MENU UTAMA

23 August, 2014

PROGRAM MARHABAN MERDEKA RAYA 2014

23 Ogos 2014: Program Marhaban Merdeka Raya


Pengetua SMK Bandar Tenggara memotong kek.
Foto : Rahman Salleh
Program Marhaban Merdeka Raya 2014 yang dilaksanakan oleh Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah pada hari ini adalah untuk memupuk dan menjalin ikatan siratulrahim di antara guru-guru, pelajar dan kakitangan sekolah yang sedia terjalin selama ini.

Program ini dijalankan serentak mengikut kumpulan masing-masing. Kumpulan Satu di Blok Aman dan Elok yang diketuai oleh Encik Rashid Muhidin, PK Hal Ehwal Murid, kumpulan 2 di Blok Harmoni dan Pendidikan Khas diketuai oleh Encik Hamzah Hamdan, PK Pendidikan Khas, kumpulan 3 di Blok Damai dan Blok Cemerlang diketuai oleh Pn Zaharah Mohd Jani, Pengetua SMK Bandar Tenggara, kumpulan 4 di Blok Indah (prauniversiti) diketuai oleh Pn Anim Mohamed Jaib, Penolong Kanan Pentadbiran manakala kumpulan 5 di kantin sekolah diketuai oleh Encik Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum.
PK Hal Ehwal Murid, memotong kek sempena
Foto Suriati Alias
Marhaban dan bacaan doa
Tingkatan Lima di kantin sekolah
Hakim Azman, membaca doa selamat, manakala
pengacara majli diketuai oleh Farid Redwan
Penyelaras program, Encik Abd Rahman Salleh ditemui berkata di antara objektif utama program ini ialah untuk memberi peluang kepada murid/ pelajar untuk membaca selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W bersama guru tingkatan, guru pembantu dan ahli-ahli kelas masing-masing disamping itu saling memohon ribuan kemaafan di antara satu sama lain.

Guru-guru Tingkatan Lima terdiri daripada Puan Rohidah Uriff , guru Tingkatan 5B dan pembantunya, Muzam Mohdi, manakala Tingkatan 5 Delima diketuai oleh Pn. Anili Hasziza Haron dan HjhNisah Sarbini, Tingkatan 5 Mutiara, Pn Azura Rahim dan  Pn. Khairani Mohd Kator manakala 5 Zamrud diketuai oleh En. Taufieq Aluddin dan dibantu oleh Pn. Rohidah Othman.

Turut hadir dalam majlis marhaban itu ialah PK Kokurikulum, Encik Ahmad Survi, Ketua Bidang, Pn Hjh Sawilah M. Auf, Pn Hjh Hamimah Mohd Yunos, Pn Mahani Parmin dan Pn. Hashah Abd Kadir.


Guru-guru Tingkatan 5 dan pembantu
Keriangan murid Tingkatan Lima si
Tingkatan 5 Baiduri
Tingkatan 5 Delima

Tingkatan 5 Mutiara

21 August, 2014

20 August, 2014

KURSUS PROFESIONALISME HARI KEDUA 2014

20 Ogos 2014 :Bilik Seminar Al Baihaqi
Ucap Utama PPD Kulaijaya
Tuan Hj Ishak bin Mahbob
Kursus Peningkatan Profesionalisme untuk Guru Penolong Kanan  Pentadbiran, GPK Hal Ehwal Murid, GPK Kokurikulum, dan GPK Petang Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulai bermula 19 Ogos hingga 21 Ogos 2014. Kursus tersebut di adakan di Hotel Pantai Puteri Melaka di mana seramai 59 peserta dari 17 buah sekolah menengah terlibat.

Pegawai Pendidikan Daerah Kulai, Tuan Hj Ishak bin Mahbob mengucap jutaan terima kasih dan tahniah kerana komitment mereka disamping menyampaikan mandat untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dengan mencapai GPS yang lebih baik daripada tahun-tahun lepas.

Transformasi pendidikan yang menjadi fokus utama ialah untuk mengaplikasikan KPI (keys performance index) peringkat daerah Kulai yang bersifat dinamik. Antaranya, perubahan yang perlu dilaksanakan di peringkat sekolah ialah menyemak semula GPS dan merancang program-program yang berkesan untuk meningkatkan lagi pencapaian sekolah.

Akhirnya , beliau menyatakan fungsi Guru Penolong Kanan terhadap kepimpinan sekolah banyak membantu meningkatkan kecemerlangan akademik di sekolah masing-masing khususnya dan peringkat daerah Kulai umumnya.

