MENU UTAMA

19 June, 2014

PERTANDINGAN BOLA JARING, PETANQ DAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH MEMERIAHKAN LAGI SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2014

19 Jun 2014 : Pertandingan akhir bola sepak dan bola jaring

Pertandingan akhir bola sepak 7 sebelah
Hari Koperasi Sekolah 2014 mendapat sambutan apabila murid-murid dan pelajar-pelajar sekolah ini mengambil bahagian dalam sukan yang diadakan selama dua hari bermula hari semalam iaitu petanq, bola jaring dan bola sepak 7 sebelah melibatkan 150 orang.

Aktiviti kokurikulum bermula pada jam 2.30 petang di mana sebelum itu semua murid lelaki bersolat zohor di Dewan Permata manakala murid perempuan di surau. Nyanyian lagu bangsa Johor memulakan acara di dewan, kemudian diikuti dengan lagu sekolah.

Acara dimulakan dengan ucapan dan taklimat daripada Penolong Kanan Kokurikulum, Ahmad Survi. Turut hadir dalam program tersebut ialah Puan Zaharah Mohd Jani, pengetua sekolah, Penolong Kanan Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib, guru-guru dan 600 orang murid Tingkatan 1,2,3,4 dan 5.

Bola jaring - pertandingan akhir


Urusetia dan pengadil
Pertandingan bola jaring

No comments:

Post a Comment