14 Januari 2014 : Kg Sri Pekan
 |
Aktiviti berbasikal dari SMK BT ke Kg Sri Pekan |
 |
Naufal 9 tahun |
An-Naufal Hj Saifullah, 9 tahun adalah peserta termuda dari kelas 3 UKM, Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tengara 2 yang terlibat dalam program kayuhan sejauh 16 kilometer dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara ke Kampung Sri Pekan bersama ayahnya Hj Saifullah Abd Wahab.
 |
Aiman |
|
Irfan |
 |
Muhammad Haziq |
Tiga lagi dari sekolah yang sama ialah Muhammad Irfan Khairulnizam 11 tahun dari kelas UBSI, Muhammad Haziq Ahmad 12, 6 USM dan Aiman Raihan Abd Razak 12, kelas 6 UKM.
 |
Aiman Izzudin SK BT1 |
Manakala Aiman Izzudin Ahmad Nazri 10, kelas 4 Ambar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tenggar 1merupakan peserta kayuhan yang sampai ke destinasi lebih awal berbanding dengan rakan-rakannya yang lain.
Ayahnya, Ahmad Nazri Selamat, Setiausaha Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK ) Bandar Tenggara menggalakkan anaknya berbasikal di waktu petang untuk kecergasan fizikal sambil menikmati udara bersih di kawasan Stadium Tenggara.
Khairulnizam Mohd Yusof, ditemui berkata aktiviti seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang. Antara tujuan utama kata beliau ialah memberikan pengalaman baru kepada anak-anak untuk bergiat dalam aktiviti sihat sambil beriadah mengayuh basikal.
Turut serta dalam kayuhan tersebut ialah Ahmad Survi, PK Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Abd Razak Saat, Tn Hj Saifullah Abd Wahab, Ahmad Nazri Selamat dan Aidil Shamin Abd Razak.
Murid Tingkatan 2 Delima, Muhammad Amirul Mukminin peserta sekolah menengah ditemani oleh Asraf Saiful Bahari yang bertugas sebagai pembantu program.
Hebat la gpk koku bt..lps ni ke tjg balai k..
ReplyDelete..boleh diurus pak eh, Ongkosnya JUTA pak
DeleteJadi jutawan-di sana.
Bisa pak, kita jadi jutawan di sana...
ReplyDelete