MENU UTAMA

25 April, 2012

EMPAT PASUKAN TERKUAT MEWAKILI SEKOLAH KE PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA 2012

25 April 2012 : 2 Lokasi pertandingan : SMK Kota Kulai (NGO dan KRS) dan SMK TARP

Pengetua SMKBT
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Tuan Hj Mohmad Hashim, membawa cerita menarik pagi ini. Cerita mengenai tentera yang akan menghadapi peperangan, ketuanya menitik beratkan latihan kawad kaki, sebelum menggunakan senjata. Akhirnya berjaya dalam peperangan, katanya. Nilai yang boleh diambil dari cerita ini ialah tahap disiplin seseorang tentera itu berada pada tahap tinggi apabila ia patuh kepada perintah ketua.

Nasihat beliau ini didengari oleh 156 orang peserta kawad kaki yang akan bertanding di peringkat daerah Kulaijaya pagi ini. Bersama-sama beliau ialah Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib dan Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum, Ahmad Survi.

23 April, 2012

PERKHEMAHAN PERDANA DAN PENJELAJAHAN LASAK ARPRM TAHUN 2012

22 April 2012 : Komponen ke-4 program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) lengkap.

Ketua Sektor Pembangunan Sumber Kemanusiaan JPNJ, Tuan Hj Shahrudin Sharif, Mansor Othman, wakil PPD Kulaijaya, pengetua, Tn Hj Mohmad Hashim bersama peserta perkhemahan 177 murid dan 18 guru SMKBT


Ketua, Sektor Pembangunan Kemanusiaan (SPK) Jabatan Pelajaran Johor (JPNJ), Tuan Haji Shahrudin Sharif menutup rasmi Perkhemahan Perdana dan Penjelajahan Lasak Program Remaja Perdana Rakan Muda (PRPRM) di Pusat Kokurikulum Negeri, Tasik Utara Johor Bahru tempoh hari.

DUA GURU PASUKAN KADET POLIS DITAULIAHKAN PADA HARI KOR KADET POLIS SEMPENA HARI POLIS PERINGKAT IPD KULAIJAYA

21 April 2012: Sabtu

Guru Penasihat, Pasukan Kadet Polis SMK Bandar Tenggara, Shahfudin Hussein telah menerima tauliah pada Sambutan Hari Polis, Peringkat Daerah Kulaijaya di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia. Seorang lagi yang menerima tauliah ialah Azlina  Abu Bakar, selaku ketua pasukan Kadet Polis Puteri. Seramai 20 orang peserta dari sekolah ini menyertai kawad kaki pada majlis tersebut.

SMKBT MENJADI JUARA DALAM PERTANDINGAN KOMPANG FORMASI PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA TAHUN 2012

21 April 2012 (Sabtu): Kemenjadian Murid - Membina Watak Sekolah

Pasukan Kompang Sekolah muncul juara dalam Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya Tahun 2012 yang diadakan di TJ Mart tempoh hari.

Guru penasihat kompang, Rohim Abd Rahman ditemui berkata, pengalaman, kesungguhan dan komitment ahli-ahli kompang sekolah menjadi faktor utama dalam mencapai kejayaan cemerlang dalam pertandingan itu.