Kulaijaya : 8 Januari 2012
Mohd Hasry Mustakim dan isterinya Suriati Alias
di perkarangan rumah baru Taman Scientex Kulaijaya

Ikatan siratulrahim antara rakan sejawat dijalin dengan pelbagai cara. Peserta seramai 15 orang dari Kelab Basikal Bandar Tenggara BTec yang diketuai oleh Khairulnizam Mohd Yusof telah berkunjung ke rumah baru Mohd Hasry Mustakim di Taman Scientex, Kulaijaya. Rakan-rakan dari Felda Ulu Belitong seramai empat orang juga turut serta dalam kayuhan awal tahun 2012. Kayuhan ini dibantu oleh dua orang marshal iaitu Natrah dan Siti Hanizan dengan menunggang motosikal. Ketibaan kami disambut dengan penuh mesra oleh mereka berdua. Kami dijamu dengan pelbagai juadah makan tengahari.
Kayuhan sejauh 80 km dimulakan dari dataran kejat SMK Bandar Tenggara pada jam 8.45 pagi dan sampai ke destinasi pada jam 12.00 tengahari melalui jalan kelapa sawit (offroad). Bertolak balik pada jam 12.30 petang. Turut serta dalam xpdc ini ialah GPK Kokurikulum Ahmad Survi yang memberi kata-kata aluan sebelum kayuhan. Bacaan doa selamat diketuai oleh Guru Bimbingan dan Kaunselor SMK Ulu Belitong, Kluang, Sudarma Dugal.
Hujan lebat sepanjang perjalanan pulang tidak mematahkan semangat peserta-peserta xpdc. Kumpulan pertama xpdc telah sampai lebih awal dari jam 2.15 petang. Kayuhan berakhir di SMK Bandar Tenggara.