MENU UTAMA

09 May, 2013

BADMINTON ERATKAN HUBUNGAN KOMUNITI ANTARA GURU DENGAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

BANDAR TENGGARA : Anjuran BKGK

Pemain regu harapan
Hubungan Komuniti, antara guru dan polis jelas kelihatan apabila kunjungan pasukan badminton dan keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke SMK Bandar Tenggara untuk aktiviti bersukan diraikan dengan penuh kemesraan walau pun dalam hujan lebat petang tadi.

Perlawanan persahabatan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara guru dengan anggota keselamatan Bandar Tenggara, kata Zolkeple Jemadar. Beliau selaku penyelaras perlawanan badminton kali ini membawa mesej 1Aspirasi 1Agenda selaras dengan Tema Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun ini.

Pasangan regu wanita
Perlawanan yang menjadi tumpuan penonton ialah apabila Hanifatiza dan Munirah dari SMK Bandar Tenggara menentang Salina dengan pasangannya Shasha dari pasukan PDRM. Pasukan sekolah telah tewas dalam perlawanan ini. Namun semangat kesukanan yang ditunjukkan membuktikan sukan merupakan satu media penting untuk membina semangat juang dan setiakawan.

Pasukan Badminton SMKBT-PDRM
Turut sama dalam perlawanan persahabatan tersebut ialah SI Yusof Hj.Muda, Sarjan Tanal, Sarjan Amran, Kopral Roslan dan Lans Kopral Rahim, Shafie, Zaidi, Azrul, Aeron, Rojer dan Nizam dari PDRM Bandar Tenggara. Manakala Ustaz Zuraimi, Rohim, Ahmad Survi, Mohd Pozi, Ahmad Nazri, Mustafa, Aidil Shamin, Hamzah Rahman dan Zolkeple Jemadar dari SMK Bandar Tenggara.  
Cenderamata sebagai tanda kenangan
Dalam majlis perpisahan, Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia SI Yusof  Hj Muda, ketua kontinjen polis manakala Ustaz Zuraimi Hamidun, mewakili kontinjen sekolah. Sumbangan berbentuk hamper itu disumbangkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bandar Tenggara.

Jadual Aktiviti Sempena Hari Guru:

25 April 2013 : Pertandingan Memancing
29 April - 21 Jun: Pertandingan Rekacipta Video Kebangsaan
07 Mei 2013  : Pertandingan Pentanque
08.Mei 2013  : Pertandingan Memasak.
09 Mei 2013  : Perlawanan Badminton (Polis DRM vs SMKBT)
10 Mei 2013  : Pertandingan Badminton Guru
11 Mei 2013  : Pertandingan Badminton Piala PPD Kulaijaya
12 Mei 2013  : XPDC Berbasikal KPPK Peringkat Negeri Johor
15 Mei 2013  : Pertandingan Boling Ten Pin
16 Mei 2013  : Sambutan Hari Guru
                        Tema : 1Aspirasi 1Agenda

08 May, 2013

PERTANDINGAN MEMASAK MENDAPAT SAMBUTAN BAIK DARI KALANGAN GURU DAN STAF SOKONGAN SMK BANDAR TENGGARA

BANDAR TENGGARA: 08 Mei 2013

Penilaian para juri pertandingan masakan
Mahani Parmin, Ketua Juri Pertandingan Memasak Sempena Hari Guru Peringkat Sekolah 2013 menyatakan bahawa penglibatan guru tahun ini amat membanggakan. Mereka memasak dengan penuh kesungguhan dan menyajikan jenis masakan yang pelbagai, enak dan berkhasiat.

Sebanyak 10 kumpulan telah menyertai pertandingan tersebut yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu masakan traditional, western dan dessert. Antara yang menarik dalam pertandingan ini ialah dua pasang suami isteri iatu Mohd Hanif Abu Hassan dan Anilin Hasziza Haron serta Abd Rahman Salleh dengan isterinya Halijah menggayakan masakan citarasa istimewa iaitu kutub utara kutub selatan dan hidayah.

Penilaian yang dibahagikan kepada tiga bahagian itu menjadi penentu kejayaan yang membawa  sebanyak 50 markah dari segi rasa, 30 markah untuk kreativiti & rupa serta 20 markah lagi untuk persembahan & kebersihan.

