JOHOR BAHRU: 1 OKTOBER 2011. Seramai 265 peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dari seluruh negeri Johor telah menerima anugerah dalam satu Majlis Pertauliahan ARP Rakan Muda Pingat Perak peringkat Negeri Johor Tahun 2011 di Hotel Selesa Johor Bahru. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat , Tuan Haji Md Jais Mohd Sarday selaku Pengerusi Jawatankuasa Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Matlamat utama konvokesyen yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor ini adalah untuk melahirkan pemimpin-pemimpin muda yang akan menjadi pengerak utama kepada kestabilan dan kemajuan negara satu masa nanti.
Selain itu juga, pengiktirafan ini menjadi satu suntikkan kepada semua peserta Perak untuk melangkah setapak lagi bagi memperolehi pingat Emas. Seramai 600 peserta yang hadir dalam konvensyen itu telah terpeguan dan teruja dengan ucapan penuh bersemangat dari dua orang pemegang pingat Emas, Suhail Mohamed Kamarudin dan Ravichandran A/l Balasubramaniam dalam satu majlis forum yang dipengerusikan oleh saudara Nurasikin Bardan dan Ahmad Nazreen Ahmad Othman dari SMK Bandar Tenggara.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Rakan Muda Peringkat Kebangsaan merangkap Pengarah Badan Berkuasa ARPRM, Wasitah Mohd Yusof, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Mohd Nor Mohd Said, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah, Pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan dari lapan buah daerah, Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah, Guru Bimbingan dan Kaunseling, pemimpin-pemimpin ARPRM, NGO's dan peserta-peserta Gangsa dari seluruh negeri Johor.
Siti Mariam Tobias, Penolong Pengarah Rakan Muda pula menjawab persoalan yang timbulkan oleh peserta konvokesyen. Antaranya ialah cara dan bagaimana menyiapkan pingat Emas di Pusat-pusat Pengajian Tinggi sama ada dalam dan luar negara.
Dari kiri: Suhail Mohamed Kamarudin (Pemegang Emas), Ahmad Survi (GPK Kokurikulum), Ravichandran a/l Balasubramanian (pemegang Emas), Ahmad Nazree ahmad Othman dan Nurasikin Bardan (pengerusi Forum).

Dari kiri : Cik Anili Fasha Mahadi, Pn Suriati Alias, En Aidil Shamin Abd Razak, En Ahmad Survi, En Mohd Hasry Mustakim, En Khairulnizam Mohd Yusof, Cik Siti Hanizan Samsuri dan Pn Hafilah Hamzah turut serta dalam Konvokesyen ARPRM Peringkat Negeri Johor 2011.
Anugerah
Unit ARPRM Sekolah Aktif Tahun 2011
Unit ARPRM Sekolah Aktif Tahun 2011
SMK Bandar Tenggara telah menerima anugerah Unit ARPRM Sekolah Aktif Tahun 2011. Penilaian yang dibuat oleh Badan Operasi ARPRM Negeri Johor, sekolah ini telah dikategorikan sebagai baik kerana pengurusan ARPRM bersistematik dan banyak menyumbang khidmat dalam mempromosikan ARPRM di peringkat agensi kerajaan, sekolah dan swasta. Manakala Badan Operasi Daerah Teraktif ialah Muar dan Badan Operasi NGO's Teraktif disandang oleh Pontian. Semua cenderahati telah disampaikan oleh YB Tuan Hj Md Jais Md Sarday.
Sijil dan pingat Perak
yang diterima peserta ARPRM SMK Bandar Tenggara
yang diterima peserta ARPRM SMK Bandar Tenggara