MENU UTAMA

05 April, 2012

POTENSI DIRI PELAJAR DICUNGKIL PADA PERHIMPUNAN KOKURIKULUM SETIAP HARI RABU

4 April 2012: Potensi pelajar teserlah dan dihargai

Persembahan Nasyid oleh Pengakap Kelana
PraUniversiti

Peluang terbuka luas kepada pelajar untuk menunjukkan bakatnya. Kata GPK Kokurikulum, Ahmad Survi  apabila ditemui petang semalam. Ruang dan peluang sentiasa diberikan kepada pelajar untuk menunjukkan bakat dan kebolehannya sama ada secara individu atau pun berkumpulan. Petang ini kumpulan nasyid pelajar prauniversiti  mempersembahkan dua buah lagu. Kelantangan dan kemerduan suara mereka mendapat tepukan gemuruh serta sorakan dari penonton yang hadir. Seramai 780 orang pelajar dan guru-guru SMK Bandar Tenggara berhimpun setiap Rabu. 


Perhimpunan hari kokurikulum yang diadakan setiap minggu ini berfokuskan kepada melaksanakan aktiviti kokurikulum. Semua pelajar dan guru perlu berada di Dewan Permata bagi mengikuti majlis perjumpaan mingguan di mana mereka dapat mendengar terlebih dahulu ucapan pengetua, taklimat GPK Kokurikulum, melihat persembahan pelajar, tayangan video klip dan penyampaian hadiah dan sijil.

Tentatif Program:

2.20 petang  Berada di Dewan Permata
2.30 petang   Nyanyian Lagu Bangsa Johor
                     Nyanyian Lagu Sekolah
                     Bacaan Doa
                     Ucapan Pengetua
                     Persembahan Pelajar
                     - Nasyid oleh pelajar PraUniversiti
                     Penyampaian hadiah dan sijil
                     Nyanyian Lagu Negaraku
3.00 petang   Perjumpaan Kelab dan Persatuan
5.00 petang   Bersurai

Kumpulan Nasyid - suara iringan
Pelajar sekolah

Ketua Kumpulan Nasyid

No comments:

Post a Comment