MENU UTAMA

15 January, 2012

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BANDAR TENGGARA : 14 JANUARI 2012 (SABTU)

Penceramah IKRAM, Jayasuman Puspanathan
Saudara Islam sejak 4 tahun lalu.

"Pembentukan Kerohanian Tunggak Profesionalisma" merupakan tema dalam Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali pertama tahun ini. Pengisian yang penuh bermakna kepada semua peserta apabila penceramah, Jayasuman Puspanathan telah berjaya mengupas dengan terperinci tajuk "Comparative Religion Sharing".
Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi itu telah dipengerusikan oleh Cik Anne Suraya Abd Halim. Bacaan doa telah dibimbing oleh Ustaz Ab Rahim Arshad.

Pengetua SMK Bandar Tenggara, Tuan Haji Mohmad Hashim telah menyampaikan ucapan alu-aluannya kepada 80 orang peserta kursus yang merupakan guru-guru di SMK Bandar Tenggara. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas usaha Unit Bimbingan dan Kaunseling yang diketuai oleh Tn Hj Khairuddin Abu Nawas, Salmah Othman dan Noridah Sidek kerana berjaya mengadakan LDP di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP), Bandar Tenggara, Johor. Ucapan tahniah juga diberikan kepada IKRAM Johor yang diketuai oleh Tuan Haji Kamal.

Pengetua SMKBT dan guru-guru.