MENU UTAMA

02 January, 2014

MAJLIS PENUTUP HARI ORIENTASI TINGKATAN SATU DAN EMPAT TAHUN 2014

2 Januari 2014: (Khamis); Dewan Permata SMK Bandar Tenggara

Hari Orientasi Tingkatan Satu dan Empat
Wakil pengetua, Rashid Muhidn
Hari Orientasi Tingkatan Satu dan Empat Tahun 2014 melabuhkan tiraiya apabila Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Rashid Muhidin menyampaikan ucapan penutupan rasmi pada jam 1.00 petang. Wakil pengetua itu diiringi oleh Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum dan Hj Khairudin Abu Nawas, penyelaras program ke pentas Dewan Permata.

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
Noridah Sidek
Noridah Sidek, pembantu penyelaras program ditemui berkata murid-murid Tingkatan Satu dan Empat tahun ini telah diberikan banyak input : terutamanya mengenai rekod kehadiran murid setiap hari yang disampaikan oleh Noridah Sidek sendiri, taklimat disiplin oleh Shamsul Ihtihsham Musa, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Peraturan dan Penggunaannya oleh Hjh Nisah Sarbini.

Begitu juga, murid-murid diberikan taklimat mengenai pakej pelajaran Tingkatan Empat oleh Anim Mohamed Jaib, Penolong Kanan Pentadbiran, Program NILAM oleh Noor Asmah Mohd Ramly, Guru Perpustakaan dan Media SMK Bandar Tenggara.

Manakala bidang Pengurusan Kokurikulum disampaikan oleh Khairulnizam Mohd Yusof (Pasukan Badan Beruniform), Ahmad Nazri Selamat (Sukan dan Permainan), Khairani Mohd Kator (Persatuan dan Kelab) serta taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) oleh Hafilah Hamzah.

Wakil rasmi pengetua, Rashid Muhidn
Penyampai Taklimat Kokurikulum
1. Pasukan Badan Beruniform
2. Persatuan dan Kelab
3 Sukan dan Permainan

Pasukan Badan Berunform
Sukan dan Permainan
Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)
Link ke Laman BLOG ARP Rakan Muda
Mendengar taklimat guru
Program NILAM
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. 

Perpustakaan Sekolah ditugaskan untuk melaksanakan program NILAM kata Noor Asmah Ramly, Pegawai Perpustakaan dan Media SMK Bandar Tenggara. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
MAKLUMAT LANJUT PROGRAM NILAM

PEMBUDAYAAN AL QURAN PERTAMA 2014

2 Januari 2014 : Pembudayaan Al Quran.
Bacaan Surah Yassin dan Al Waqiah dipimpin oleh pelajar sekolah
Surah Al Fatihah dibacakan beramai-ramai untuk dihadiahkan kepada Tuan Hj Armas Derusman, pengetua sekolah ini yang tidak sihat dan berada di Hospital Pakar Petra, Batu Pahat. Semoga Allah mengembalikan kesihatan tuan pengetua untuk kembali bertugas seperti sediakala.

Majlis pembudayaan Al Quran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara berjalan lancar pagi ini. Bacaan Surah Yassin dan Surah Al Waqiah dipimpin oleh pelajar sekolah.

Ustaz menyampaikan tazkirah
Antara perkara penting dalam tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz A.Rahim Arshad ialah tujuh amalan Nabi Muhammad S.A.W yang perlu mendapat perhatian semua warga SMK Bandar Tenggara dan kalau dapat diamalkan dlam kehidupan seharian.

7 Amalan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W ialah

1. Solat Tahajud
2. Membaca Al Quran
3. Jaga Wudhu
4. Solat jemaah di Masjid
5. Sedekah
6. Istidhfar pada setiap masa
7. Solat Dhuha.

01 January, 2014

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2014

1 Januari 2014 (Khamis) :  Dewan Permata SMK Bandar Tenggara

Bacaan Ikrar oleh pelajar
Perhimpunan hari pertama persekolahan 2014 yang di adakan di Dewan Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Kulaijaya berjalan lancar pagi ini. Kehadiran Tuan Haji Baharuddin Md Sham selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) amat membanggakan pihak sekolah. Beliau diberi peluang untuk berucap sempena hari pertama persekolahan.

Ucapan Alu-aluan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru
Antara ucapan penting  ialah menyokong sepenuhnya program-program yang dilaksanakan di sekolah untuk meningkatkan pencapaian peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) lebih baik daripada tahun lepas.

