8 Februari 2013: Panitia Agama Islam
 |
Perarakan Sempena Maulidur Rasul
Jurufoto: Aimie dan Farid |
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah Tahun 1434H/2013M telah diadakan dengan jayanya pada hari ini, bertempat di Dewan Permata SMK Bandar Tenggara. Dengan bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”, majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Naib Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Mazlan .
 |
Pengetua SMK Bandar Tenggara |
Pengetua sekolah, Tuan Haji Armas Derusman, mengaitkan tema sambutan, “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” akan terus wujud dalam jiwa anak-anak murid dan guru-guru serta warga sekolah bagi mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang harmoni serta akan dapat melonjakkan prestasi sekolah menuju ke tahap lebih cemerlang.
 |
Penceramah |
Ustaz Halim Shah Muhammad Anuar menceritakan sejarah kelahiran dan amalan Nabi Muhammad SAW ketika hidupnya yang perlu diteladani dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Ustaz, mengingatkan kita iaitu pesanan terakhir dari Rasullullah. " Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Sesungguhnya aku tinggalkan kepadamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
 |
Penyelaras sambutan |
Penyelaras sambutan, Ustaz A.Rahim Md Arshad berkata, majlis sambutan itu diraikan oleh 790 pelajar, 85 guru dan 15 kakitangan sekolah. Katanya, perarakan Maulidur Rasul, bermula dari bangunan koperasi sekolah hingga ke Dewan Permata dan diiringi oleh alunan selawat kepada Baginda Nabi SAW. Paluan kompang Pasukan Kelab Kompang Warisan turut menyemarakkan lagi suasana sambutan tahun ini.
Menurutnya,selain selawat nabi SAW, bacaan ayat suci al-Quran, ceramah agama, turut diselitkan dengan nyanyian nasyid daripada murid Tingkatan Satu dan pelajar Pra Uiversiti. Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa sambutan dan pelajar-pelajar.

Buletin Kokurikulum ms1

Buletin Kokurikulum ms2
No comments:
Post a Comment