MENU UTAMA

16 January, 2014

IDEA GURU MEMUDAHKAN PROSES PEMBUDAYAAN AL QUR'AN DISANJUNG TINGGI

16 Januari 2014: Dewan Permata
Idea Memperbanyakkan Surah Yassin dan al Waqiah
Mohd Hasry Mustakim, Guru Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara mengaplikasikan ideanya dengan menempah dan memperbanyakkan Surah Yassin dan Surah Al Waqiah dalam bentuk sehelai kad bagi memudahkan 830 orang. murid membacanya dalam Program Pembudayaan Al Qur'an yang dilaksanakan setiap Khamis tahun ini.

Ucapan tahniah daripada Encik Rashid Muhidin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) kepada cikgu berkenaan kerana terlalu prihatin terhadap permasalahan yang timbul. Kini semua murid dibekalkan dengan kad berkenaan agar dapat bersama-sama menjayakan pembudayaan Al Qur'an dengan lancar.
Pembudayaan Al Qur'an setiap Khamis
Manakala Hamzah Rahman Soriat, Guru Cemerlang Sekolah Menengah (SMK) Bandar Tenggara mengingatkan kita semua tentang kepentingan "sedekah" dalam tazkirahnya sempena sambutan Maulidur Rasul pada 14 Januari 2014 peringkat kebangsaan dan negeri, selepas bacaan doa oleh Ustaz Zuraimi Hamidun.

No comments:

Post a Comment