MENU UTAMA

24 February, 2013

FORUM HAL EHWAL ISLAM PADA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BANDAR TENGGARA

24 Februari 2013 : Anjuran bersama Masjid Al-Husna, KEJORA dan JK Kebajikan Masyarakat Bandar Tenggara.

Y.B Dato' Haji Baderi, isteri dan tetamu kehormat
membaca selawat nabi beramai-ramai
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bandar Tenggara 1434H/2013 anjuran bersama Masjid Al-Husna, KEJORA (Kemajuan Johor Tenggara) dan Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Bandar Tenggara (JKKMBT) dimeriahkan lagi dengan acara perarakan melibatkan sekolah-sekolah agama, sekolah arab, sekolah menengah, sekolah rendah dan zon-zon sekitar Bandar Tenggara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Y.B Dato' Haji Baderi Hj Dasuki telah merasmikan majlis tersebut dengan bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'.

Forum Hal Ehwal Islam diketuai oleh As-Syeikh Hj Mohd Taufik Dato' Kiai Hj Shamsudin dan dua orang panel iaitu Ustaz Hj Mohd Hanafiah Hj Abd Razak dan Ustaz Hj Ahmad Mazlan Ghouth.

Sepanduk SMK Bandar Tenggara
Hakim Azman, pelajar Tingkatan 4, ditemui berkata, "Menariknya, perarakan sambutan maulidur rasul kali ini ialah  melibatkan acara perarakkan sejauh 2.0 kilometer kemudian pembaca selawat menaiki kenderaan khas, macam pedati...menarik dan belum pernah saya lihat di tempat-tempat lain." 

Tuan Hj Ahmad Sapari mengetuai
bacaan selawat Nabi Muhammad
S.A.W


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Sambutan, As-Syeikh Hj Mohd Taufik Dato' Kiai Hj Shamsudin, Timbalannya; Hj Amir Kasman, imam Masjid Bandar Tenggara; Hj Mohd Moslihen Hj Mohd Subohi, Ketua Balai Polis Bandar Tenggara; SI Yusof Muda, pemimpin-pemimpin masyarakat, pengetua-pengetua atau wakil, guru besar sekolah kebangsaan, sekolah Agama dan sekolah Arab.

Keputusan pertandingan perbarisan dan sepanduk:-
Pertama : Sekolah Menengah Arab Bandar Tenggara
Kedua   : Sekolah Menengah Agama Bandar Tenggara 2
Ketiga   : Sekolah Arab Bandar Tenggara 1

Perarakan wakil-wakil Zon Tenggara

Perarakkan Sekolah Agama
Buletin Kokurikulum


1 comment: