![]() |
Pengetua, Tn Hj Armas Derusmas mengumumkan keputusan STPM 2012 |
Ucapan pengetua mendapat tepukan gemuruh apabila beliau mengumumkan SMK Bandar Tenggara menduduki tempat kedua di daerah Kulaijaya. Manakala daerah Kulaijaya pula tersenarai di tempat pertama di negeri Johor.
Pengetua, Tn Hj Armas Derusmas mengucapkan tahniah kepada semua calon dan guru SMK Bandar Tenggara ketika mengumumkan keputusan STPM 2012 tersebut di Dewan Permata, tengahari ini. Selepas itu beliau menyampaikan cenderahati kepada 18 orang calon cemerlang STPM 2012.
![]() |
Pelajar cemerlang, Nurul Ain Ismail (4.00 - 4A) menerima cenderahati daripada pengetua |
Turut menyampaikan ucapan ialah Penolong Kanan Pra Universiti, Mohd Pozi Kemin, di hadapan calon-calon STPM tahun lepas, pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas, ibu bapa dan guru pra universiti SMK Bandar Tenggara.
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya (PPPD Kulaijaya, Mansor Othman sebagai ibu bapa, Kaunselor sekolah, Hj Khairudin Abu Nawas dan Salmah Othman, juga hadir pada majlis tersebut
![]() |
Senarai nama pelajar cemerlang STPM 2012 |
Sila kunjungi laman web : Keputusan STPM 2012
No comments:
Post a Comment