MENU UTAMA

07 July, 2012

SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA - SERENTAK SELURUH NEGARA

10 Julai 2012:  Menyemarakkan Lagi Aktiviti Sukan Seluruh Negara

VIDEO SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA
Pemplate Hari Selasa 10 Julai 2012 untuk rujukan.
Muat turun Pemplate: Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia ms1
                                : Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia ms2


Besarkan saiz dengan klik pada gambar.





PDRM BANDAR TENGGARA - SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

7 JULAI 2012: SUKAN UNTUK PERPADUAN

Semangat persaudaraan dan kemesraan semakin terjalin apabila aktiviti sukan menjadi jambatan kepada perpaduan antara dua agensi kerajaan iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan warga sekolah (SMK Bandar Tenggara).

Kali ini kami bertandang di Balai Polis Bandar Tenggara dengan membawa pasukan takraw, bola tampar dan bola jaring. Sebelum ini bola sepak persahabatan telah diadakan di padang Stadium Tenggara. Perlawanan persahabatan sepak takraw, SMKBT mendahului dengan kemenagan 2 dan satu seri, bola tampar menang dengan cemerlang manakala pasukan bola jaring menerima kekalahan 11 berbalas 2.

Dalam proses kemaskini. Harap maaf.

04 July, 2012

TAKLIMAT SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

4 Julai 2012: Taklimat Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Tarikh   : 4 Julai 2012 (Rabu).
Masa    : 1.30 petang.
Tempat : Bilik Seminar.
Pengacara majlis : Noor Aiman Ahmad Tajuddin
* Semua guru dan kakitangan sekolah terlibat.
* Aktiviti kokurikulum ditangguhkan.

Tentatif program:-
1.30 petang  : Semua peserta dijemput menikmati jamuan ringan.
2.00 petang  : Majlis dimulakan.
                    : Bacaan Doa
                    : Ucapan Pengerusi Majlis - Pengetua
                    : Taklimat Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia.
                    : Hal-hal lain.

3.30 petang  : Taklimat Kooperasi NUTP.
                    : Jamuan VIP.
                    : Bersurai.

SIAPA MENJADI JUARA DALAM SUKANTARA 2012 ?.

3 Julai 2012: Rumah Kasturi - Juara Sukantara 2012.

Sukantara Sekolah yang sudah berlangsung selama 2 hari bermula 2 dan 3 Julai lepas telah menyaksikan bahawa setiap murid/pelajar mengambil bahagian dan menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program tersebut.

Acara-acara yang dipertandingkan ialah 100 meter, 400 meter, lompat jauh dan lontar peluru.


Rumah Jebat diketuai oleh Abd Rohim Rahman dibantu oleh penolongnya Ruhaiza Md Zain, Kasturi; Khairulnizam Mohd Yusof dengan Zuraini Kassim, Lekir; Shamsul Ihtihsham Musa dengan Zulaikha Ngaliman manakala rumah Tuah diterajui oleh Abd Rahman Soriat dan penolongnya, Zahiah Hamzah.


4 Julai 2012 : Rabu


KEPUTUSAN SUKANTARA
Keputusan rasmi  telah dikeluarkan oleh setiausaha sukan, Saipi bin Halidin.

HARI PERTAMA: 2 Julai 2012 (Isnin)
1. Kasturi (189)
2. Tuah (162)
3. Jebat (159)
4. Lekir (142)


HARI KEDUA: 3 Julai 2012 (Selasa)
1. Jebat (134)
2. Tuah (133)
3. Kasturi (132)
4. Lekir (97)


KEPUTUSAN KESELURUHAN
1. Kasturi (321)
2. Tuah (295)
3. Jebat (293)
4. Lekir (239)






01 July, 2012

RUMAH SUKAN BERENTAP DALAM ACARA SUKANTARA

2 Julai 2012: Sukantara Sekolah

RUJUKAN : KETUA RUMAH SUKAN
JADUAL PEMARKAHAN SUKANTARA


Tarikh : 2 dan 3 Julai 2012
Masa  : 8.10 - 10.30 pagi
Tempat : Padang Sekolah

Aturcara Isnin (2 Julai 2012)
7.30 pagi : Perhimpunan Mingguan
               : Nyanyian Lagu Bangsa Johor
               : Nyanyian Lagu Sekolah
               : Bacaan Doa
               : Ikrar Rukun Negara
               : Ikrar Pelajar
               : Laporan Guru Minggu Lepas
               : Ucapan PK Pentadbiran
               : Ucapan Pengetua
               : Majlis Perasmian Bulan Membaca
               : Nyanyian Lagu Negaraku

8.10 pagi : Taklimat Sukantara
               : Pelajar dikumpulkan mengikut jantina dan tingkatan.
               : Bergerak ke lokasi berbeza iaitu 3 zon
               : Zon A : Trek Balapan (acara 100 m dan 400 m)
               : Zon B : Lontar Peluru
               : Zon C : Lompat Jauh

               * Tunggu di zon masing-masing sehingga menerima arahan bertukar tempat.

