MENU UTAMA

15 June, 2014

SMK BANDAR TENGGARA MENERIMA ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG DALAM PMR, SPM DAN STPM DARIPADA PARLIMEN TENGGARA

16 Jun 2014: Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara

Penyampaian cek berbentuk reflika
Foto oleh Hakim Azman
Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tengara dalam bidang akademik terutamanya dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran (STPM) Tahun 2013 mendapat perhatian Parlimen Tenggara. Sehubungan dengan itu pihak pengurusan sekolah menerima empat jenis anugerah iaitu Anugerah Sekolah Cemerlang PMR, SPM dan STPM dengan peruntukan sejumlah RM 10,000.00 setiap satu.

Encik Mohd Pozi Kemin, menerima hadiah dan cek reflika
atas kecemerlangan STPM 2012 dan 2013
Puan Zaharah Mohd Jani, Pengetua sekolah menyampaikan 3 cek berbentuk reflika kepada Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Anim Mohamed Jaib dan satu lagi kepada Penolong Kanan Tingkatan Enam, Encik Mohd Pozi Kemin pada Ahad minggu ketiga Jun ini di atas kecemerlangan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

No comments:

Post a Comment