19 Februari 2014 : Dewan Permata
Presiden Malaysia Gold Award Association (MAGAA), Suhail Mohamed Kamarudin diiring masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara oleh barisan pentadbir, guru-guru kanan matapelajaran, empat orang calon peserta tahap Emas, pasukan kompang, bunga pahar dan pelajar-pelajar Tingkatan Enam Atas sempena program Kepimpinan Rakan Muda Malaysia peringkat sekolah tahun 2014.
Matlamat utama program ini ialah meningkatkan pencapaian murid dan pelajar untuk memperolehi gred A dalam penilaian 10% markah kokurikulum setiap tahun.
Disamping itu mereka didedahkan tentang tiga elemen utama dalam kokurikulum iaitu Pasukan Badan Beruniform, Persatuan dan Kelab dan Sukan dan Permainan yang perlu disertai oleh mereka serta markah bonus yang akan diperolehi melalui penglibatan mereka dalam pengawas, pusat sumber dan organisasi lain serta kepentingan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
Anim Mohamed Jaib, wakil rasmi pengetua menyampaikan ucapan dan merasmikan program tersebut di Dewan Permata yang disaksikan oleh 800 orang murid dan guru-guru sekolah.
![]() |
Presiden MAGAA diiring masuk ke sekolah |

Penyampaian sijil anugerah Tahap Gangsa |
Anim Mohamed Jaib, wakil rasmi pengetua menyampaikan ucapan dan merasmikan program tersebut di Dewan Permata yang disaksikan oleh 800 orang murid dan guru-guru sekolah.
No comments:
Post a Comment