MENU UTAMA

07 October, 2011

KURSUS HAJI PERDANA- SMK BANDAR TENGGARA LIMA TERBAIK DI DAERAH KULAIJAYA

Kulaijaya: 1 Oktober 2011 (Sabtu)


Gagasan Kulaijaya Gemilang Satu Impian yang diperkenalkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Tuan Haji Fauzan Bin Hj Sukimi, menjadi pendorong kepada program berbentuk keagamaan. Program ini merupakan program pertama diperkenalkan di daerah ini. Kursus yang dihadiri oleh 600 peserta tingkatan lima daripada sekolah-sekolah menengah daerah Kulaijaya mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pegawai-pegawai Lembaga Tabung Haji (LTH) dan guru-guru panitia Agama Islam.peringkat daerah.

Semua peserta berniat dan berpakaian Ihram semasa di Pejabat Pelajaran Daerah Kulai, kemudian bergerak ke Masjidil Haram/ Mekah di dataran SMK Kota Kulai, wukuf di Masjid Ar-Rahman, mabit di Mudzdalifah, sambil memungut batu sebanyak 70 biji, mabit di Mina, melontar Jumrah 10 Zulhijjah sebanyak 7 biji, pada 11,12,13 Zulhijjah melontar 21 biji sehari.

Semua peserta meneruskan tawaf Haji di Dataran SMK Kota Kulai dan meneruskan miqat umrah. Selepas niat umrah semua peserta ke  SKM Kota Kulai untuk sempurnakan tawaf umrah, sa'ie dan bercukur

Matlamat:-
Memberikan kefahaman yang lebih mendalam tentang adanya perbezaan dalam menunaikan haji mengikut jenis Haji yang dipilih dan bersesuaian dengan keadaan dan kemampuan.

Objektif:
Di akhir program ini diharap peserta dapat:
1. Pengetahuan Ibadah Haji secara keseluruhan.
2. Memahami asas melaksanakan Fardhu Haji.
3. Membezakan jenis-jenis Haji.
4. Mempraktikkan ilmu berkaitan dengan Ibadah Haji yang telah dipelajari di dalam kelas.
5. Mengetahui sejarah melalui khutbah haji.
6. Pelajar boleh menjawab soalan SPM berkaitan tentang haji dengan tepat.



Latihan praktikal dengan berpakaian ihram diketuai 
oleh Ustaz A.Rahim Bin Arshad diadakan di SMK Bandar Tenggara.


Turut sama guru-guru dari SMK Bandar Tenggara.
Dari kiri: Cik Nurul Farha, Pn Khairani Hamdan, Pn Hjh Norazana M.Arif, Pn Hsnah Kadir, Pn Hjh Hayati Abdullah, Ustaz A.rahim Arshad dan Abdul Rohim Rahman.

Sedang dikemaskinikan...

02 October, 2011

SMK BANDAR TENGGARA TERIMA ANUGERAH UNIT ARPRM SEKOLAH AKTIF PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2011



JOHOR BAHRU: 1 OKTOBER 2011. Seramai 265 peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dari seluruh negeri Johor telah menerima anugerah dalam satu Majlis Pertauliahan ARP Rakan Muda Pingat Perak peringkat Negeri Johor Tahun 2011 di Hotel Selesa Johor Bahru. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat , Tuan Haji Md Jais Mohd Sarday selaku Pengerusi Jawatankuasa Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. 


Matlamat utama konvokesyen yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor ini adalah untuk melahirkan pemimpin-pemimpin muda yang akan menjadi pengerak utama kepada kestabilan dan kemajuan negara satu masa nanti.

Selain itu juga, pengiktirafan ini menjadi satu suntikkan kepada semua peserta Perak untuk melangkah setapak lagi bagi memperolehi pingat Emas.  Seramai 600 peserta yang hadir dalam konvensyen itu telah
terpeguan dan teruja dengan ucapan penuh bersemangat dari dua orang pemegang pingat Emas, Suhail Mohamed Kamarudin dan Ravichandran A/l Balasubramaniam dalam satu majlis forum yang dipengerusikan oleh saudara Nurasikin Bardan dan Ahmad Nazreen Ahmad Othman dari SMK Bandar Tenggara.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Rakan Muda Peringkat Kebangsaan merangkap Pengarah Badan Berkuasa ARPRM, Wasitah Mohd Yusof, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Mohd Nor Mohd Said, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah, Pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan dari lapan buah daerah, Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah, Guru Bimbingan dan Kaunseling, pemimpin-pemimpin ARPRM, NGO's dan peserta-peserta Gangsa dari seluruh negeri Johor.
 

Siti Mariam Tobias, Penolong Pengarah Rakan Muda pula menjawab persoalan yang timbulkan oleh peserta konvokesyen. Antaranya ialah cara dan bagaimana menyiapkan pingat Emas di Pusat-pusat Pengajian Tinggi sama ada dalam dan luar negara.


Dari kiri: Suhail Mohamed Kamarudin (Pemegang Emas), Ahmad Survi (GPK Kokurikulum), Ravichandran a/l Balasubramanian (pemegang Emas), Ahmad Nazree ahmad Othman dan Nurasikin Bardan (pengerusi Forum).



Dari kiri : Cik Anili Fasha Mahadi, Pn Suriati Alias, En Aidil Shamin Abd Razak, En Ahmad Survi, En Mohd Hasry Mustakim, En Khairulnizam Mohd Yusof, Cik Siti Hanizan Samsuri dan Pn Hafilah Hamzah turut serta dalam Konvokesyen ARPRM Peringkat Negeri Johor 2011.
Anugerah
 Unit ARPRM Sekolah Aktif Tahun 2011

SMK Bandar Tenggara telah menerima anugerah Unit ARPRM Sekolah Aktif Tahun 2011. Penilaian yang dibuat oleh Badan Operasi ARPRM Negeri Johor, sekolah ini telah dikategorikan sebagai baik kerana pengurusan ARPRM bersistematik dan banyak menyumbang khidmat dalam mempromosikan ARPRM di peringkat agensi kerajaan, sekolah dan swasta. Manakala Badan Operasi Daerah Teraktif ialah Muar dan Badan Operasi NGO's Teraktif disandang oleh Pontian. Semua cenderahati telah disampaikan oleh 
YB Tuan Hj Md Jais Md Sarday.



Sijil dan pingat Perak
yang diterima peserta ARPRM SMK Bandar Tenggara