MENU UTAMA

09 August, 2014

KAYUHAN RAYATON II - 42 KILOMETER DARI BANDAR TENGGARA KE FELDA ULU BELITONG, KLUANG

9 Ogos : Bandar Tenggara - Felda Belitong

Sampai di Felda Belitong, Kluang

Kayuhan Rayaton II bermula pagi tadi dari R&R Bandar Tenggara ke Felda Ulu Belitong sejauh lebih kurang 42 kilometer mengikut jalanraya utama Kulaijaya- Kluang.

Kayuhan kali ini melibatkan seramai 19 orang rider yang terdiri daripada guru-guru SMK Bandar Tenggara, rakan-rakan rider dari Taman Anggerik, dan Felda Bukit Ramun. Peserta termuda kali ini iaitu Muhammad Nabil Wafin Zamri, 11 tahun dari SK Bandar Tenggara berjaya menamatkan kayuhan dengan cemerlang. 

Muhammad Nabil Wafin Zamri, peserta termuda dari
SK BAndar Tenggara 2
Zamri Asri, ketua kepada Bandar Tenggara Cycling Team (BTCT) ditemui berkata program ini berjaya diadakan buat kali keduanya apabila mendapat sambutan dari kalangan rider-rider sekitar Bandar Tenggara. Selepas itu semua rider berkunjung ke rumah Rajuan Geoh untuk berhari raya di Bandar Tenggara.
Md Amin Samad, Tukimin Ahad, Razali Abdullah, Abd Razak, Jali Bon,
Rajuan Geoh dan Ahmad Survi berhenti rehat di jambatan Sungai
Ulu Pengeli
Kayuhan kali ini melibatkan seorang peserta wanita iaitu Ainnurulhuda Rusli, Persatuan Lumba Basikal Johor (PLBJ) berasal dari Felda Ulu Belitong, Kluang yang kini sedang menjalani latihan untuk ke pertandingan MTB di Sabah minggu hadapan.
Ain ditemani oleh suaminya, Junaidi Rafar
Cikgu Aidil bersama rakan-rakan rider menikmati juadah di rumah
Rajuan Geoh, Bandar Tenggara
Peserta Kayuhan Rayaton II kali ini terdiri daripada guru-guru SMK Bandar Tenggara, Ahmad Survi, Abd Razak Saat dan Aidil Shamin Abd Razak, manakala 2 orang murid sekolah yang sama iaitu Muhammad Hasrul Zulkefli dan Muhammad Fikri Mohd Zulkifli. 

Manakala yang lain-lain adalah rider-rider dari Taman Anggerik iaitu Zamri Asri (ketua kayuhan), Tukimin Ahad, Mohd Zam Zainal Abidin, Sulaiman Satari, Md Amin Samad, Razali Abdullah dan Man Rajuan Geoh dari Bandar Tenggara, Jali Bon dari Felda Bukit Ramun, serta Ainnurulhadi Rusli dan Junaidi Rafar. dari Felda Ulu Belitong, Kluang.

MARHABAN - MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM BANDAR TENGGARA DAN BERKUNJUNG DI RUMAH MANTAN PENGETUA

9 Ogos 2014: Bandar Tenggara

Anak-anak yatinm diraikan sempena Sambutan Aidil Fitri
Marhaban - Selawat memuji Nabi Muhammad

Sedang dikemaskini...



BENGKEL ARP RAKAN MUDA TAHAP EMAS 2014

7-9 Ogos 2014 : Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Desaru


Sedang dikemaskini...

KARNIVAL SUKAN 2014

6 Ogos 2014: Dewan Permata

Sedang dikemaskini...

04 August, 2014

DEKLAMASI SAJAK OLEH ZOL AKHSYA SEMPENA APRESIASI PUISI RAMADAN ANJURAN PPJ DI BANDAR TENGGARA

3 Ogos 2014 : Zol Akhasya

Zol Akhasya dari kanan dan Mohd Rosli Bakir
Penglibatan seorang guru prauniversiti, Tuan Haji Zolkeple Jemadar, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara telah mengharumkan nama sekolah apabila  menyampaikan sajak ciptaannya sendiri sempena Program Apreasiasi Puisi Ramadan, anjuran Persatuan Penulis Johor (PPJ) yang diadakan di Bandar Tenggara baru-baru ini. Peristiwa tersebut telah diterbitkan oleh Berita Harian pada 24 Julai 2014.

Keratan surat khabar
Berita Harian, 24 Julai 2014
Penglibatan Cikgu Zolkeple Jemadar :-
Bidang tugas di sekolah sebagai Guru Kokurikulum Prauniversiti

Sumbangan-sumbangan beliau :-
1. Link ke Ambang Kemerdekaan Peringkat Daerah Kulai
Sajak bertajuk "Wasiat Bangsa" telah dapat disampaikan dengan penuh bersemangat dan bertenaga. Majlis Ambang Kemerdekaan Kali Ke-56 degegarkan dengan tepukan gemuruh oleh para hadirin dan tetamu kehormat, Pegawai Daerah (ADO) Kulaijaya.

Sila klik youtube di bawah:-
Judul Sajak " Wasiat Bangsa"
Rakaman : Pelajar Pra Universiti SMK Bandar Tenggara

Deklamasikan Sajak oleh Zol Akasya,
bertajuk "Wasiat Bangsa"


Deklamasi Sajak oleh Zol Akasya
Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kulaijaya 2013
di Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya



Karya-karya Zol Akasya
Dua orang anak didiknya yang mendeklamasikan sajak pada tahun ini yang terlibat dalam Pertandingan Sajak Peringkat Daerah Kulaijaya ialah Hazira Shamsul Ihtihsham  (Tingkatan 2) dan Nur Afi'zah (Tingkatan 4). Sila lihat deklamasi sajak oleh Hazira Shamsul Ihtihsham. 

03 August, 2014

KAYUHAN RAYATON DARI KFC BANDAR TENGGARA KE FELDA BUKIT RAMUN KULAIJAYA

2 Ogos 2014 : Kayuhan Rayaton

Peserta kayuhan dari KFC ke Felda Bukit Ramun
Kayuhan dari KFC Bandar Tenggara ke Felda Bukit Ramun,  mencapai misi dan objektifnya apabila rider-rider dari Bandar Tenggara sampai ke rumah Sazali Hj Sumat, A18 Felda Bukit Ramun, Kulaijaya sejauh 48 kilometer pergi dan balik.

Ketua ekspedisi ini yang diketuai oleh Izam Asri, rider dari Johor Tenggara Cycling Team (JTCT) merancang untuk beraya di rumah, mendapat respond dari rakan-rakan di Bandar Tenggara. Kehadiran Encik Manan, dari Persatuan Lumba Basikal Johor memeriahkan lagi aktiviti kayuhan di mana beliau bertindak menjadi marshal sepanjang perjalanan tersebut.

JT Cycling Club, Kimin dan Wak Leman


Berada di check point 2, Felda Bukit Ramun

Berehat di rumah Sazali Hj Sumat,
Felda Bukit Ramun
Pengalaman Silam, Ekspedisi Berbasikal:-
Link ke Kayuhan BTeC Club
Link ke Cycling For Nature UTM
Link ke Ekspedisi Ke Sg Pelepah, Kota Tinggi
Link ke Le Tour De Mosque
Link ke Kayuhan 1Malaysia
Link ke Kejohanan Polo Basikal Daerah Kulaijaya
Link ke Malam Ambang Kemerdekaan Negeri Johor