MENU UTAMA

23 April, 2012

PERKHEMAHAN PERDANA DAN PENJELAJAHAN LASAK ARPRM TAHUN 2012

22 April 2012 : Komponen ke-4 program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) lengkap.

Ketua Sektor Pembangunan Sumber Kemanusiaan JPNJ, Tuan Hj Shahrudin Sharif, Mansor Othman, wakil PPD Kulaijaya, pengetua, Tn Hj Mohmad Hashim bersama peserta perkhemahan 177 murid dan 18 guru SMKBT


Ketua, Sektor Pembangunan Kemanusiaan (SPK) Jabatan Pelajaran Johor (JPNJ), Tuan Haji Shahrudin Sharif menutup rasmi Perkhemahan Perdana dan Penjelajahan Lasak Program Remaja Perdana Rakan Muda (PRPRM) di Pusat Kokurikulum Negeri, Tasik Utara Johor Bahru tempoh hari.


Dalam ucapan beliau, program seumpama ini merupakan satu usaha berkesan oleh pihak sekolah untuk membina sahsiah, keperibadian dan pembentukan jatidiri seseorang murid. Katanya lagi, mungkin ada di kalangan peserta perkhemahan dan penjelajahan lasak akan menjadi pemimpin terulung pada masa depan, seperti mana yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam proses pembinaan modal insan. Ianya perlu digilap, dicungkil serta diberikan pengetahuan, latihan dan ujian agar potensi yang ada dapat diketengahkan di peringkat lebih tinggi.

Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan program ini dengan sokongan dari Pusat Kokurikulum Negeri (PKN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Johor. 

Pengetua, Tuan Hj Momad Hashim, ditemui berkata Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara telah melahirkan seramai 76 pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dari kalangan guru, dan berjaya melahirkan pelajar seramai 131 orang pemegang pingat Gangsa dan 31 Perak dan 10 orang calon untuk  mendapatkan pingat Emas tahun hadapan.
 
Katanya lagi, empat komponen penting dalam program ARPRM perlu dilengkapkan oleh setiap orang murid sebelum ditauliahkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sama ada memperolehi pingat gangsa, perak atau emas. Komponen- komponen tersebut ialah khidmat masyarakat, kemahiran, rekreasi fizikal dan penjelajahan lasak.

Tegasnya lagi, semua elemen dalam kokurikulum seperti pasukan badan beruniform, persatuan dan kelab dan sukan permainan serta aktiviti-aktiviti yang membantu pengurusan sekolah umpamanya lembaga pengawas, pengawas pusat sumber  dan ahli jawatankuasa kelas diambil kira.

Peserta perlu merekod pada buku diari dan passport yang disediakan oleh KBS setelah mendaftar sebagai seorang peserta.  Pencapaian pelajar dalam ARPRM juga dapat membantu mereka mendapat markah bonus dalam penilaian 10 % markah kokurikulum. Secara tidak langsung pelajar dapat meningkatkan markah kokurikulumnya, sebelum menyambung pelajarannya  ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau swasta.

Seramai 177 murid, 18 guru dan 15 jurulatih dari Pusat Kokurikulum Negeri telah terlibat. Turut hadir dalam majlis penutupan itu ialah, ketua unit Sektor Pembangunan Kemanusiaan (SPK) daerah Kulaijaya, Mansor Othman, penolong kanan kokurikulum,  Ahmad Survi, penolong kanan tingkatan enam, Mohd Pozi Kemin dan Pegawai Khas, Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan, Pn Hjh Supiati Sahuni.
__________________________________________________________
Ketua Unit SPK Daerah Kulaijaya
En Mansor Othman menerima sijil dari pegawai Jabatan Belia dan Sukan (JBS),
Pn Hjh Supiati Sahuni


Penyelaras Perkhemahan
Khairulnizam Md Yusof


Majlis Penutup
Peseerta Wanita
Peserta Lelaki Terbaik 

Peserta Perempuan Terbaik
---------------------------------------------------------------
Aktiviti-aktiviti perkhemahan
1. Orientering
2. Ikhtiar Hidup
3. Permainan Kreatif
4. Repelling
5. Sembahyang berjemaah
6. Pembudayaan Al Quran
7. Malam Kebudayaan.
Kem Komanden
Shamsul Ikhtisham Musa
     --------------------------------------------------------------
Ustaz Aminullah
Bacaan Yassin
Ikhtiar Hidup
Malaysia Cergas
Menyediakan Tag Nama

repelling
Pertolongan Cemas
Rohidah Othman
Malam kebudayaan




  

2 comments: