MENU UTAMA

26 June, 2014

JEBAT JUARA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-22 TAHUN 2014

26 Jun 2014 : Stadium Tenggara

Johan keseluruhan - Jebat
LAPORAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-22 TAHUN 2014
Jebat menjadi juara Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-22 Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) BandarTenggara, Kulaijaya Tahun 2014 dengan mendapat 21 pingat Emas, 9 Perak dan 20 Gangsa.  Kedua disandang oleh Kasturi 13 Emas, 13 Perak dan 10 Gangsa, manakala Ketiga dimenangi oleh Lekir 11 Emas, 19 Perak dan 11 Gangsa dan seterusnya Tuah dengan pungutan 7 Emas, 11 Perak dan 11 Gangsa.

Ucapan Yang Dipertua PIBG
Perasmian penutup disempurnakan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Encik Ahmad Saian. Bidang sukan merupakan landasan yang terbaik dalam usaha membangunkan modal insan yang cergas, kreatif, berdaya saing, dan mempunyai jati diri yang kukuh kepada semua murid yang terlibat. Tahniah kepada yang berjaya manakala yang tidak berjaya jadikan kejohanan kali ini sebagai kayu pengukur untuk tahun hadapan, katanya dalam ucapan perasmian penutup.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah, semua ahli jawatankuasa, guru-guru, peserta-peserta, murid-murid dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung pada kejohanan tahun ini. Selaku wakil ibu bapa, beliau mengingatkan kepada anak-anak pelajar agar menjadi orang yang berdisiplin, bertanggungjawab dan berketrampilan melalui aktiviti bersukan.

Turut hadir dalam majlis penutupan tersebut ialah Puan Zaharah Mohd Jani, Pengetua,  Puan Anim Mohamed Jaib, Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Hamzah Hamdan, Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Hjh Hamimah Yunos, Guru Kanan Matapelajaran Sains dan Matematik, Puan Hjh Sawilah M. Auf, GKM Vokasional dan Teknik, Puan Hjh Hayati Abdullah, GKM Bahasa, Puan Hjh Hasnah Kasnan, GKM Sains Sosial.

Jebat; 2E 9P 20G.  Kasturi 13E, 13P dan 10G, Lekir 11E 19 P dan 11 G dan
Tuah ;7 E, 11 P dan 11 G.
 

Rumah Sukan : Ketua rumah sukan

Setiausaha Sukan, Penolong dan AJK Kejohanan
AJK Kejohanan

Pasukan PBSM Sekolah - bertungkus lumus menjalankan tugas


Sedang dikemaskini...

25 June, 2014

PRA KEJOHANAN BERJALAN LANCAR

25 Jun 2014 : Pra Kejohanan Kali Ke-2, di Stadium Tenggara
Pra Kejohanan Ke-2, di Stadium Tenggara
24 Jun 2014 : Pra Kejohanan 1 di padang dan stadium

Peristiwa Pra Kejohanan 1 di padang sekolah




Sedang dikemaskini...

BADMINTON - SUKAN PRESTASI TAHAP TINGGI 2014 BERTANDING DI DEWAN 99, MUAR

25 Jun 2014 : Dewan 99, Muar
Pasukan SPTS Kulaijaya
Kejohanan Sukan Prestasi Tahap Tinggi (SPTS) Badminton Peringkat Negeri Johor akan berlangsung di Dewan 99, Muar pada 25 hingga 27 Jun 2013.

Pasukan SPTS Badminton Daerah Kulaijaya di bawah bimbingan Zuraimi Hamidun selaku jurulatih membawa seramai 14 orang pemain yang terdiri daripada empat pelajar perempuan dan sepuluh pelajar lelaki dari SMK Seri Pinang, Bandar Tenggara 2 dan SMK Bandar Tenggara.

Nurul Ain Zaripin dan Khairul Azizi Azman selaku capron dan pembantu jurulatih turut sama dalam kejohanan tersebut.

Sedang dikemaskini....

23 June, 2014

SMK BANDAR TENGGARA - TEMPAT KETIGA PROGRAM CABARAN PUSAT KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

23 Jun 2014 : Program Cabaran Pusat Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2014

Hazwani Bukhari, Tingkatan 4 Baiduri
SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor Darul Ta'zim
Pusat Kokurikulum Johor, Jabatan Pendidikan Johor telah mengadakan beberapa siri latihan intensif bagi aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan sempena Program Cabaran Pusat Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2014.

Seramai 30 orang peserta dari sekolah-sekolah menengah negeri Johor terpilih dalam siri pertama yang diadakan di Pusat Kokurikulum, Johor Lama, Kota Tinggi pada 6 hingga 8 Mei 2014 yang lepas.

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah dua buah sekolah dari daerah Johor Bahru; SMK Taman Tun Aminah dan SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru; 3 buah sekolah dari daerah Kulaijaya; SMK Munshi Abdullah, SMK Bandar Putra dan SMK Bandar Tenggara; sebuah sekolah dari daerah Pasir Gudang; SMK Pasir Gudang 2; 5 buah sekolah dari daerah Muar; SMK Tengku Mahkota, Sekolah Tinggi Muar, SMK Bukit Naning, SMK Seri Menanti dan SMK Parit Bunga; tiga buah sekolah dari daerah Kota Tinggi; SMK Bandar Kota Tinggi, SMK Bandar Ester dan SMK Semenchu Kota Tinggi.

Manakala dari daerah Batu Pahat sebanyak 2 buah sekolah terpilih iaitu SMK Seri Medan dan SMK Datin Onn Jaafar, dua buah sekolah di Segamat iaitu SMK Labis dan SMK Kamarul Ariffin. Dari daerah Pontian sebanyak 3 buah sekolah iaitu SMK Sri Kukup, SMK Dato' Ali Haji Ahmad dan SMK Air Baloi, sementara dari Mersing sebanyak sebuah sekolah telah terpilih iaitu SMK Tenggaroh.

PENGISIAN LATIHAN INTENSIF PERINGKAT NEGERI JOHOR
1. 6-8 Mei : PKD Kota Tinggi, di Johor Lama ( Berkayak)
2. 18 - 20 Mei : PKD Muar (Basikal Bukit)
3. 2- 4 Jun: PKD Kluang (Kembara dan Ikhtiar Hidup)
4. 13-15 Jun : PKD J. Bahru (Wall Climbing dan Basikal Lasak)

Hazwani Bukhari, Tingkatan 4 Baiduri dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara telah berjaya melepasi keempat-empat siri latihan yang bermula bulan Mei lepas dan 9 orang lagi peserta mewakili negeri Johor ke pertandingan akhir di Perak.

Hazwani Bukhari mendapat tempat ketiga dalam Program Cabaran Pusat Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2014 yang baru-baru ini diadakan di Pusat Kokurikulum Perak. Syabas dan tahniah kepada Hazwani kerana telah mengharumkan nama negeri Johor, daerah Kulaijaya dan SMK Bandar Tenggara di peringkat Kebangsaan.