MENU UTAMA

22 February, 2014

KHIDMAT MASYARAKAT - 97 PELAJAR TINGKATAN ENAM ATAS KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI, KG SAYONG PINANG BERJAYA.

22 Februari 2014: Anjuran Prauniversiti - Khidmat Masyarakat

'Flag Off' konvoi bermotosikal SMK Bandar Tenggara
Foto oleh Hamzah Rahman Soriat
Program khidmat masyarakat pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara ke Perkampungan Orang Asli, Kampung Sayong Pinang disambut baik oleh pelajar, guru dan ibu bapa serta mendapat kerjasama erat daripada komuniti Balai Polis Bandar Tenggara yang diketuai oleh Inspektor Mutaffa Kamal Mohamad.

Pemangku Supt. Haji Rahmat Haji Othman, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi turut hadir, menyampaikan ucapan rasmi dan melancarkan aktiviti konvoi bermotorsikal dari Balai Polis Bandar Tenggara ke Kampung Orang Asli Sayong Pinang sejauh 30 kilometer pergi dan balik.

Penyelaras program, Tuan Haji Zolkeple Jemadar dengan kerjasama Sub Inspektor, Yusof Muda ditemui berkata, program ini merupakan buat julung kalinya diadakan di sekolah membabitkan semua pelajar Tingkatan Enam Atas dengan menunggang motosikal masing-masing.  Taklimat keselamatan jalanraya telah disampaikan oleh Sarjan Mohd Tawal Abdul Manap. Katanya lagi, tujuan utama program ini ialah untuk memberi peluang kepada pelajar membuat kerja-kerja amal kepada masyarakat luar. Disamping itu, mereka sentiasa diajar untuk mematuhi undang-undang keselamatan jalanraya.

Turut hadir dan menjayakan program tersebut ialah Ahmad Survi, wakil rasmi Pengetua, Mohd Pozi Kemin, Penolong Kanan Tingkatan Enam, Hafilah Hamzah, Guru Kokurikulum Tingkatan Enam, Sarjan Amran Jais, Sarjan Mohd Tawal Abdul Manaf, guru-guru Tingkatan Enam, wakil Sime Darby dan 15 anggota polis sebagai marshal.

Kawalan polis trafik

Konvoi bermotorsikal



Anggota polis diketuai oleh Sarjan Amran Jais
Foto : Ahmad Survi

Taklimat oleh Hafilah Hamzah, Guru Kokurikulum
ketika berada di Sekolah Rendah Kg Sayong Pinang

Mohd Pozi Kemin
PK Tingkatan 6


Khidmat Masyarakat
Kumpulan 3 diketuai oleh Sarjan Mohd Tawal Abdul Manap

Khidmat Masyarakat
Kumpulan 2, diketuai oleh SI Yusof Muda
Khidmat Masyarakat
Pelajar Enam Atas

20 February, 2014

PROGRAM ARP RAKAN MUDA - KEPIMPINAN RAKAN MUDA MALAYSIA

19 Februari 2014 : Dewan Permata


Presiden MAGAA diiring masuk ke sekolah
Presiden Malaysia Gold Award Association (MAGAA), Suhail Mohamed Kamarudin diiring masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara oleh barisan pentadbir, guru-guru kanan matapelajaran, empat orang calon peserta tahap Emas, pasukan kompang, bunga pahar dan pelajar-pelajar Tingkatan Enam Atas sempena program Kepimpinan Rakan Muda Malaysia peringkat sekolah tahun 2014. 

Matlamat utama program ini ialah meningkatkan pencapaian murid dan pelajar untuk memperolehi gred A dalam penilaian 10% markah kokurikulum setiap tahun. 

Disamping itu mereka didedahkan tentang tiga elemen utama dalam kokurikulum iaitu Pasukan Badan Beruniform, Persatuan dan Kelab dan Sukan dan Permainan yang perlu disertai oleh mereka serta markah bonus yang akan diperolehi melalui penglibatan mereka dalam pengawas, pusat sumber dan organisasi lain serta kepentingan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).

Penyampaian sijil anugerah Tahap Gangsa

Anim Mohamed Jaib, wakil rasmi pengetua menyampaikan ucapan dan merasmikan program tersebut di Dewan Permata yang disaksikan oleh 800 orang murid dan guru-guru sekolah.

