MENU UTAMA

09 February, 2013

“WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH” - PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 1434H/2013M

8 Februari 2013: Panitia Agama Islam

Perarakan Sempena Maulidur Rasul
Jurufoto: Aimie dan Farid
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah Tahun 1434H/2013M telah diadakan dengan jayanya pada hari ini, bertempat di Dewan Permata SMK Bandar Tenggara. Dengan bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”, majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Naib Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Mazlan .

Pengetua SMK Bandar Tenggara
Pengetua sekolah, Tuan Haji Armas Derusman, mengaitkan tema sambutan, “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” akan terus wujud dalam jiwa anak-anak murid dan guru-guru serta warga sekolah bagi mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang harmoni serta akan dapat melonjakkan prestasi sekolah menuju ke tahap lebih cemerlang.

Penceramah
Ustaz Halim Shah Muhammad Anuar menceritakan sejarah kelahiran dan amalan Nabi Muhammad SAW ketika hidupnya yang perlu diteladani dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Ustaz, mengingatkan kita iaitu pesanan terakhir dari Rasullullah. " Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Sesungguhnya aku tinggalkan kepadamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu  tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

Penyelaras sambutan

Penyelaras sambutan, Ustaz A.Rahim Md Arshad berkata, majlis sambutan itu diraikan oleh 790 pelajar, 85 guru dan 15 kakitangan sekolah. Katanya, perarakan Maulidur Rasul, bermula dari bangunan koperasi sekolah hingga ke Dewan Permata dan diiringi oleh alunan selawat kepada Baginda Nabi SAW. Paluan kompang Pasukan Kelab Kompang Warisan turut menyemarakkan lagi suasana sambutan tahun ini.

Menurutnya,selain selawat nabi SAW, bacaan ayat suci al-Quran, ceramah agama, turut diselitkan dengan nyanyian nasyid daripada murid Tingkatan Satu dan pelajar Pra Uiversiti. Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa sambutan dan pelajar-pelajar.


Buletin Kokurikulum ms1


Buletin Kokurikulum ms2

07 February, 2013

MESYUARAT ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI KALI PERTAMA TAHUN 2013

7 Februari 2013 : Bilik Gerakan, SMK Bandar Tenggara

Mesyuarat Koperasi Bil. 1/2013

Agenda mesyuarat :-
1. Ucapan pengerusi.
2. Mengenali AJK guru dan pelajar.
3. Memahami konsep asas 'Jati Diri Koperasi'
4. Perbincangan agihan tugas.
5. Laporan Bendahari (Sept 2012- Februari 2013.
6. Laporan Pengurus (Stok, Jualan dan Belian)
7. Hal-hal lain
    7.1 Mesyuarat Agung Kali K-17
    7.2 Kursus ANGKASA
    7.3 Laporan kursus yang dihadiri.
Pengalaman baru kepada ahli

Ahli Lembaga Koperasi




06 February, 2013

LANGKAH AWAL MEMBANTU MANGSA KECEMASAN

7 Februari 2013: BLS (Basic Life Supports)


Ilmu pengetahuan sangat berguna dalam kehidupan kita, Keadaan panik dan tidak melakukan apa-apa menyebabkan mangsa berdepan dengan maut. Oleh itu rawatan kecemasan sangat penting dipelajari oleh murid-murid sekolah. Itulah pesanan doktor dalam ceramahnya, 'The Basic Life Supports - BLS'.

Konsep rawatan kecemasan bukan bermakna kita boleh lakukan sendiri tanpa mendapatkan bantuan. Tetapi adalah merupakan satu alternatif sementara menunggu bantuan kecemasan.

Seramai 550 murid SMK Bandar Tenggara telah diberikan pendedahan tentang BLS (asas sokongan hidup) oleh doktor daripada Klinik Kesihatan Bandar Tenggara pada aktiviti kokurikulum hari ini.

Turut hadir dalam aktiviti itu ialah PK Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib, PK Kokurikulum, Ahmad Survi, penyelaras Persatuan Badan Beruniform, Khairulnizam Mohd Yusof, Setiausaha Sukan, Ahmad Nazri Selamat, penyelaras 1Murid 1Sukan, Aidil Shamin Abd Razak, guru-guru kaunselor, Salmah Othman dan Noridah Sidek, guru-guru penasihat pasukan beruniform serta persatuan dan kelab turut membantu murid-murid sekolah. Pengacara majlis dikendalikan oleh Anniezah Asni.


Rawatan  kecemasan untuk bayi atau kanak-kanak


Jangan panik

Sedang dikemaskinikan....

03 February, 2013

MY BEAUTIFUL MALAYSIA PERINGKAT NEGERI JOHOR DILANCARKAN

3 Februari 2013: Dataran Bandaraya Johor Bahru

My Beautiful Malaysia
My Beautiful Malaysia adalah sebahagian dari Program Tranformasi Sosial (STP) yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed (Ahli Parlimen Pulai) di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada pagi ini.

Sekolah-sekolah yang melaksanakan Program Remaja Perdana Rakan Muda (PRPRM) telah diberi peluang oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Johor untuk menyertai pelancaran dengan kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ). Sekolah-sekolah tersebut ialah SMK Bandar Tenggara (160 pelajar), SMK Tunku Abdul Rahman Putera (200 ), SMK Indahpura (80), SMK Sultan Ibrahim (80), manakala NGO lain ialah Balairaya Kampung Felda Bukit Batu dan Bustop Kampung Jaya Sepakat Senai seramai 40 orang.

Selepas majlis pelancaran mereka digerakkan untuk aktiviti gotong royong di lokasi tertentu. Antara lokasi-lokasi tersebut ialah di tanah Kubur Mahmodiah, Hospital Sultanah Aminah dan Masjid Kolam Air. Aktiviti gotong royong ini dicatatkan dalam buku diari Gangsa atau Perak.

Muhamad Hafiz M.Ramlee bekas calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan peserta tahap Perak Program Remaja Perdana Rakan Muda (PRPRM) yang diikuti di SMK Bandar Tenggara ditemui berkata, saya sangat bertuah kerana dipilih oleh guru untuk turut serta dalam Majlis Pelancaran My Beautiful Day di sini. Katanya lagi, semangat berpasukan dan kerja khidmat masyarakat berfokus jelas kelihatan di kalangan pelajar sekolah ini. Hafiz melahirkan cita-citanya untuk terus berusaha untuk mencapai Tahap Emas walaupun ketika itu di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) suatu masa nanti .

Turut serta dalam program ini ialah PK Kokurikulum, Ahmad Survi, PK Tingkatan Enam, Mohd Pozi Kemin, PK Kokurikulum Pra Universiti, Zolkeple Jemadar dan Hafilah Hamzah, guru-guru Shamsul Ihtihsham Musa, Hjh Muzayanah Sumrah, Zulaikha Ngaliman, Juliana Noor Abu Bakar, Faridah Abdullah, Zahiah Hamzah, Mustafa Yunus dan Abd Rahman Salleh.

Guru-guru SMK Bandar Tenggara
turut serta dalam Pelancaran My Beautifrl Malaysia Day



Kerja Amal - Khidmat Masyarakat 

Makam Mahmoodiah Johor Bahru

Gotong royong amlan mulia