Sebagai wakil kepada ibu bapa pelajar sekolah ini juga,  beliau berharap agar semua murid/pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh, mengikuti peraturan sekolah dan banyak berdoa semoga Allah memberkati segala usaha kita.

Turut hadir dalam perhimpunan pertama ini ialah Anim Mohamed Jaib, Penolong Kanan Pentadbiran, Rashid Muhidin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum, Mohd Pozi Kemin, Penolong Kanan Prauniversiti, Hamzah Hamdan, Penolong Kanan Pendidikan Khas, Guru Kanan Matapelajaran, Hjh Hamimah Yunos, Hjh Sawila M.Auf, Hjh Hasnah Kasnan dan Hjh Hayati Abdullah.

Begitu juga, turut serta 
Guru Bimbingan dan Kaunseling, Hj Khairudin Abu Nawas, Noridah Sidek, Yusniza Ab Jusoh; Noor Asmah Mohammad Ramly, Guru Perpustakaan dan Media, guru-guru dan murid-murid baru.   

PK Pentadbiran
Mewakili pengetua menyampaikan ucapan
Selain menyampaikan ucapan alu-aluan kepada tetamu dan hadirin, tepukan gemuruh oleh semua warga sekolah apabila Anim Mohamed Jaib menyatakan kejayaan sekolah dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013.

Antara lain dalam ucapan beliau, waktu persekolahan akan bermula pada jam 7.30 pagi hingga 1.20 petang kecuali pada hari Rabu semua murid/ pelajar akan pulang ke rumah pada jam 4.30 petang untuk aktiviti kokurikulum.

Barisan Guru Kanan Matapelajaran (GKM)



Barisan Penolong Kanan

Ikrar murid

Mendengar ucapan rasmi

31 December, 2013

PENDAFTARAN MURID TINGKATAN SATU 2014

31 Disember 2013 : Dewan Permata

Wakil rasmi pengetua, Anim Mohamed Jaib
Anim Mohamed Jaib, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara mengalu-alukan kehadiran murid-murid Tingkatan Satu dan berterima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan mendengar taklimat sekolah pada hari pendaftaran, bermula pagi ini.

Dalam ucapannya beliau menerangkan tentang sejarah sekolah, pencapaian akademik dan kejayaan yang dicapai oleh pihak sekolah pada tahun sebelumnya.

Antara kejayaan yang terbaru ialah peningkatan 11.74 peratus dalam Peperiksaan  Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013 dan Gred Purata Sekolah (GPS) yang meningkat sebanyak 0.01 berbanding tahun lepas.

Keduanya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar tenggara telah menerima 16 jenis anugerah menjadikan sekolah ini cemerlang di peringkat Sekolah-sekolah Menengah daerah Kulaijaya.

Sila klik peristiwa di bawah:-
1.0 Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013
2.0 16 Anugerah

Murid Tingkatan Satu dan ibu bapa mendengar taklimat

Daftar hadir dikendalikan oleh guru-guru SMK Bandar tenggara

PK HEM, Rashid Muhidin bersama guru tingkatan
]
Suasana di Dewan Permata
Pendaftaran Kelas Pendidikan Khas

Pembelian buku melalui koperasi sekolah

30 December, 2013

HARI KECERIAAN SEKOLAH 2014

30 Disember 2013: Hari Keceriaan Sekolah

Rashid Muhidin, PK Hal Ehwal Murid
Hari Kecerian Sekolah amat penting kepada semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara. Antara tujuan utama program tersebut dijalankan ialah untuk memastikan pengurusan kelas berjalan dengan baik sebelum bermulanya hari pertama persekolahan iaitu pada 1 Januari 2014 (Rabu).

Keduanya untuk memastikan proses pembelajaran dan pengajaran akan berjalan dengan lancar dan tidak ada gangguan berkaitan dengan keperluan untuk belajar di dalam kelas, kata Rashid Muhidin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) semasa sesi taklimat pada pagi ini.

Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas kesungguhan murid/pelajar hadir pada Hari Keceriaan Sekolah. Begitu juga kepada semua guru, kakitangan sekolah dan pekerja sekolah yang banyak membantu bagi melicinkan lagi program tersebut.

Mendengar taklimat



Tajaan PIBG - makan tengahari