MENU UTAMA

06 April, 2012

PERKHEMAHAN KELAB LUKISAN KEJURUTERAAN SMK BANDAR TENGGARA KE GUA ARONG, MERSING

6 April 2012 : Perkhemahan Kelab Kejuruteraan
Kelab Lukisan Kejuruteraan SMK Bandar Tenggara

Gunung Arong, Mersing menjadi pilihan dalam program perkhemahan Kelab Lukisan Kejuruteraan (LKJ) tahun ini, kata guru penasihat, Shahfudin Hussein. Tambahnya lagi, di antara matlamat utama program ini ialah untuk melibatkan murid-murid matapelajaran Lukisan Kejuruteraan yang diajarnya, terlibat dalam aktiviti berkumpulan, dalam suasana alam flora, fauna semulajadi lagi menyegarkan.

MESYUARAT KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA TAHUN 2012

5 April 2012: Khamis Bilik Mesyuarat PPD Kulaijaya


Pertandingan Kawad Kaki Peringkat daerah Kulaijaya Tahun 2012 akan diadakan di dua tempat iaitu SMK Kota Kulai dan SMK Tunku Abdul Rahman Putra, kata penolong pegawai pelajaran daerah Kulaijaya Johan Hj Nasir.

Johan Hj Nasir, Penyelia
Pasukan Badan Beruniform Daerah Kulaijaya

05 April, 2012

SMKBT TEMPAT KETIGA KUMPULAN D PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSD KULAIJAYA TAHUN 2012

5 April 2012 :
Kumpulan D, SMK Bandar Tenggara, SMK Bandar Tenggara 2, SMK Sri Pinang dan SMK Sultan Alauddin

SMK Bandar Tenggara 2
Johan Kumpulan D

Kejayaan SMK Bandar Tenggara 2 pada suku akhir apabila mengalahkan SMK Bandar Putra dengan jaringan 4 tanpa balas di padang Majlis Perbandaran Kulaijaya petang tadi menyuntik semangat baru kepada para pemain untuk beraksi pada peringkat separuh akhir esok. 

PASUKAN BOLA SEPAK B15 BERAKSI CEMERLANG PETANG SEMALAM

4 April 2012: Berjaya menempatkan diri ke peringkat suku akhir.

Pasukan Bola Sepak Sekolah Bawah 15 Tahun

Kejutan awal diterima oleh pasukan bola sepak sekolah bawah 15 tahun apabila dikalahkan oleh SMK Bandar Tenggara 2 pagi semalam dengan jaringan 2 - 0. Namun kebangkitan semula pasukan bola sepak di bawah bimbingan Khairul Aimie terserlah petang semalam apabila berjaya mengalahkan SMK Sri Pinang dengan 5-0.

POTENSI DIRI PELAJAR DICUNGKIL PADA PERHIMPUNAN KOKURIKULUM SETIAP HARI RABU

4 April 2012: Potensi pelajar teserlah dan dihargai

Persembahan Nasyid oleh Pengakap Kelana
PraUniversiti

Peluang terbuka luas kepada pelajar untuk menunjukkan bakatnya. Kata GPK Kokurikulum, Ahmad Survi  apabila ditemui petang semalam. Ruang dan peluang sentiasa diberikan kepada pelajar untuk menunjukkan bakat dan kebolehannya sama ada secara individu atau pun berkumpulan. Petang ini kumpulan nasyid pelajar prauniversiti  mempersembahkan dua buah lagu. Kelantangan dan kemerduan suara mereka mendapat tepukan gemuruh serta sorakan dari penonton yang hadir. Seramai 780 orang pelajar dan guru-guru SMK Bandar Tenggara berhimpun setiap Rabu. 

01 April, 2012

MAJLIS PENYERAHAN BUKU GANGSA DAN PASPORT GANGSA PROGRAM ANUGERAH EMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) PRA UNIVERSITI TAHUN 2012

30 Mac 2012 : Bilik Seminar

Penyerahan Buku Gangsa dan Pasport Gangsa

Pengetua, Tuan Haji Mahmod Hashim dalam majlis penyerahan buku pasport dan diari gangsa Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di bilik seminar SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya. Turut hadir GPK Tingkatan Enam, Mohd Pozi Kemin, pemimpin ARPRM sekolah, Ahmad Survi, guru-guru tingkatan enam.

Seramai 96 orang pelajar Pra Universiti menerima taklimat dari pemimpin ARPRM sekolah untuk melaksanakan dan merekod 4 elemen penting iaitu khidmat masyarakat selama 6 bulan, kemahiran, 3 bulan, rekreasi fizikal, 3 bulan dan penjelajahan lasak selama 2 hari satu malam bagi melengkapkan pingat gangsa. Manakala seramai 15 pelajar layak untuk mengambil pingat Perak.

KE ARAH MELAHIRKAN PELAJAR CELIK AL QURAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012

30 Mac 2012: Dewan Permata

Majlis pelancaran

Pengetua, Tuan Hj Mohmad Hashim, merasmikan Program Penghayatan Al Quran peringkat sekolah yang diadakan pada Jumaat lepas. Seramai 700 murid/pelajar sama-sama menghayati bacaan Al Quran yang disampaikan oleh Muhamad Fiqry Muhamad Fahmi (pelajar buta) dari SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulaijaya.

PK Hal Ehwal Murid ditemui berkata, program seperti ini mempunyai matlamat penting dalam usaha untuk meningkatkan disiplin, menguatkan jati diri setiap individu, patuh kepada peraturan sekolah. Antara objektif penting ialah untuk  meningkat kesedaran betapa pentingnya ajaran islam dalam pembentukan diri dan sahsiah pelajar. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.