Tentatif program:-
Tarikh : 20 Ogos 2014
Masa : 8.30 - 10.30 malam
Ucap Utama dan Majlis Penutupan
Tn Hj Ishak bin Mahbob
Pegawai Pendidikan Daerah Kulai

Tentatif program:-
Tarikh : 20 Ogos 2014
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Modul 5 : Peranan SIP+ Dalam Pemantapan Kepimpinan Sekolah
Penceramah : En. Azman bin Shafii
Pegawai SIP+

5 Aspirasi Sistem
6 Aspirasi murid
11 Anjakan untuk trsnsformasi

11 Anjakan untuk transformasi
3 Gelanggang
Tentatif program:-
Tarikh : 20 Ogos 2014
Masa : 10.30 - 12.30 tgh
Modul 4 : Pembelajaran Abad Ke-21
Penceramah : Pn Lizawati binti Ahlit
SISC + Bahasa Melayu

Aktiviti walk galary

Komen dari kumpulan lain
Ahli kumpulan 11
dengan hasil kerja walk galary

Tentatif program:-
Tarikh : 20 Ogos 2014
Masa : 8.00 - 10.00 petang
Modul 3 : Alat Pemajuan Sekolah Dalam Pembangunan Organisasi
Penceramah : Encik Misri bin Thariano
SIP+

PK SMK Bandar Tenggara
1. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010
    Muat turun fail :
   1.1  SKPM 2010
   1.2 ALAT PEMAJUAN SEKOLAH
          - Graf SKPM
          - Tool for schools improvement


19 August, 2014

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME UNTUK GPK PENTADBIRAN, HEM, KOKURIKULUM DAN GPK PETANG 2014

19 Ogos 2014: Bilik Al Baihaqi, Hotel Pantai Puteri

Tentatif program:-
Tarikh : 19 Ogos 2014
Masa : 8.30 - 10.30 petang
Modul 2 : Bicara Pendidikan
Penceramah : Encik Mohd Shahat bin Md Shah
Timbalan PPD Kulaijaya

Tentatif program:-
Tarikh : 19 Ogos 2014
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Modul 1 : Pengurusan Sekolah
Penceramah : Encik Mohd Yusof bin Katmi
Penolong PPD Kulaijaya, Bahagian Sekolah Menengah

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025

3 OBJEKTIF PELAN PPPM
   
Muat turun PPPM
  • 1.0  Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikkan akses kepada pendidikan meningkatkan standard (kualiti) merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkasanan sistem.
  • 2.0 Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025.
  • 3.0 Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pendidikan Malaysia yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam
9 Bidang Keutamaan yang diperhalusi
  • Profesionalisme Perguruan
  • Kepimpinan Sekolah
  • Kualiti Guru
  • Kurikulum & Pentaksiran
  • Kecekepan Pelbagai Bahasa
  • Penglibatan Ibu bapa & Masyarakat.
  • Peluang Pasca Menengah
  • Penggunaan Sumber Kementerian Yanf Effisien & Efektif
  • Kapasiti & Keupayaan Sistem Penyampaian Kementerian.
5 ASPIRASI SISTEM
  • Akses
  • Kualiti
  • Ekuiti
  • Perpaduan
  • Kecekapan
5 ASPIRASI MURID
  • Pengetahuan
  • Kemahiran berfikir
  • Kemahiran Memimpin
  • Kemahiran dwibahasa
  • Etika dan kerohanian
  • Identiti Nasional
11 ANJAKAN
  • Pengetahuan
  • Kemahiran berfikir
  • Kemahiran Memimpin
  • Kemahiran dwibahasa
  • Etika dan kerohanian
  • Identiti Nasional


17 August, 2014

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN MENGIBARKAN JALUR GEMILANG PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA 2014

17 Ogos 2014: RTC Kulaijaya

Majlis perasmian


Tn Hj Zolkeple Jemadar, daripada SMK Bandar Tenggara
Penyajak Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan
PERSEMBAHAN SAJAK

Persembahan Sajak oleh
 Tn Hj Zolkeple Jemadar


Ada aktiviti kayuhan sejauh 25 km, RTC- Senai
anjuran Kementerian Belia dan Sukan cawangan
Kulaijaya dan Johor Bahru
Wakil SMK Bandar Tenggara dalam kayuhan
Merdeka sejauh 25 kilometer

Sebelum flagoff
Kayuhan Merdeka

Group Sheq Cycling Team Kulaijaya

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA 2014



Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014
Foto : kiriman Pn Zaharah Mohd Jani

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan penghargaan Kerajaan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang disamping pengikhtirafan cemerlang terhadap perkhidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2013 dari SMK Bandar Tenggara ialah Pn Anim binti Mohd Jaib, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Rashid bin Muhidin, PK Hal Ehwal Murid, Pn Zulaikha binti Ngaliman, Pn. Faridah binti Abdullah, guru Prauniversiti, Pn Mahani binti Parmin, Pn. Muzam binti Mohdi, En. Ahmad Nazri bin Selamat, guru-guru arus perdana dan Pn. Rosidah bin Ali, pegawai kewangan sekolah.

Pn. Zaharah binti Mohd Jani, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara juga merupakan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2013, ketika beliau bertugas di SMK Munsyi Abdullah, sebagai Penolong Kanan (PK) Pentadbiran.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) berlangsung di Dewan Bandar, Kg. Melayu, Kulaijaya baru-baru ini.

Puan Rosidah Ali
Penerima APC 2013
Keterangan mengenai APC.
Sila muat turun fail ini : Anugerah Perkhidmatan Cemerlang