WAU - PENYERTAAN PELAJAR DI PERINGKAT ANTARABANGSA MEMBANGGAKAN

18- 23 Februari 2014: Bukit Layang-layang Pasir Gudang

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang Kali Ke-19 melaburkan tirainya pada 23 Februari 2014 setelah majlis penutup dan penyampaian hadiah di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru disempurnakan oleh Tuan Haji Onn Jabbar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Sahfudin Hussein, ketua pasukan layang-layang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara Kulaijaya malam tadi ditemui berkata, kita berjaya mendapat tempat ke-6 dan ke-8 dalam kategori mencipta laman angin. Kata beliau lagi, festival kali ini melibatkan lebih 250 pelayang antarabangsa daripada 39 buah negara. Negara-negara yang terlibat ialah Australia, Austria, Beldium, Brunei, Canada, China, England, Ireland, France,Germany, Hong Kong, Indonesia, Japan, Korea, Lebanon, Macao, Holland, Rusia, Singapore, Sweden, TAiwn, Thailand, Ukraine, Vietnam, Ghana, Zambia, Myanmar, Afrika Selatan, Bhutan, Turki, Laos dan Malaysia sebagai tuan rumah.

Kata Cikgu Sahfudin, peserta daripada sekolah mendapat pengalaman luas apabila menyertai bengkel layang-layang yang dikendalikan oleh orang yang berpengalaman dalam pembinaan layang-layang dan pertandingan di peringkat antarabangsa. Sebanyak 26 buah sekolah terlibat dan hanya dua buah sekolah di daerah  Kulaijaya yang mengambil bahagian, sekolah tersebut ialah SMK Bandar Tenggara dan SMK Senai.

Turut hadir dalam majlis penutup pada hari itu ialah Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum, Tn Hj Zolkeple Jemadar, Guru Kokurikulum tingkatan 6, Sahfudin Hussein, Ketua Projek Layang-layang Sekolah, Tn Hj Saifullah Abd Wahab dan Azlina Abu Bakar jurulatih layang-layang sekolah.
.
Majlis Penutup di Stadium  Tertutup
Peserta puteri dari SMK Bandar  Tenggara

Pasukan sekolah di bawah bimbingan Sahfudin Hussein

SHAHIBA - PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA

18 Februari 2014 : Peringkat Daerah Kulaijaya

Peserta shahiba sekolah

Latihan Shahiba Bahasa Melayu brsama guru pembimbing

MEMANAH - PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA 2014

20 Februari 2014: SMK Bandar Tenggara 2

Kontinjen memanah sekolah

Tarikh : 18 dan 19 Februari 2014
Tempat : SMK Bandar Tenggara 2

Keputusan Pertandingan:

BOLING TEN PIN - PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA DI DAIMOND BOWL 2014

20 Februari 2014 : Diamond Boling

Kotinjen Boling Tenpin 2014 

SYAIR DAN SAJAK - SMK BANDAR TENGGARA JOHAN DAN NAIB JOHAN

SMA Bandar Tenggara

Syair - Johan, Sajak - Naib Johan
Keputusan Pertandingan Syair dan Sajak Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya.
Syair
Johan - SMK Bandar Tenggara
Muhammad Lutfi Hassan (1B)

Naib Johan - SMK Sultan Ibrahim
Ketiga - SMK Seri Pinang

Sajak
Johan - SMK Sultan Ibrahim
Naib Johan - SMK Bandar Tenggara
Hazira binti Shamsul Ihtihsham

Ketiga - SMK Kulai Besar

17 February, 2014

HEM - MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA 2014

16 Februari 2014: Anjuran HEM (Hal Ehwal Murid)
Yang Arif Peguam Persekutuan, Sofiah Sopar
menyampaikan amanat kepimpinan
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Kulaijaya yang sekarang telah menjadi seorang Peguam Persekutuan, di Putrajaya, Sofiah Sopar menyampaikan amanat kepimpinan kepada Ahli Lembaga Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan KENARI di Dewan Permata sempena Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah 2014.

Majlis gilang gemilang tersebut telah dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid sekolah ini. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Rashid Muhidin ditemui berkata majlis ini penting kepada semua murid kerana pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang telah terpilih perlu diberikan penghargaan.

PK HEm, Rasjod Muhidin wakil pengetua merasmikan Majlis
Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah


Yang Arif, Peguam Persekutuan Sofiah Sopah