MENU UTAMA

26 June, 2014

JEBAT JUARA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-22 TAHUN 2014

26 Jun 2014 : Stadium Tenggara

Johan keseluruhan - Jebat
LAPORAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-22 TAHUN 2014
Jebat menjadi juara Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-22 Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) BandarTenggara, Kulaijaya Tahun 2014 dengan mendapat 21 pingat Emas, 9 Perak dan 20 Gangsa.  Kedua disandang oleh Kasturi 13 Emas, 13 Perak dan 10 Gangsa, manakala Ketiga dimenangi oleh Lekir 11 Emas, 19 Perak dan 11 Gangsa dan seterusnya Tuah dengan pungutan 7 Emas, 11 Perak dan 11 Gangsa.

Ucapan Yang Dipertua PIBG
Perasmian penutup disempurnakan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Encik Ahmad Saian. Bidang sukan merupakan landasan yang terbaik dalam usaha membangunkan modal insan yang cergas, kreatif, berdaya saing, dan mempunyai jati diri yang kukuh kepada semua murid yang terlibat. Tahniah kepada yang berjaya manakala yang tidak berjaya jadikan kejohanan kali ini sebagai kayu pengukur untuk tahun hadapan, katanya dalam ucapan perasmian penutup.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah, semua ahli jawatankuasa, guru-guru, peserta-peserta, murid-murid dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung pada kejohanan tahun ini. Selaku wakil ibu bapa, beliau mengingatkan kepada anak-anak pelajar agar menjadi orang yang berdisiplin, bertanggungjawab dan berketrampilan melalui aktiviti bersukan.

Turut hadir dalam majlis penutupan tersebut ialah Puan Zaharah Mohd Jani, Pengetua,  Puan Anim Mohamed Jaib, Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Hamzah Hamdan, Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Hjh Hamimah Yunos, Guru Kanan Matapelajaran Sains dan Matematik, Puan Hjh Sawilah M. Auf, GKM Vokasional dan Teknik, Puan Hjh Hayati Abdullah, GKM Bahasa, Puan Hjh Hasnah Kasnan, GKM Sains Sosial.

Jebat; 2E 9P 20G.  Kasturi 13E, 13P dan 10G, Lekir 11E 19 P dan 11 G dan
Tuah ;7 E, 11 P dan 11 G.
 

Rumah Sukan : Ketua rumah sukan

Setiausaha Sukan, Penolong dan AJK Kejohanan
AJK Kejohanan

Pasukan PBSM Sekolah - bertungkus lumus menjalankan tugas


Sedang dikemaskini...

No comments:

Post a Comment