MENU UTAMA

11 January, 2012

TAKLIMAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA TAHUN 2012 - SEMUA MURID/PELAJAR

Bandar Tenggara: 11 Januari 2012


Sesi persekolahan telah bermula pada 4 januari 2012, sewajarnya semua murid diberikan taklimat yang berkaitan dengan kokurikulum yang terdiri daripada  3 elemen penting iaitu Pasukan Badan Beruniform, Persatuan dan Kelab serta Sukan dan Permainan.


Program 1 Murid 1 Sukan yang telah dilancarkan pada tahun 2011 juga perlu diberikan taklimat dan penegasan agar semua warga sekolah memahami dan mengikut pelaksanaan di sekolah.


Surat edaran, pemberitahuan kepada ibu bapa akan menyusul kemudian.
(Sila rujuk : 1 Murid 1 Sukan di bahagian menu utama).


TENTATIF PERHIMPUNAN

-         Nyanyian Lagu Bangsa Johor-         Lagu Sekolah

-         Bacaan Doa (pelajar)

-         Ucapan alu-aluan Pengetua : Tn Hj Mohmad Hashim

-     Tayangan Video Klip
 
-     Penyampaian Sijil Pertandingan Kompang Formasi Negeri Johor 2011

-         Taklimat Kokurikulum:-
-         1. Pasukan Badan Beruniform – Oleh En Khairulnizam Mohd Yusof
Acara selingan :Public Speaking – Pelajar PraUniversiti
-          
-         2. Persatuan & Kelab – Oleh Pn Faridah Bujang
-         Acara selingan : Public Speaking – Pelajar PraUniversiti
-          
-         3. 1 Murid 1 Sukan  dan Penilaian Kokurikulum – GPK Kokurikulum

-         Nyanyian Lagu Negaraku.

-         Bersurai

MESYUARAT PERTANDINGAN BADMINTON MSS DAERAH KULAIJAYA 2012

Kulaijaya: 11 Januari 2012
Mesyuarat Pertandingan Badminton Peringkat MSS Daerah Kulaijaya
Tempat : Bilik Wawasan SMK Munshi Abdullah.
Masa : 2.00 petang.

Agenda mesyuarat :-
1. Ucapan Pengerusi - En Anuar Jais
2. Penetapan tarikh dan tempat pertqndingan.
3. Peraturan dan syarat-syarat pertandingan.
4. Hal-hal lain

Wakil sekolah :
1. En Saipi Bin Halidin (Setiausaha Sukan Sekolah)
2. En Zuraimi Bin Hamidun ( Pengerusi Teknik Badminton Daerah).

09 January, 2012

PERHIMPUNAN MINGGUAN KALI KE-2 TAHUN 2012

Bandar Tenggara : 9 Januari 2012
Bacaan Ikrar Pelajar

"Masa depan adalah hari ini, bukan hari esok" kata pengetua SMK Bandar Tenggara, Tuan Haji Mohmad Hashim. "Perancangan masa hadapan bermula pada hari ini, jika tidak anda merancang untuk kegagalan", tambah beliau lagi.

Setiap kali perhimpunan mingguan, pelajar berikrar untuk mematuhi peraturan sekolah, menjaga nama baik sekolah dan mencapai kecemerlangan di bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Pelajar juga dikehendaki menyemak Buku Peraturan Sekolah bila mana peraturan ini dibacakan. Buku Peraturan Sekolah diwajibkan  untuk dibawa pada hari Isnin menurut kata guru disiplin, Shamsul Ihtihsham Musa.

Perhimpunan yang dihadiri oleh 700 orang murid dan 80 orang guru di Dewan Permata ini menjadi satu kewajipan kepada semua warga SMKBT untuk hadir dan mendengarnya.


Ikrar Pelajar.
Ucapan ringkas oleh GPK Hal Ehwal Murid, Rashid Muhidin, antaranya ialah memaklumkan bahawa setiap minggu ada kelas yang bertugas. Minggu ini giliran Tingkatan 2 Delima. Antara tugasnya ialah menyedia dan menyusun kerusi untuk perhimpunan mingguan, mengemas tikar untuk majlis pembudayaan Al Quran setiap hari Jumaat dan memastikan kebersihan dewan dalam keadaan sempurna.

Majlis perhimpunan diakhiri dengan nyanyian Lagu Negaraku.

Catatan:  
Maklumat dari GPK Pentadbiran
1. Hari Diskusi akan berlangsung pada Hari Jumaat, 13 Januari 2012.
2. Program pembudayaan Al Quran berjalan seperti biasa, 7.30 -8.30 pagi.
3. Jawatankuasa MBBMMBI dan guru-guru yang mengajar Sains dan Sains Tulen dikehendaki menghadiri mesyuarat pada petang ini, jam 3.00.

Maklumat dari GPK Hal Ehwal Murid
1. Sistem Maklumat Murid (SMM) - mesyuarat pada 12 Januari 2012, jam 3.00 petang.

Maklumat dari GPK Kokurikulum (melalui perbincangan sebelum ini)
1. Mesyuarat Majlis Sukan Sekolah (MSS) dan ketua-ketua sukan permainan 1Murid 1 Sukan, tarikh 12     Januari 2012, jam 4.00 petang.

08 January, 2012

KUNJUNGAN BTEC KE RUMAH BARU HASRY

Kulaijaya : 8 Januari 2012
Mohd Hasry Mustakim dan isterinya Suriati Alias
di perkarangan rumah baru Taman Scientex Kulaijaya 

Ikatan siratulrahim antara rakan sejawat dijalin dengan pelbagai cara. Peserta seramai 15 orang dari Kelab Basikal Bandar Tenggara BTec yang diketuai oleh Khairulnizam Mohd Yusof telah berkunjung ke rumah baru Mohd Hasry Mustakim di Taman Scientex, Kulaijaya. Rakan-rakan dari Felda Ulu Belitong seramai empat orang juga turut serta dalam kayuhan awal tahun 2012. Kayuhan ini dibantu oleh dua orang marshal iaitu Natrah dan Siti Hanizan dengan menunggang motosikal. Ketibaan kami  disambut dengan penuh mesra oleh mereka berdua. Kami dijamu dengan pelbagai juadah makan tengahari.

Kayuhan sejauh 80 km dimulakan dari dataran kejat SMK Bandar Tenggara pada jam 8.45 pagi dan sampai ke destinasi pada jam 12.00 tengahari melalui jalan kelapa sawit (offroad). Bertolak balik pada jam 12.30 petang. Turut serta dalam xpdc ini ialah GPK Kokurikulum Ahmad Survi yang memberi kata-kata aluan sebelum kayuhan. Bacaan doa selamat diketuai oleh Guru Bimbingan dan Kaunselor SMK Ulu Belitong, Kluang, Sudarma Dugal.

Hujan lebat sepanjang perjalanan pulang tidak mematahkan semangat peserta-peserta  xpdc. Kumpulan pertama xpdc telah sampai lebih awal dari jam 2.15 petang. Kayuhan berakhir di SMK Bandar Tenggara.

u
Aidil Shamin, Arif, Khairulnizam dan Abd Razak


Saleh, Adam, Sudarma, Acun, Ahmad dan Hadi

Marshal : Natra dan Siti Hanizan (jurufoto- tiada dalam gambar)