Keputusan pertandingan akan diumumkan pada 16 Mei nanti, kata Suriati Alias, ketua audit Pertandingan Memasak Sempena Hari Guru Peringkat Sekolah 2013.

Masakan Western

Chef  HJh Saripah Rodiah dan rakan

Chef Rosidah - Chef Hjh Hamimah

Chef Azura Azlina

Hidayah

Kutub Utara Kutub Selatan
Kelantanese In D House

Jadual Aktiviti Sempena Hari Guru:

25 April 2013 : Pertandingan Memancing
29 April - 21 Jun: Pertandingan Rekacipta Video Kebangsaan
07 Mei 2013  : Pertandingan Pentanque
08.Mei 2013  : Pertandingan Memasak.
09 Mei 2013  : Perlawanan Badminton (Polis DRM vs SMKBT)
10 Mei 2013  : Pertandingan Badminton Guru
11 Mei 2013  : Pertandingan Badminton Piala PPD Kulaijaya
12 Mei 2013  : XPDC Berbasikal KPPK Peringkat Negeri Johor
15 Mei 2013  : Pertandingan Boling Ten Pin
16 Mei 2013  : Sambutan Hari Guru
                        Tema : 1Aspirasi 1Agenda

BAJU HIJAU JUARA PENTAQUE PERINGKAT SEKOLAH

BANDAR TENGGARA : 07 Mei 2013 Pertandingan Pentanque


Juara (hijau) dan Naib Juara
Pertandingan Petanque 2013
Johan : (Mohd Hanif Abu Hassan, Ahmad Nazri Selamat & Aidil Shamin Abd Razak); Naib Johan : (Taufiq Aluddin, Yazmi Sanip & Asmawi Ab.Rasip) dan Ketiga: (Rashid Muhidin, Ahmad Survi dan Mohd Pozi Kemin).

07 Mei 2013  : Pertandingan Pentanque Kategori Perempuan



Johan; (Noraina Abd Samad (dua dari kanan), Khairani Hamdan dan Suhaila); Naib Johan: (Nur Diyana Md Khairuddin, Nurul Ain Zaripin dan Hasnah Abd Kadir)

Aksi penonton

Jadual Aktiviti Sempena Hari Guru:
25 April 2013 : Pertandingan Memancing
29 April - 21 Jun: Pertandingan Rekacipta Video Kebangsaan
07 Mei 2013  : Pertandingan Pentanque
08.Mei 2013  : Pertandingan Memasak.
09 Mei 2013  : Perlawanan Badminton (Polis DRM vs SMKBT)
10 Mei 2013  : Pertandingan Badminton Guru
11 Mei 2013  : Pertandingan Badminton Piala PPD Kulaijaya
12 Mei 2013  : XPDC Berbasikal KPPK Peringkat Negeri Johor
15 Mei 2013  : Pertandingan Boling Ten Pin
16 Mei 2013  : Sambutan Hari Guru
                        Tema : 1Aspirasi 1Agenda

SELAMAT HARI GURU


  1. Info Sambutan Hari Guru oleh Hj Armas Derusman
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Lagislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committe) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


Kau umpama lilin yang menerangi kegelapan.
Semoga usahamu yang murni akan melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.


Sumber Internet

06 May, 2013

PELAJAR SEKOLAH BERPELUANG MEMENANGI WANG TUNAI SEPULUH RIBU RINGGIT , 4 UNIT iPAD DAN TROFI DENGAN MENGHANTAR REKACIPTA VIDEO MELALUI ONLINE

BANDAR TENGGARA:

Logo Pertandingan Rekacipta Video

Pelajar SMK Bandar Tenggara berpeluang untuk memenangi wang tunai RM 10,000.00, 4 unit iPad dan trofi apabila berjaya mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Rekacipta Video Peringkat Kebangsaan tahun ini.

Anda hanya perlu menghantar rakaman video bertemakan " KLIK DENGAN BIJAK" kepada pihak penganjur Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013.

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013 adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (PINAS).

Maklumat lanjut : Sila muat turun fail pdf