MENU UTAMA

12 July, 2012

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-20 TAHUN 2012 MERIAH

12 Julai 2012: Stadium Tenggara

Yang Dipertua PIBG, Tn Hj Baharuddin Md Sham
menerima cenderahati daripada PK Pentadbiran, Anim Mohamad Jaib

Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara Kali Ke-20 Tahun 2012 telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Hj Baharudin Md Sham di Stadium Tenggara petang lalu.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan dan atlit-atlit yang berjaya mengharumkan nama rumah sukan masing-masing. Katanya lagi, tahniah kepada semua jawatankuasa yang berjaya menganjurkan program besar tahun ini. Kecemerlangan akademik adalah paling utama, kejayaan sebenar seseorang pelajar adalah kejayaan dirinya untuk menjadikan pelajaran dan aktiviti sihat seperti sukan olahraga seimbang. 



Usaha gigih dan konsisten ketua, penolong dan guru-guru serta atlit-atlit membawa tuah kepada TUAH. Strategi dan sasaran ketua rumah Tuah, Hamzah Rahman Soriat sebagai perancang menjadi kenyataan apabila menyingkirkan juara tahun lepas Lekir dan sekali gus muncul menjadi Johan keseluruhan dalam Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-20 tahun ini. 


Tahniah kepada Guru Penasihat rumah Tuah, Pn Hajjah Hamimah Yunos, Ketua Rumah, Hamzah Rahman Soriat dan penolongnya, Cik Zahiah Hamzah. Kepada semua guru-guru dan atlit-atlit dan ahli-ahli rumah Tuah diucapkan syabas dan tahniah.





Tahniah kepada Setiausaha Sukan. Saipi Halidin, penolongnya, Siti Hanizan Samsuri dan semua jawatankuasa kerana berjaya menganjurkan kejohanan pada tahun ini.


Senarai nama guru-guru rumah Tuah:-

Keputusan Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-20 Tahun 2012:- Johan : TUAH Kedua : KASTURI Ketiga : LEKIR dan ke-4: JEBAT, 



Keputusan Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-20 Tahun 2012:-
TUAH        -  14E 9P 8G
KASTURI  -    9E 10P 12G
JEBAT      -    7E 9P 8G
LEKIR       -    4E 6P 6G

Keputusan Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-19 Tahun 2011:-

LEKIR      - 11E 8P 6G
TUAH       -   6E 6P 8G
KASTURI -   5E 8P 5G
JEBAT      -   4E 4P 7G

AKSI-AKSI DALAM SUKAN

Acara 4 x 400 m
Hai...bukan senang
bang

 
Cikgu Haniff
Lari berganti-ganti



Kategori Perempuan
Penyampaian hadiah oleh YDP
PIBG, Tn Hj Baharudin Md Sham
Acala larian di Stadium Tenggara

No comments:

Post a Comment