MENU UTAMA

01 July, 2012

SEMPENA EURO 2012 - BOLA SEPAK PERSAHABATAN

30 Jun 2012: EURO 2012 PEMBAKAR SEMANGAT DUA JAGUH BOLA SEPAK


Kapten Bola Sepak PDRM BT, SI Yusof Muda
 dan SMKBT, Zolkeple Jemadar

Melalui perbualan biasa di kedai kopi, di antara SI Yusof Muda dan Zokeple Jemadar akhirnya dua pasukan bola sepak gergasi di DUN PANTI berjaya ditemukan di Stadium Tenggara bagi menyahut cabaran EURO 2012 Piala Eropah baru-baru ini. Pasukan Polis Balai BT menampilkan pemain-pemain yang berpengalaman berjersi biru belang menentang pasukan dari SMK Bandar Tenggara berwarna kuning. 


Pasukan Polis Diraja Malaysia (BT)

Pasukan SMKBT
Gambar kedua-dua pasukan bola sepak.
Perlawanan pada mulanya seimbang dengan kedua-dua pasukan mengatur gerak dan melaksanakan serangan. Namun begitu kealpaan di barisan pertahanan, memudahkan Ahmad Nazri Selamat menjaringkan gol pertama SMKBT seawal minit ke 15 permainan. Pasukan Polis Diraja Malaysia (BT) berjaya menyamakan kedudukan apabila penjaga gol gagal menepis jaringan cantik oleh pemain PDRMBT. Gol kedua SMKBT dijaringkan oleh Ahmad Survi dengan tampanan kaki kanan ke pintu gawang. 


Beberapa cubaan PDRM digagalkan oleh pemain pertahanan Saipi Halidin yang bekerja keras untuk mematahkan sebarang cubaan ke pintu gol sekolah. Namun akhirnya, berjaya juga PDRM menyamakan kedudukan 2 berbalas 2. Corak permaian yang lebih kemas dan teratur telah merencanakan beberapa serangan oleh Suhaimi dan akhirnya hantarannya dirembat masuk oleh Azroy ke pintu gawang PDRM buat gol ketiga bagi pasukan sekolah. 


Ahmad Survi sekali lagi berjaya menyumbatkan gol pada masa kedua hasil hantaran Zolkeple Jemadar menjadikan gol ke-4 bagi pasukan sekolah. Gol kelima dijaringkan oleh syafiq hasil hantaran suhaimi dari arah kanan pintu gol. Perlawanan yang cukup hebat itu berakhir dengan kemenangan SMKBT dengan jaringan 5 berbalas 2.


Syabas diucapkan kepada pasukan SMK Bandar Tenggara yang berjaya dalam perlawanan persahabatan itu. Matlamat utama perlawanan persahabatan ini diadakan ialah untuk mengiratkan lagi ikatan siratulrahim yang sedia terjalin di antara warga sekolah dengan PDRM Bandar Tenggara. Semoga dengan ini ada perlawanan-perlawanan lain seperti badminton, bola tampar dan sepak takraw.


Isteri dan anak-anak juga turut memberikan sokongan
kepada pasukan bola sepak PDRM.

No comments:

Post a Comment