peringkat Negeri Johor diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor pada 5 hingga 7 September 2014. Peserta-peserta terdiri daripada persatuan-persatuan NGO, pegawai-pegawai belia daerah-daerah dan peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara menghantar 10 peserta tahap Gangsa, 4 tahap Perak ke kursus yang diadakan selama 3 hari dua malam itu.

Matlamat utama kursus ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pengguna-pengguna media sosial yang sekarang ini menjadi satu budaya kepada generasi abad ke-21 seperti facebook, twitter,blog, youtube, instegram, whatsapp dan lain-lain lagi agar menjadi pengguna yang bijak dan bertanggungjawab kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Puan Hjh Supiati, Pn. Siti Fatimah, En. Helmi dan pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, bahagian Pembangunan Rakan Muda serta Pn. Suzieta Basri seorang usahawan di Johor Bahru, sebagai penceramah.

Izzatul Isma,peserta tahap Perak bersama rakan yang dilantik
sebagai pengacaramajlis penutup dari SMK Bandar Tenggara
Izatul Isma pelajar prauniversiti, juga merupakan peserta tahap Perak dalam Program Remaja Perdana Rakan Muda ditemui berkata barulah saya faham mengenai kebaikan dan kesan atau risiko-risiko yang dihadapi oleh pengguna-penguna media sosial. Sebenarnya terlalu banyak faedah yang boleh diperolehi melalui media sosial. Pengguna perlu bijak dalam membuat keputusan. Katanya lagi, ianya sungguh menarik dan berinformasi. Sebagai pengguna saya sudah memahami akan kebaikan dan risiko menggunakan media sosial ini.

Farouk peserta tahap Gangsa
Manakala Muhd Faruq Zaidan bin Zulkepli, peserta tahap Gangsa dilantik sebagai pembaca doa dalam majlis penutup. Beliau juga ditemui berkatabanyak ilmu mengenai media sosial yang saya perolehi, antaranya menjadi pengguna twitter yang baru. Di situ, kata farouk lagi saya dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan melalui media ini. Menyeronokkan dan banyak informasi ini akan saya aplikasikan dalam bidang pendidikan seperti berkongsi maklumat berkaitan pelajaran pada rakan-rakan yang mempunyai gajet.

Program Penulisan Kreatif
Penggunaan media sosial yang disampaikan oleh penceramah
Senarai nama peserta SMK Bandar Tenggara:-
1. Muhd Faruq Zaidan bin Zulkepli
2. Muhammad Amirul Mukminin bin Khairulnizam
3. Nur Haziqah Izzati binti Zuraimi
4. Hanis Nurhaziqah binti Zolkeple
5. Shila Shazlina binti OSman
6. Nur Huda Izzati binti Izal
7. Muhd Fakhrur Amin bin Mohd Akib
8. Mohd Azuwan bin Azhari
9. Nuhamaad Aidil Shazwan bin Md Jamaludin
10. Muhammad Zulhairul Nezam bin Tahiruddin
11.Ummi Nadzirah binti Omar
12. Siti Kalsum binti Morali
13. Muhammad Suhaimi bin Rasdi 

No comments:

Post a Comment