RUJUKAN : KETUA RUMAH SUKAN
JADUAL PEMARKAHAN SUKANTARA






SEMPENA EURO 2012 - BOLA SEPAK PERSAHABATAN

30 Jun 2012: EURO 2012 PEMBAKAR SEMANGAT DUA JAGUH BOLA SEPAK


Kapten Bola Sepak PDRM BT, SI Yusof Muda
 dan SMKBT, Zolkeple Jemadar

Melalui perbualan biasa di kedai kopi, di antara SI Yusof Muda dan Zokeple Jemadar akhirnya dua pasukan bola sepak gergasi di DUN PANTI berjaya ditemukan di Stadium Tenggara bagi menyahut cabaran EURO 2012 Piala Eropah baru-baru ini. Pasukan Polis Balai BT menampilkan pemain-pemain yang berpengalaman berjersi biru belang menentang pasukan dari SMK Bandar Tenggara berwarna kuning. 


Pasukan Polis Diraja Malaysia (BT)

Pasukan SMKBT
Gambar kedua-dua pasukan bola sepak.
Perlawanan pada mulanya seimbang dengan kedua-dua pasukan mengatur gerak dan melaksanakan serangan. Namun begitu kealpaan di barisan pertahanan, memudahkan Ahmad Nazri Selamat menjaringkan gol pertama SMKBT seawal minit ke 15 permainan. Pasukan Polis Diraja Malaysia (BT) berjaya menyamakan kedudukan apabila penjaga gol gagal menepis jaringan cantik oleh pemain PDRMBT. Gol kedua SMKBT dijaringkan oleh Ahmad Survi dengan tampanan kaki kanan ke pintu gawang. 


Beberapa cubaan PDRM digagalkan oleh pemain pertahanan Saipi Halidin yang bekerja keras untuk mematahkan sebarang cubaan ke pintu gol sekolah. Namun akhirnya, berjaya juga PDRM menyamakan kedudukan 2 berbalas 2. Corak permaian yang lebih kemas dan teratur telah merencanakan beberapa serangan oleh Suhaimi dan akhirnya hantarannya dirembat masuk oleh Azroy ke pintu gawang PDRM buat gol ketiga bagi pasukan sekolah. 


Ahmad Survi sekali lagi berjaya menyumbatkan gol pada masa kedua hasil hantaran Zolkeple Jemadar menjadikan gol ke-4 bagi pasukan sekolah. Gol kelima dijaringkan oleh syafiq hasil hantaran suhaimi dari arah kanan pintu gol. Perlawanan yang cukup hebat itu berakhir dengan kemenangan SMKBT dengan jaringan 5 berbalas 2.


Syabas diucapkan kepada pasukan SMK Bandar Tenggara yang berjaya dalam perlawanan persahabatan itu. Matlamat utama perlawanan persahabatan ini diadakan ialah untuk mengiratkan lagi ikatan siratulrahim yang sedia terjalin di antara warga sekolah dengan PDRM Bandar Tenggara. Semoga dengan ini ada perlawanan-perlawanan lain seperti badminton, bola tampar dan sepak takraw.


Isteri dan anak-anak juga turut memberikan sokongan
kepada pasukan bola sepak PDRM.

APA KATA BEKAS KETUA MURID 2011

29 JUN 2012: KEM INTERAKTIF EMAS

Bekas Ketua Murid
Muhammad Al-Mu'izz Omar
Bekas ketua murid SMK Bandar Tenggara, Muhammad Al-Mu'izz Omar ditemui berkata, Program Interaktif Emas di Hutan Negara Endau Rompin banyak mengajar apa erti kehidupan. Pengalaman yang diperolehi selama 5 hari 4 malam itu menguji ketabahan, kesabaran, komitment seseorang individu itu untuk menjadi pemimpin tahap Emas dalam perogram Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)

Keiginan Al-Mu'izz untuk bertemu dengan penerima ARP Rakan Muda Emas, Suhail Mohamad dan Ravichandran tercapai. Katanya lagi, Suhail adalah pengerusi sementara Ravichandran, setiausaha kehormat MAAGA, peringkat antarabangsa banyak menceritakan dan menunjuk ajar akan pentingnya seorang individu itu menjadi pemimpin. 

Berada di hutan Endau Rompin
XPDC berjalan kaki

Peserta dari SMK Bandar Tenggara
bersama Suhail Mohamad,pemegang pingat Emas Kebangsaan
Peserta dari SMK Bandar Tenggara, terdiri daripada 10 peserta iaitu Muhammad Al-Mu'izz Omar, Amir Hazim Shahar, Ahmad Fuad, Agus Firianto Misri, Shakila Ses, Umi Nadzira Omar, Izzatul Ismah, Norlaila Pii, Adib Fikry dan Nur Diyana Mohd Jaib.

Kg Peta, Endau Rompin, Mersing

Merentasi Sungai





SMK Bandar Tenggara