6 Februari 2014: Dewan Permata
 |
En Rashid Muhidin, PK HEM dan Tn Hj Armas Derusman, Pengetua |
Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W peringkat sekolah bagi Tahun 1435H/ 2014M telah diadakan pada 6 Februari 2014 (Khamis) bertempat di Dewan Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Kulaijaya.
Majlis perarakan dimulakan dari tempat letak kereta bangunan Blok Indah dengan iringan paluan kompang, pembawa sepanduk sambil mengalunkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Tuan Hj Armas Derusman, pengetua sekolah ini mengetuai perarakan tersebut diikuti oleh barisan penolong akanan, guru kanan matapelajaran, guru-guru, murid-murid Tingkatan 5 dan pelajar-pelajar Prauniversiti.
 |
Sambutan Maulidurrasul 2014 |
 |
Kemerian pelajar-pelajar SMK Bandar Tenggara |
 |
Penyediaan jamuan |
 |
Persembahan pelajar |
 |
Sepanduk yang dibuat oleh pengurusan kelas |
SEMALAM (5 Februari 2014)
 |
Rewang sempena maulidurrasuk 2014 |
Ikatan siratulrahim antara guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara bertambah kukuh apabila mereka sama-sama menjayakan aktiviti gotong royong menyediakan bahan masakan sempena sambutan maulidurrasul pada hari esoknya (6 Februari 2014).
Program penyembelihan lembu telah disempurnakan oleh jawatankuasa yang diketuai oleh Ustaz A.Rahim Arshad di ladang ternakan di Felda Sg Sibol, Bandar Tenggara.
No comments:
Post a Comment