MENU UTAMA

30 October, 2014

PERKHEMAHAN RANCANGAN INTEGRASI UNTUK PERPADUAN (RIMUP) PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA 2014


30 Oktober 2014: SMK Indahpura 1
Ucapan perasmian penutup oleh Pengetua SMK Indahpura 1
Puan Hjh Noraini binti Juahir
Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP), kumpulan A diadakan di SMK Indahpura 1, Kulaijaya selama dua hari bermula semalam. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Indahpura 1 sebagai tuan rumah, SMK Bandar Tenggara, SMK Kulai Besar, SMK Kangkar Pulai, SMK Senai dan SMPK Vokasional Indahpura. Peserta perkhemahan adalah seramai 71 orang.

Pengetua sekolah SMK Indahpura 1, Pn Hjh Noraini binti Juahir menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986 lagi. 

Katanya lagi, RIMUP ialah hasil ilham Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, Y.A.B Datuk Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi, ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. 

Pada peringkat awal, pelaksanaan RIMUP tertumpu pada peringkat sekolah rendah dan merangkumi pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan sukan secara bersama oleh pelajar pelbagai kaum. Kefahaman terhadap konsep serta perancangan aktiviti tidak diberi penekanan secara menyeluruh pada peringkat negeri, daerah dan sekolah.

KPM telah menggerakkan semula RIMUP dan memberikan pendekatan  yang lebih segar sebagai salah satu langkah untuk membolehkan pelajar di sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja berinteraksi dan bergaul dengan pelajar pelbagai kaum dari sekolah lain.

Konsep pelaksanaan RIMUP telah diperkukuhkan lagi dengan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, pentadbiran sekolah, guru dan pelajar dari peringkat sekolah rendah sehingga menengah dalam kegiatan khas secara bersama.


Beliau mengucapkan syabas kepada semua peserta walau pun cuaca hujan tidak mematahkan semangat peserta untuk mengikuti semua aktiviti yang telah dirancang. 
Kem Komandan, En.Mazalan Zaini, menyampaikan ucapan dan komen
Peserta perkhemahan


Peserta perkhemahan bergambar bersama pengetua SMK Indahpura 1
AJK serta guru-guru pengiring
Khemah terpaksa dipindahkan kerana hujan
LDP - menarik kata peserta
Aktiviti Sukanika
Buku Program Perkhemahan RIMUP 2014

Muka surat 2

Peserta SMK Bandar Tenggara

PK Kokurikulum, En. Ahmad Survi hadir pada majlis penutup

Banner RIMUP


No comments:

Post a Comment