MENU UTAMA

07 March, 2013

TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN " CHORAL SPEAKING" PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA

7 Mac 2013 : TJ Mart, Kulaijaya
Pasukan "Choral Speaking" SMKBT bersama PPPD Kulaijaya
Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan secara meluas untuk berkomunikasi, bersosial, menjalankan urusan perniagaan dan digunakan secara meluas dalam pendidikan. Era globalisasi ini, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris akan membuka banyak ruang dan peluang untuk murid-murid berjaya dalam bidang kerjaya suatu hari nanti.

Pertandingan "Choral Speaking" Peringkat Daerah Kulaijaya di TJ Mart ini mempunyai matlamat yang jelas untuk memberi kesedaran dan melahirkan murid-murid yang boleh menguasai dan boleh bertutur bahasa Inggeris dengan baik. Sebanyak 16 buah sekolah menengah di daerah Kulaijaya telah mengambil bahagian.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim telah muncul menjadi juara, manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh SMK Sultan Alauddin dan SMK Bandar Tenggara.

Amirul Hadi Hamid, pemimpin
Choral Speaking
Pemimpin pasukan "Choral Speaking" sekolah , Amirul Hadi Hamid ditemui berkata kami hanya berjaya mendapat tempat ketiga.Terima kasih diucapkan kepada cikgu Nurul Shuhada kerana sabar dalam memberikan tunjuk ajar dan membimbing kami. Begitu juga kepada guru-guru lain seperti Nurul Salwa, Rohaiza, Amelia dan Shantini.Terima kasih kepada cikgu Ahmad Survi kerana datang ke tempat pertandingan dan memberi sokongan moral.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Anuar Jais, Pengetua, SMK Munshi Abdullah telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah petang ini. Turut hadir dan mengiringi beliau ialah Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya, Elanggovan a/l Savarimuthu.

Sesi latihan: Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara

Nurul Shuhada, Nurul Salwa dan pasukan
Choral Speaking
Peserta 35 orang:-
AMIRUL HADI BIN HAMID (KETUA), FARID IZZUDDIN BIN ZULKIFLI, HAKIM BIN AZMAN, IZZUL ISLAM BIN ABD ABAS, KHUZATUL FAHMY IZZUDDIN BIN ARMAN, MOHAMAD SHAHZUAN BIN ABU LATIF, MOHAMMAD NAZMIE ARIFF BIN AZLAN, MOHD AKMAL BIN AZMAN, MOHD AKMAL BIN AZMAN, MOHD HAJIDI BIN SOGIMIN, MUHAMMAD AZWA BIN JAAMAT, MUHAMMAD DANIAL ASYRAF BIN ZULKIFELI,

MUHAMMAD ISMAIL BIN MOHD TOKIRAN, AFIFAH BINTI AYOB, AMIRA ZULAIKA BINTI YUSOF, AMIRA ZULAIKA BINTI YUSOF, AMIRAH HUSNA BINTI MOHD KHAIRULNISA, HAFSAH BINTI SALLEH, NOR HAZIRA BINTI BOHANI, NOR HAZIRAH BINTI NOR RASHID, NUR AMIRA AZWA BINTI JAMION, NUR AQILAH BINTI AHMAD, NUR 'ATIQAH BINTI MD TAWAL, NUR FATIHAH BINTI HAZLAN, NUR HANA BINTI AHMAD,

NUR HAYATI BINTI AHMAD YAHNIN, NUR HAZIQAH BINTI MD SABURI, NURIZZATUL AINA BINTI ABD SHUKOR, NUR SYAHIRAH BINTI M. MAZLAN, NURALIA HUSNA BINTI ROSLI, NURUL AFIQAH NADIAH BINTI MAT ROZAI, NURUL HIDAYA BINTI RAJUAN, 

NURUL NAJIHAH BINTI SHA'ARI, NURUL NAQIBAH SYUHADA BINTI ABDUL MALEK, NURUL SHAHIDAH BINTI ALIAS, SITI NURFARIDAH BINTI SUGIANTO, SYAHINDAH BINTI ROSWAN.


No comments:

Post a Comment